KENAPA GERAKAN TANAH AIR 2


1. Rakyat Malaysia dikatakan bosan dengan politik. Ramai mereka tidak berminat untuk undi.

2. Yang malang ialah apabila mereka tidak mengundi, yang akan mengundi ialah mereka yang disogok oleh perasuah. Kesannya ialah parti perasuah yang akan menang. Parti perasuahlah yang akan diri Kerajaan. Dan kerosakan negara akan berterusan.

3. Dalam PRN Melaka dan Johor hampir lima puluh peratus pengundi tidak mengundi. Dengan itu parti BN dengan sokongan hanya 35 % dari pengundi menang besar dan diri Kerajaan.

4. Masalahnya pengundi yang menolak sogokan tidak ada pilihan. Mereka juga tidak suka parti-parti lain yang bertanding.

5. Jika negara ingin elak dari memberi kemenangan kepada UMNO, pengundi perlu ada pilihan selain dari yang ada.

6. Hari ini Gerakan Tanah Air (GTA) telah ditubuh untuk pengundi, terutama Melayu, memilih selain dari UMNO.

7. GTA adalah parti Melayu yang terdiri dari ahli politik yang bersih dari jenayah. Pemimpin mereka tidak pernah didakwa di hadapan mahkamah, jauh sekali dari di penjara.

8. GTA juga mempunyai ramai pemimpin yang berpengalaman. Hasrat GTA ialah untuk mendiri Kerajaan yang hormati undang-undang (Rule of Law) dan Perlembagaan negara. Mereka utamakan kepentingan bangsa, negara dan agama.

9. Walaupun keahlian mereka terhad kepada orang Melayu mereka juga akan berlaku adil kepada kaum-kaum lain.

10. Kerajaan yang akan mereka dirikan akan mencermin masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia.

11. Jelaslah dengan GTA bertanding rakyat yang bosan dengan politik, dan ketidakstabilan negara sejak Langkah Sheraton, akan dapat memilih Kerajaan parti Melayu selain dari parti UMNO.

12. Sama-samalah kita pulih negara dan bangsa dari kerosakan kleptokrat. InsyaAllah.

Leave a Reply