KEJAYAAN NAJIB YANG MENGAGUMKAN


1. Amatlah mengagumkan bagaimana Datuk Seri Najib berjaya berpura-pura bodoh dan cuba putar belit isu berkait saya menerima RM2.6 juta dari UKSB.

2. Najib cuba untuk menyamakan dengan isunya menerima RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaunnya dan mendakwa diberi oleh Raja Arab yang sehingga hari ini tidak wujud atau tampil membuktikan kenyataan Najib.

3. Selain itu, dua mahkamah dan empat hakim telah dapati dia bersalah tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC, sebuah anak syarikat 1MDB.

4. Najib juga sedang dibicara di dalam mahkamah berkaitan kes 1MDB di atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk peroleh suapan berjumlah RM2.3 billion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion tersebut.

5. Kesemua aliran wang tersebut ada paper trail dan digital footprint dan kesemuanya terkait dengan Najib.

6. Ini berbeza keadaan dengan kenyataan David Tan dari UKSB di dalam mahkamah iaitu duit itu diberi melalui anak saudara saya Tan Sri Rahmat dan bukannya kepada saya.

7. Tidak ada bukti duit masuk akaun saya atau saya terima duit itu atau David Tan melihat duit itu diserah pada saya.

8. Yang ada hanyalah kenyataan David Tan yang bersandar pula kepada ledgernya digelar Buku 555.

9. Tan Sri Rahmat telah keluar kenyataan nafi dia serah apa-apa duit pada saya. Tan Sri Rahmat juga terangkan dia ada terima wang RM1.3 juta tetapi ini adalah imbuhan untuk jawatan sebagai pengerusi dan penasihat UKSB.

10. Dia telah letak jawatan di UKSB tidak lama kemudian dan serah kembali wang RM1.3 juta. Tan Sri Rahmat juga ada surat dan dokumen berkait dengan apa yang dinyatakannya.

11. Memang pun saya tidak pernah terima duit tersebut.

12. Ini sesuatu yang amat mudah di faham dan Najib memang faham. Dia berpura-pura tidak faham kerana dengan itu dia dapat terus bohong dan tipu untuk tutup kesalahannya menyamun wang rakyat.

13. Malangnya, dengan berpura-pura bodoh, Najib dapat terus perbodohkan penyokongnya.

Leave a Reply