ROHINGYA 12

1. Saya sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya. 

2.Dahulu mereka benci kepada pelarian dari Vietnam. Pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya. Dan orang Rohingya pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati dari kita. 

3.Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci. 

4.Sesungguhnya kita telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain. Dan negara lain juga perlu buka pintu mereka. 

5.Tetapi menghalau bot berisi 400 pelarian sehingga mereka berada di laut sampai 2 bulan adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan. 

6.Apa yang patut dilakukan ialah membekal mereka dengan makanan dan minyak supaya mereka dapat pergi ke negara lain atau balik ke Myanmar. 

7.Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka. 

8.Kita juga perlu meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tindakan terhadap Myanmar. Kita juga perlu dedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia. 

9.Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman. Negara-Negara Islam dan OIC perlu bertindak untuk menghentikan kezaliman oleh Myanmar.

12 thoughts on “ROHINGYA

  1. Aisyah Apr 30,2020 5:11 AM

    Assalamualaikum Tun. Kata kunci yang sebenar berkenaan isu Rohingya ini sebenarnya bukan berkenaan isu komuniti Rohingya itu sendiri tetapi isu yang sebenar ialah isu law breaker atau pelanggaran undang-undang. Mereka yabg melanggar undang-undang, tidak kiralah undang2 setempat, negara atau kemanusiaan, tidak kira dari kalangan Rohingya, Melayu, Cina, India, pihak berkuasa Myanmar itu sendiri, atau siapa sahaja mesti dipertanggungjawabkan atas kesalahan mereka dan dihukum atas kesalah mengikut undang2 sedia ada.

    Bila kita highlightkan law breaker, maka dengan sendurinya kita mengasingkan mereka yang tidak bersalah dari mereka yang melakukan kesalahan. Sebagaimana kita tidak mahu orang lain menghina dan menghukum orang Islam keseluruhannya kerana ISIS, begitu jugalah kita tidak mahu rakyat Malaysia menghukum semua orang Rohingya kerana tindakan salah sebahagian kecil dari mereka. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    Hukumlah mereka yang melakukan kesalahan, tetapi harus dihighlightkan bahawa isu ini bukan berkenaan isu Rohingya, tetapi isu pelanggaran undang2 atau keingkaran terhadap arahan pihak berkuasa.

    Malaysia akan cuba sedaya upaya menolong dan membela nasib mereka yabg tertindas tetapi mereka yang ditolong dan diberi perlindungan harus mematuhi undang2 Malaysia dan menhormati sensitiviti masyarakat tempatan. Mereka tidak akan terkecuali dari hukuman serta tindakan undang2 sekiranya terdapat pelanggaran undang2 atau kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

  2. Aisyah Apr 30,2020 5:08 AM

    Assalamualaikum Tun. Kata kunci yang sebenar berkenaan isu Rohingya ini sebenarnya bukan berkenaan isu komuniti Rohingya itu sendiri tetapi isu yang sebenar ialah isu law breaker atau pelanggaran undang-undang. Mereka yabg melanggar undang-undang, tidak kiralah undang2 setwmoat, negara atau kemanusiaan, tidak kira dari kalangan Rohingya, Melayu, Cina, pihak berkuasa Myanmar itu sendiri, atau siapa sahaja mesti dipertanggungjawabkan atas kesalahan mereka dan dihukum atas kesalah mengikut undang2 sedia ada.

    Bila kita highlightkan law breaker, maka dengan sendurinya kita mengasingkan mereka yang tidak bersalah dari mereka yang melakukan kesalahan. Sebagaimana kita tidak mahu orang lain menghina dan menghukum orang Islam keseluruhannya kerana ISIS, begitubjugalah kita tidak mahu rakyat Malaysia menghukum semua orang Rohingya kerana tindakan salah sebahagian kecil dari mereka. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    Hukumlah mereka yang melakukan kesalahan, tetapi harus dihighlightkan bahawa isu ini bukan berkenaan isu Rohingya, tetapi isu pelanggaran undang2 atau arahan pihak berkuasa.

    Malaysia akan cuba sedaya upaya menolong dan membela nasib mereka yabg tertindas tetapi mereka yang ditolong dan diberi perlindungan harus mematuhi undang2 Malaysia dan menhormati sensitiviti masyarakat tempatan. Mereka tidak akan terkecuali dari hukuman serya tindakan undang2 sekiranya terdapat pelanggaran undang2 atau kesalahan yang dilakukan.

  3. milshah Apr 30,2020 12:58 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Saya ucapkan kepada Tun sekeluarga Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan. Saya akui saya kurang ikuti perkembangan isu Rohingya seperti yang berlaku baru-baru ini. Yang saya tahu mereka adalah bangsa yang dianiaya di negara mereka sendiri, kerana mereka beragama Islam. Kekejaman yang dilakukan oleh negara Myanmar terhadap bangsa Rohinya diakui seluruh dunia. Ini fakta yang tidak dapat diubah. Saya tidak nampak mengapa mereka perlu dibenci.Saya difahamkan punca kebencian ini adalah disebabkan oleh ucapan yang kononnya dikatakan oleh salah seorang pemimpin mereka. So what? Adakah jika pemimpin Malaysia dituduh mencuri, maka seluruh rakyat Malaysia perlu dibenci? Saya setuju dengan pandangan Tun. Bangsa Rohingya adalah bangsa ditindas di negara mereka sendiri. Dengan itu mereka perlu dibela.

    Terima kasih Tun.

  4. FMM Apr 30,2020 12:14 AM

    ROHINGYA

    Salam sejahtera Tun,

    1. Sebagai rakyat Malaysia, saya berpendapat bukan sahaja orang melayu tidak suka terhadap Rohingya, saya
    percaya kaum-kaum lain juga mempunyai perasaan yang sama.

    2. Saya berharap rakyat Malaysia menolak kedatangan terhadap pendatang –pendatang tanpa izin samada Thai,
    Burmese, Chinese (dari negara China), Rohingya, Indonesian ataupun Filipino ke negara kita.

    3. Saya juga berharap kerajaan Malaysia mahupun PN atau PH bertindak tegas dan tidak payah bersimpati terhadap
    pendatang – pendatang tanpa izin.

    4. Hukuman yang mengikut undang-undang harus dikenakan ke atas mereka.

    5. Pada bulan Disember tahun lepas semasa saya melawati Kota Kinabalu, Sabah,saya amat kesal apabila
    melihat peniaga-peniaga di salah satu pasar petang merupakan pendatang-pendatang asing Filipino. Mereka bukan
    pekerja tetapi peniaga.
    Saya terperanjat dan tanya sendiri mengapa peluang tersebut bukan dimiliki oleh rakyat tempatan ?
    Mengapa kerajaan pusat ataupun negeri menggalak begitu ramai pendatang asing ke negara kita berniaga ?
    Adakah kerajaan pusat atau negeri tidak menitikberat pendapatan rakyat tempatan secara langsung ?
    Bilakah kita mampu menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan masyarakat kita ?

    5. Sudah tentu kawalan kita longgar dan usaha kita meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan menemui jalan buntu.

    7. Malaysia akan berumur 63 pada tahun ini dan kita masih menghadapi masalah yang sama, iaitu pendatang asing.

    6. Saya berharap apa yang berlaku di pasar tersebut tidak diulangi di Semenanjung Malaysia.

    Sekian.

    FMM
    (Future of Malaysia and Malaysian)

  5. Hajar Apr 30,2020 12:01 AM

    Salam YAB Negarawan Ulung Tun Dr. Mahathir,

    Kita sedang berperang dengan coronavirus COVID-19.

    Tiba-tiba ada pula segerombolan pelarian datang secara haram. Apa patut kita buat?

    Bagi saya tidak ada salahnya kita menghalau penceroboh yang masuk secara haram supaya meninggalkan perairan Negara kita. Kita mesti bertegas.

    Kita juga ada rakyat yang perlu dijaga dari dijangkiti oleh COVID-19.

    Kalau kita beri mereka makanan dan minyak, adakah jaminan yang mereka tidak datang balik dalam tempoh terdekat?

    Sedangkan sekarang pelawat asing yang HALAL pun kita tidak benarkan masuk ke negara ini (untuk menangani COVID-19), inikan pula PENDATANG HARAM.

    Kita pun sudah ada pengalaman berdepan dengan KETURUNAN KAUM PENDATANG (dibawa oleh British). Lihatlah PERANGAI buruk mereka di tanah orang Melayu ini. KURANG AJAR serta suka menghina dan memfitnah orang Melayu / Islam.

    Elok mereka berambus saja balik ke tanah nenek moyang mereka yang mereka masih puja dan puji. Maaf cakaplah…

    “Once bitten, twice shy” kata orang putih.

    Kita orang Melayu mesti belajar dari sejarah. Jangan lagi kita bagi muka kepada pendatang asing, apa lagi pendatang haram.

    Kerajaan Myanmar (kafir) yang tidak berperikemanusiaan. Merekalah yang sepatutnya dikecam di atas permasalahan etnik Rohingya.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  6. musato Apr 29,2020 11:25 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Isu Rohingnya saya tidak melihat samada mereka Muslim atau tidak.

    Negara Malaysia adalah kekal didiami oleh bangsa bangsa yang ada di sini.

    Kita tidak memerlukan bangsa lain untuk menumpang dan mengambil kesempatan di sini.

    Lebih baik kerajaan pastikan mereka boleh dihantar pulang kembali sekiranya kerajaan mahu membantu atas dasar kemanusiaan.

    Terima kasih Tun.

  7. musato Apr 29,2020 11:17 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Adalah juga hak untuk negara.

    Bergerak dari segi ekonomi contohnya.

    Pergerakkan perlu secara terkawal. Saya fikir ia sesuai seperti yang dibaca perancangannya.

    Terima kasih Tun.

  8. musato Apr 29,2020 11:13 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Mengikut pengalaman saya ketika berperang dengan benda yang tak nampak adalah, kekal diam jangan mengeluh, kurangkan pergerakan sosial, disiplinkan diri dengan tekun, positifkan diri, banyakkan masa dengan keluarga orang yang rapat.

    Sekarang ada teori mengatakan convid 19 terapung di udara dan kekal selama 2 jam.

    Ia adalah benda yang tak nampak.

    Berusahalah jaga hak tubuh badan kita dan kekal bertawakal pada Allah swt.

    Terima kasih Tun.

  9. HBT456 Apr 29,2020 7:36 PM

    Correction: ROHYINGYA, PALESTINIANS, PAKISTANIS, BANGLADESHI, SAUDIS, TURKS, QATAS DLL MOSLEM, THEY ARE FOREIGN MOSLEM AND I HOPE THEY TOO FAHAM MASUK KANDANG LEMBU MENGAUK, MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK.

  10. HBT456 Apr 29,2020 7:33 PM

    IF THE MALAY WOMEN CANNOT ACCEPT THEIR HUSBANDS BE IT LOCAL, OR FOREIGN MOSLEM, TO MARRIED 2ND, 3RD OR 4TH WIVES, AND POOR, THEY CAN SEEK FOR DIVORCE AND PAMPASAN IN SYARIAH COURTS, AM I RIGHT?

    AS FOR NON MALAY, THEY CAN APPLY THROUGH LAW FIRMS UNDER BAR COUNCIL, AM I RIGHT?

    I SURE HOPE MELAYU JANGAN MUDAH LUPA DIRI KERANA HAK KEISTIMEWAAN JUST BECAUSE THEY ARE MELAYU AND MOSLEM AND CAN DERA THEIR WIVES OR HUSBANDS INCLUDING THEIR CHILDREN SESUKA HATI.

    ROHYINGYA, PALESTINIANS, PAKISTANIS, BANGLADESHI, SAUDIS, TURKS, QATAS DLL MOSLEM, THEY ARE FOREIGN MOSLEM AND I HOPE THEY TOO FAHAM MASUK KANDANG LEMBU MENGAUK, MASUK KANDANG LEMBU MENGEMBEK.

  11. LeoSabri @ leosabri.com Apr 29,2020 6:50 PM

    Assalamualaikum salam sejahtera dan selamat berpuasa..

    “asal ceritanya pelarian wpn sengaja sebut pelarian utk sdpkn cerita sdgkn asasnya pendatang haram brpunca dr dihalang masuk negara brmulalah kesahnya tarik petik yg ada kaitanya bila ada yg nk jd Hero kononya suci mulia orgnya tp jelas sesat kesesatan MAHA nyata wajib kembali pd pucuk pangkalnya iaitu PKP ada fhm ke dak xde ssapa leh keluar masuk lgkn dipaksa duduk rumah biarpn apa kata dunia dikata negara kejam wpn negara dikeji jijik ttp jwpanya PKP dunia pn trsedia maklum klo nk sdp lg jwblah negara xde kena mengena dgn Konvensyen Pelarian tarafnya ttp sama spt Pendatang Haram tp dasar kemanusiaan masih ada dibenar brada dlm negara utk jd bukti keprihatinanya MALANGNYA hanya kerna agama bangsa politik segala ada yg lemah pd fikirnya hujahnya mmg xde kebijaksanaanya ye.. lol *SEDEH!”

    Sekian, salam hormat dan semoga berbahagia.

    p/s sunting dan tampal petikan itu bilamana membawang bersama rakan-rakan, harap tiada sesiapa berkecil hati, sekadar bersuara sahaja.

  12. HBT456 Apr 29,2020 6:16 PM

    EVEN REFUGEES AS LONG AS THEY ARE MOSLEM, THEY ARE MOST WELCOME.

    HARD TRUTH IS HARD TO BITE, BUT THE CHOICE IS EASIER WHEN COMES TO VOTING TIME.

    I DO NOT WISH TO BE IN THIS TOPIC DUE TO POLITICAL STRUGGLINGS WITHIN MALAY POLITICAL PARTIES DLL.

    HENCE, DONT NEED TO HARD SELL THEIR STRUGGLES TO MENEGAKKAN BENANG ISLAM TO ME BECAUSE I CAN EXPLAIN MUCH BETTER SINCE I AM NOT A PARTY MEMBER TO ANY POLITICAL PARTIES.

    I ALREADY KNOW THE HARD TRUTH, AND I REST MY CASE.

    IN HERE, I WISH THE MALAY AND MOSLEM A SELAMAT PUASA BERSAMA KELUARGA KESAYANGAN MEREKA.

    P/S: INDONESIANS AND FOREIGNERS WHO ARE LIVING WHO GETS MARRIED WITH LOCAL AND WITH CHILDREN, I HOPE THEY CAN APPLY FOR CITIZENSHIPS IF THEY DECIDE TO STAY PERMANENTLY IN THIS COUNTRY TOO.

Leave a Reply