All posts by Che Det

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI PEJUANG/GERAKAN TANAH AIR LANGKAWI



Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

1. Saya mengutus surat ini untuk 4,566 pengundi-pengundi yang telah memberi undi mereka kepada saya di dalam PRU ke-15 untuk kerusi parlimen Langkawi.

2. Saya tidak tahu siapa yang telah mengundi saya kerana undi itu rahsia jadi saya tidak ada jalan lain untuk ucap berbanyak terima-kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana telah dengan berani memberi undi kepada saya melainkan melalui surat terbuka ini.

3. Walaupun saya mungkin tidak kenal setiap seorang dari tuan-tuan dan puan-puan tetapi saya merasa sangat berbesar hati kerana semangat, keberanian dan penolakan rasuah oleh semua untuk memberi undi kepada saya yang mewakili Pejuang/GTA.

4. Di atas kesedaran ini, sekali lagi saya ingin ucap berbanyak-banyak terima kasih kerana mengundi saya.

5. Yakinlah bahawa walaupun kita tidak ramai, ia tidak bermakna perjuangan kita tidak benar. Malahan, kerana berpegang kepada prinsip perjuangan itulah kita kadang-kala dipinggir.

6. Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk bangsa kita, agama kita dan juga tanah air kita.

Salam hormat,

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

PILIHANRAYA UMUM ke-15



1. Pejuang Tanahair yang mengganti Gerakan Tanah Air (GTA) kalah dalam PRU 15.

2. Saya sebagai pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat.

3. Saya harap pihak yang menang akan mendiri Kerajaan Malaysia.

4. Oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, Pejuang tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam dewan.

5. Segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksalah digugur.

6. Yang boleh dilakukan oleh Pejuang ialah melihat arah pemerintahan pihak yang menang.

7. Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat pulih segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

8. Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara.

9. Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.

10. Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis.

PRU 15



1. A calamity can be expected once the GE-15 result is declared.
2. Experts’ prediction regarding GE-15 is either one of the three political groups will win and set up Government.

3. The three groups are;

I. Barisan Nasional
II. Pakatan Harapan
III. Perikatan Nasional

4. Barisan Nasional is led by criminals, contesting to save themselves from imprisonment.
5. If they become Government, the practise of corruption and stealing of Government money will continue. Surely Malaysia will face calamity.
6. Pakatan Harapan will appoint Anwar Ibrahim as Prime Minister.
7. Anwar is someone who accuses Malays of prioritising their own race, in other words they are racists.
8. Anwar is also considered a liberal who does not reject the free lifestyle as practised in the West.
9. Perikatan Nasional will choose Mahiaddin for PM. Mahiaddin is the person responsible for power grabbing through the back door.
10. He is also said to be involved in corrupt practices with regard to the education contract with YTL.
11. These three groups will create chaos and calamity should they become the Government of Malaysia.
12. If Malaysians wish to avoid from this disaster, what choice does the people have?
13. Up to now writers and the social media have ignored Gerakan Tanah Air which is contesting under the name Pejuang Tanah Ar as GTA is not registered by the Government.
14. Pejuang can be chosen as Government.
15. Pejuang has placed125 candidates and if they are supported, Pejuang can bring changes to the country’s political landscape.
16. The leaders and candidates from Pejuang are free from criminal records and are experienced in administration.
17. Pejuang promises to form a Government that is free from corruption and stealing of Government money.
18. Pejuang will uphold The Rule of Law dan the constitution.
19. Pejuang has plans to revive the economy, manage finances well, stabilise politics and to restore Malaysia as an Asian Tiger.
20. Pejuang is not a small party. Pejuang is not new in terms of politicsa and administration. segi politik dan pentadbiran.
21. Only Pejuang is carrying the tag line Bersih, Cekap dan Beramanah (Clean, Efficient and Trusworthy).
22. Choose Pejuang if the country wants to avoid chaos and calamity.
23. We have seen what had happened when BN. PN and PH ruled.
24. Avoid what we can avoid by giving an opportunity to Pejuang.
25. If not as a Pejuang-led Government, Pejuang as a big partner in a clean coalition will bring benefits.
CHOOSE PEJUANG!

PRU 15



1. Satu malapetaka mungkin akan berlaku apabila keputusan PRU15 diisytiharkan.

2. Ramalan pakar berkenaan PRU15 ialah satu dari tiga buah kumpulan politik akan berjaya dan akan diri Kerajaan.

3. Tiga buah kumpulan ini ialah

I. Barisan Nasional
II. Pakatan Harapan
III. Perikatan Nasional

4. Barisan Nasional ialah kumpulan yang dipimpin oleh penjenayah (criminals) yang bertanding untuk selamatkan diri mereka dari dipenjara.
5. Jika mereka jadi Kerajaan maka amalan rasuah dan curi duit Kerajaan akan diteruskan. Sudah tentu Malaysia akan menghadapi malapetaka.
6. Pakatan Harapan pula akan lantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
7. Anwar ialah orangnya yang menuduh orang Melayu utamakan hanya kaum mereka, iaitu mereka adalah racist.
8. Anwar juga dianggap liberal dan tidak menolak cara hidup bebas yang diamal di Barat.
9. Perikatan Nasional akan pilih Mahiaddin sebagai PM. Mahiaddin ialah orangnya yang melaksana rebutan kuasa melalui pintu belakang.
10. Dia juga dikatakan terlibat dengan rasuah berkenaan kontrak pelajaran dengan YTL.
11. Ketiga-tiga kumpulan ini akan mencetuskan huru-hara dan malapetaka jika mereka menjadi Kerajaan Malaysia.
12. Jika rakyat Malaysia ingin elak dari malapetaka apakah pilihan rakyat?
13. Sehingga kini penulis dan media sosial mengenepi dan menolak Gerakan Tanah Air yang bertanding dengan nama Pejuang Tanahair kerana GTA tidak didaftar oleh Kerajaan.
14. Pejuang mampu dipilih menjadi Kerajaan.
15. Pejuang meletak 125 calon dan jika disokong, Pejuang boleh membawa perubahan kepada politik negara.
16. Pemimpin dan calon Pejuang bersih dari segala jenayah dan berpengalaman dalam pentadbiran.
17. Janji Pejuang ialah untuk mendiri Kerajaan yang bebas dari rasuah dan pencurian wang Kerajaan.
18. Pejuang akan pegang kepada perundangan (The Rule of Law) dan Perlembagaan.
19. Pejuang mempunyai perancangan untuk pulih ekonomi, mengurus kewangan dengan baik, menstabilkan politik dan mengembali negara sehingga jadi Asian Tiger.
20. Pejuang bukan parti kecil. Pejuang juga bukan baru dari segi politik dan pentadbiran.
21. Di waktu ini hanya Pejuang sahaja yang berslogan Bersih, Cekap dan Beramanah.
22. Pilihlah Pejuang jika negara ingin elak dari huru-hara dan malapetaka.
23. Kita sudah lihat apa yang telah terjadi apabila, BN, PN dan PH memerintah.
24. Elak dari yang boleh dielak dengan memberi peluang kepada Pejuang Tanahair.
25. Jika tidak sebagai Kerajaan Pejuang sebagai rakan besar dalam pakatan (coalition) dengan yang bersih akan bawa banyak kebaikan.
PILIHLAH PEJUANG!


PILIHAN ANDA



1. Dalam PRU15 pengundi Melayu dihadapi dengan pemilihan antara dua parti Melayu.

2. Parti pertama ialah UMNO yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan jenayah-jenayah seperti mencuri, menyalahguna kuasa, rasuah dan menghalal duit haram.

3. Mereka harap mendapat kemenangan besar supaya tuduhan-tuduhan terhadap mereka dan hukuman penjara ke atas mereka dapat diampun atau dibatal.

4. Jika mereka menang negara tercinta ini akan diperintah oleh penjenayah yang terkenal dengan sifat buruk mereka dan kehancuran negara oleh mereka.


5. Pilihan satu lagi bagi pengundi Melayu ialah mengundi parti Melayu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding sebagai Parti Pejuang kerana belum didaftar.

6. Parti Pejuang dipimpin oleh pemimpin Melayu yang bersih dari segala jenayah dan berjuang untuk menjaga nasib orang Melayu yang rata-rata miskin dan terpaksa jual tanah.

7. Pejuang dan GTA mempunyai rancangan untuk pulih semula negara dengan memegang kepada undang-undang. Ramai pemimpin Pejuang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan pembangunan negara.

8. Pejuang berharap pengundi Melayu khususnya dan bukan Melayu akan pilih Kerajaan pimpinan Pejuang/GTA supaya semua pihak akan menikmati pentadbiran negara yang baik dan pembangunan.

9. Ingatlah, apabila sahaja Najib dan UMNO menjatuhkan Kerajaan PH melalui pintu belakang, politik dalam negara menjadi tidak stabil, Kerajaan mudah dijatuhkan dan rakyat menderita kerana keruntuhan ekonomi, kenaikkan harga makanan dan barangan, rasuah berleluasa dan pentadbiran yang lemah.

10. PRU 15 memberi peluang kepada rakyat menukar Kerajaan kleptokrasi dan mengembali pemerintahan yang bersih, cekap dan beramanah melalui Kerajaan Pejuang/Gerakan Tanah Air.

APAKAH PERJUANGAN UMNO SEKARANG



1. UMNO ditubuh untuk menyelamatkan bangsa (Melayu) negara (Malaya dan Malaysia) dan agama (Agama Islam).
2. Pada mulanya UMNO tetap pegang kepada tugas penubuhannya. Dan UMNO berjaya sehingga ia menjadi tunggak kepada Kerajaan Malaysia selama 61 tahun berturut-turut.
3. Pada 2018 UMNO dikalahkan. Ia kalah kerana tidak lagi pegang kepada tanggungjawabnya, iaitu menyelamat bangsa dari bahaya kehilangan negara dan bangsa. Tumpuan perjuangan UMNO hanyalah untuk mengekalkan Presidennya, iaitu Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Apa terjadi kepada bangsa dan negara tidak lagi menjadi matlamat UMNO.
4. Sekarang UMNO masih bercita-cita untuk bertanding dalam PRU 15 dan menjadi Kerajaan Malaysia semula.
5. Tetapi Kerajaan yang UMNO akan dirikan sebenarnya lebih utamakan pembebasan banduan Najib Razak, bekas Presidennya dari di penjara.
6. Apa yang terjadi kepada bangsa, negara dan agama bukan lagi keutamaan bagi parti UMNO. Biarlah negara hancur, tidak dipulih, menanggung beban hutang berbillion, tidak stabil, lemah, dipandang hina oleh dunia – semua ini tidak penting seperti pembebasan bagi banduan Najib.
7. Apa juga cara, sama ada halal atau tidak, diguna oleh UMNO untuk membebas Najib dari hukuman terhadapnya.
8. Hari ini usaha gigih oleh UMNO ialah untuk mendapat keampunan bagi Najib. Sudah tentu ini jugalah hasrat UMNO untuk memenangi PRU 15 dan mendiri Kerajaan.
9. Kita sedang lihat pemimpin UMNO dan ahli juga mendesak supaya PRU 15 diadakan segera.
10. Sebabnya PRU hendak diadakan awal ialah kerana semakin lama semakin sedarlah rakyat akan kesalahan Najib dan pemimpin lain dalam UMNO. Dengan kesedaran ini sokongan kepada UMNO akan merosot.
11. Percubaan akan dibuat untuk sogok wang kepada bahagian-bahagian, cawangan-cawangan dan pengundi. Lebih lambat PRU diadakan lebih bermasalah kerja sogokan.
12. Rakyat perlu fikir dengan mendalam. PRU 15 ini mungkin menjadi peluang terakhir untuk pulih negara.
13. Jika peluang ini terlepas dan UMNO menang dan diri Kerajaan, kuasa Kerajaan akan digunakan oleh Kerajaan UMNO supaya parti lawan tidak mungkin menang.

KE ARAH POLITIK YANG STABIL



Yang Berbahagia Pengundi,
1. Kamu ingin politik yang stabil
2. Apakah UMNO boleh menghasil kestabilan politik negara?
3. Apabila UMNO kalah dalam PRU 14, Najib cadang Kerajaan Melayu Islam.
4. Maka buat kali pertama Kerajaan pilihan rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang tebuk atap.
5. Kerajaan ini tak dapat selamatkan Najib dari dihukum.
6. Kerajaan pintu belakang PN diganti dengan Kerajaan pintu belakang lain.
7. Kerajaan ini gagal menyelamat Najib.
8. Maka Parlimen dibubar PRU 15 diisytihar walaupun banjir.
9. Kestabilan negara tergugat.
10. Tujuan UMNO bertanding dalam PRU 15 ialah untuk selamatkan Najib dari penjara, dari hukuman dan tuduhan yang sekarang dihadapi olehnya.
11. Tujuan juga untuk selamatkan Zahid dari perbicaraan kes rasuahnya dan kes rasuah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang lain.
12. Maka kestabilan negara tergugat lagi.
13. Apa jadi kepada negara tidak penting. Keluhuran undang-undang dicabul, pemisahan kuasa antara legislative, executive dan kehakiman diketepikan, pegawai tinggi dibuang dan diganti dengan pegawai seperti Apandi yang mendakwa Najib tidak lakukan apa-apa kesalahan.
14. Itulah latar belakang UMNO Najib/Zahid. Negara menjadi lebih tidak stabil kerana lompat-melompat, masuk pintu belakang, tebuk atap.
15. Ketidakstabilan negara disebabkan tindakan UMNO apabila kalah.
16. Gerakan Tanah Air adalah Gerakan rakyat yang tolak rasuah, ingin Kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah.
17. Tetapi GTA tidak terlibat dengan jenayah.
18. Pemimpin GTA berpengalaman dalam pentadbiran dan pembangunan negara.
19. Malang GTA belum didaftar.
20. Sebab itu GTA bertanding di bawah nama dan simbol Parti Pejuang Tanah Air.
21. Undilah 120 calon pejuang.
22. Beri Pejuang cukup kekuatan untuk menentukan kestabilan politik negara.
23. Beri Pejuang kekuatan untuk memulih keadaan negara tercinta.
24. Pejuang boleh.
25. Rakyat yang ingin politik yang stabil, ekonomi yang kukuh dan kesejahteraan rakyat hanya akan mengembalikan semua ini dengan memilih calon Pejuang dalam PRU 15.



KERAJAAN MELAYU ISLAM NAJIB



1. Apabila Najib kalah dalam PRU 14, ia dengan serta merta mencadang kerjasama dengan musuhnya PAS untuk diri kononnya Kerajaan Melayu Islam.

2. Sebabnya ialah kerana Kerajaan PH tidak punyai dominasi Melayu Islam. Dengan itu ramai Melayu dalam PH dapat dihasut supaya tinggal PH.

3. Dan berlakulah lompatan wakil rakyat Melayu dalam PH keluar dari pakatan itu.

4. Di masa yang sama Azmin Ali yang bermusuh dengan Anwar membawa keluar beberapa wakil rakyat dari Parti Keadilan, anggota dalam PH.

5. Maka jatuhlah PH.

6. Dan Kerajaan pintu belakang tebuk atap gabungan, serpihan Bersatu dan Keadilan dan UMNO mengambil alih Kerajaan.

7. Dalam Kerajaan ini sokongan bukan Melayu Islam diperlukan. Maka Kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin bukanlah Kerajaan Melayu Islam. Bersatu sendiri bertukar dari menjadi parti Melayu kepada parti berbilang kaum.

8. Kerajaan pimpinan Muhyiddin lemah dan mudah dijatuhkan. Najib tarik keluar lima belas wakil rakyat UMNO, maka jatuhlah Muhyiddin.

9. Dan Ismail Sabri dari UMNO mengambil alih. Walaupun BN yang kalah, kembali sebagai Kerajaan, tetapi Najib tidak dapat diselamatkan.

10. Maka PRU diperlukan supaya dengan sogokan wang yang masih ada pada UMNO, parti itu akan menang besar.

11. Lepas itu pemimpin-pemimpin UMNO yang menghadapi kemungkinan di penjara akan selamat.

12. Inilah perjuangan UMNO dalam PRU 15 seperti yang diakui oleh Zahid Hamidi; Presiden UMNO.

13. Apa jadi kepada rakyat dan negara bukan perjuangan UMNO dan BN.

POLITICAL STABILITY


Dear Voters,

1. You want political stability
2. You want economic growth
3. You want security
4. Then don’t vote for “cash is king”, kleptocrat UMNO
5. Remember when UMNO lost in PRU 14
6. Najib proposed a Malay Muslim Government with PAS.
7. Through the backdoor PH was overthrown.
8. And Malaysia became politically unstable, 3 PM in three years.
9. All at mercy of UMNO
10. Ridiculous for UMNO to claim it can bring about stability.
11. Its Government will promote “cash is king” corruption, save its leader from being tried and jailed for corruption and other crimes, destroy Malaysian finances and economy.
12. To have stability reject UMNO
13. Chose GTA (Gerakan Tanah Air) led by clean, experienced leaders, capable of restoring the Malaysian Tiger.
14. We will contest as Pejuang Tanah Air because the Government has not registered GTA.
15. We have ideas on how to rehabilitate the country.
16. Our struggle is for the people and the country.
17. We are not for personal gain.
18. We are contesting in 120 seats plus, enough to form a strong Government.
19. Only a strong Government can stabilise and develop the country.
20. So vote for stability
21. Vote for Pejuang.

KERAJAAN STABIL



1. Kerajaan menjadi tidak stabil apabila Kerajaan PH dijatuhkan melalui pintu belakang.

2. Kerajaan PN pintu belakang yang pada mulanya tidak cukup bilang, hanya dapat kelebihan 2-3 kerusi sahaja setelah beberapa ahli Parlimen melompat?

3. Apabila Muhyiddin gagal menyelamat Najib, Kerajaannya dijatuhkan dan diganti dengan Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dari UMNO.

4. Tetapi Kerajaan ini juga lemah dan tidak dapat selamatkan Najib.

5. Untuk selamatkan Najib, Zahid dan lain-lain pemimpin UMNO, kemenangan besar diperlukan bagi UMNO dalam PRU 15.

6. Inilah perjuangan UMNO yang sebenar. Bukan untuk menstabilkan politik negara, tetapi untuk selamatkan diri pemimpin UMNO dari dihadap ke mahkamah dan di penjara.

7. Nasib rakyat, nasib negara, ekonomi dan lain-lain tidak penting.

8. Kita tahu pemimpin UMNO sekarang ialah pemimpin yang merosak UMNO membebankan negara dengan hutang bertimbun-timbun, memenuhi jentera pentadbiran dengan pegawai yang tidak beramanah seperti Apandi dan memperkenal belanjawan untuk beli sokongan dan tidak membenar perbahasan dalam dewan.

9. Jika UMNO menang bukan kestabilan politik yang akan dicapai tetapi pemerintahan yang tidak menghormati undang-undang dan pemisahan kuasa antara Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.

10. Maka akan rosak lagilah negara.