SURAT KEPADA PENGARANG UTUSAN MALAYSIA 18

*SURAT INI TELAH DIHANTAR KEPADA PENGARANG UTUSAN MALAYSIA PADA 3hb JANUARI, 2018*

Pengarang,
Utusan Malaysia

Utusan Malaysia tahu saya tidak kata mufti kafir. Tetapi sebagai media milik parti Kerajaan, Utusan perlu salah tafsir untuk selamatkan diri.

Apa yang saya kata ialah jika mufti tidak menolak dakwaan PAS dan amanat Haji Hadi bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir menjadi kafir, maka mufti juga akan jadi kafir kerana mereka tidak menyatakan penolakan mereka.

Mufti bukan sebarang orang. Mufti bertanggungjawab menasihat raja dan rakyat berkenaan agama Islam. Menjadi tanggungjawab mufti memberi pendapat samada dakwaan PAS dan Haji Hadi benar atau tidak. Amanat Haji Hadi dibuat kerana politik tetapi amanatnya memesongkan agama orang Islam.

Oleh kerana mufti tidak memberi pendapat tentang pengkafiran ini, walaupun sanggup menafikan ajaran sesat Arqam Ashaari, Ayah Pin dan beberapa tokoh lain, maka ramailah orang Islam percaya dan taksub dengan dakwaan Haji Hadi dan PAS sehingga ada yang mendakwa ibu bapa mereka kafir, ada yang berkahwin sekali lagi, yang tolak makan sembelihan orang UMNO sebagai haram, sembahyang berasingan imam, mendiri masjid sendiri dan bermacam lagi kerana kononnya Kerajaan Malaysia kafir dan orang yang tidak menyertai PAS kafir. Semua ini dilaporkan oleh Utusan dahulu.

Sehingga ke hari ini mufti tidak menolak dakwaan PAS dan Haji Hadi. Di Terengganu masih ada orang Islam yang percaya bahawa orang UMNO dan orang lain yang tidak menyertai PAS adalah kafir.

Mufti tidak harus terlibat dengan politik. Tetapi apabila agama diperalatkan untuk politik dengan mengelirukan orang Islam, amatlah penting dan menjadi tanggungjawab mufti memberi penjelasan samada pendapat orang politik itu benar-benar berasas kepada Islam. Sehingga sekarang belum ada pendapat atau penjelasan yang dibuat oleh mufti.

Hakikatnya ialah jika orang bukan PAS termasuk saya dianggap kafir, maka mufti juga boleh dikatakan kafir kerana tidak menyertai PAS. Jika amanat Haji Hadi diterima mufti bekerja dan menjadi pegawai dalam Kerajaan Kafir. Benarkah?

Saudara Pengarang,

Saya harap saudara akan masuk surat ini dalam akhbar saudara seperti saudara masuk laporan-laporan berkaitan isu ini sejak 30 Disember 2017.

Dr Mahathir bin Mohamad

18 thoughts on “SURAT KEPADA PENGARANG UTUSAN MALAYSIA

  1. Fariq Islam Jan 10,2018 4:32 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Ajaran Islam adalah murni, menampilkan umat ke arah betul dan beriman.

    Alangkah sedihnya sesetengah menyalahguna istilah “kafir” untuk mencemari pemikiran umat, demi kepentingan politik peribadi.

    Diharapkan pengarang Utusan berpegang kepada prinsip. Janganlah mengapi-apikan keadaan mahupun memincangkan masyarakat majmuk dengan konsep “kafir” yang kurang tepat.

  2. farz Jan 9,2018 12:46 PM

    Assalamualaikum,

    Tahniah Tun sebagai calon PM. Harapan saya agar Pakatan Harapan dapat memegang pimpinan negara dalam pilihanraya akan datang ini. Pihak BN akan melakukan berbagai taktik kotor untuk memenangi pilihanraya. Doa saya supaya seluruh jentera Pakatan Harapan dapat bersatu dan berkeupayaan untuk menghadapi cabaran ini. Saya masih kurang selesa dengan Anwar Ibrahim tetapi jika ini yang terbaik untuk semua, saya boleh terima. Buang yang keruh, kita ambil yang jernih. Yang dah lepas jangan dikenang lagi. Kita perlu lihat ke depan dan meletakkan negara di landasan yang betul. Harapan saya, DAP tidak seradikal yang diwarwarkan dan semua dapat bekerjasama dengn cemerlang. Saya tak nak ingat lagi kisah 13 Mei, atau Memali etc. Biarkan ia tinggal sebagai lipatan sejarah. Kita perlu bergerak ke hadapan dan terus memperbaiki diri kita supaya kita boleh menjadi masyarakat yang maju dan cemerlang dan penyayang. Saya yakin Tun bukan gila kuasa dan tidak bercadang untuk memegang jawatan untuk tempoh lama. Walaupun zaman dah berubah, saya yakin Tun boleh bekerja seiring dengan zaman ini bersama-sama kumpulan yang bijak pandai juga. Mudah-mudahan mereka-mereka ini juga orang -orang yang takutkan Tuhan masing-masing. Terima kasih Tun kerana masih sanggup bersama kami. Di sisi Islam, orang yang paling baik adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain dan tidak sekadar memenuhi rukun Islam dan rukun Iman. Semoga Allah sentiasa mmemberkati usaha Tun dan melindungi Tun berdua sentiasa.

  3. milshah Jan 8,2018 12:14 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Alhamdulillah kepimpinan Pakatan Harapan telah membuat langkah yang tepat dengan memilih Tun sebagai calon Perdana Menteri. Kalau dibaca komen-komen dari sosial media iainya ada reaksi positif. Dari kalangan muda dan professional, mereka mahukan pemimpin muda kalau boleh, tetapi mereka memahami mengapa keputusan Tun menjadi calon PM diambil. Dalam erti kata lain, mereka tetap memilih Harapan.

    Reaksi dari pemimpin UMNO dan BN adalah negatif. KJ kata pelabur akan fikir dua tiga kali, Saberi kata belum tentu Tun jadi PM, Rahman Dahlan kata iainya pilihan memalukan dan tragedi. Satu cara untuk menilai reaksi pemimpin BN adalah maksud sebenar adalah kenyataan mereka harus diterbalikkan. Maknanya kalau mereka kata tidak bagus, maka sebenarnya tindakan itu adalah tindakan yang tepat.

    Kita sudah ada calon PM dan TPM. Kita sudah ada pengagihan kerusi. Sekarang masanya barisan PH bercakap dan bertindak sebagai ‘government in waiting’.

    Saya berpendapat strategi UMNO sekarang adalah memecahbelahkan Harapan. Mereka telah berjaya mengasingkan PAS. Saya rasa sekarang sasaran mereka sekarang adalah PKR. Ini dapat dilihat dengan pembebasan DSAI pada tahun ini. Jika DSAI dibebaslan sebelum PRU, saya harap DSAI berbesar hati berganding bahu dengan Tun mengalahkan BN. Jangan termakan taktik BN untuk memecahbelahkan pakatan Harapan.

    Dengan pengumuman Tun sebagai calon PM, saya harap pihak PH, mungkin melalui badan kajiselidik Rafizi, Invoke, menjalankan survey kesan pengumuman Tun sebagai PM ke atas pengundi melayu luar bandar supaya strategi susulan dapat dilakukan.

    Insyaallah Tun, Pakatan Harapan akan menang PRU ke 14. Amin.

  4. excelmad Jan 7,2018 3:25 PM

    As Salam Huda,

    You ni genuine ke cyper trooper UMNO.

    Rasa you yg baca sekerat sekerat kot.

    So kalau 2 X 5 what’s the solution. Bila comment kena bagi solution kalau tidak semua org bolih comment.

    Comment yg membina kita nak d sini. Bukan lepas “Batok” d tangga.

    This applies to all. Maybe Tun tak nampak solution and you are super intelligent and nampak. By all means give a positive feedback to help YOUR country.

  5. nypa.ipowner Jan 7,2018 12:16 AM

    Nilai Matawang Malaysia telah pecah rekod berikutan 9 hari setelah Surat terbuka kepada Pemimpin Dan Rakyat Malaysia (nypaipowner.blogspot.com) diumumkan, Nilai Matawang Ringgit telah meningkat RM3.998 berbanding 1 Dolar Amerika setelah selama 16 Bulan tiada perubahan. Membuktikan bahawa aplikasi Projek Integrasi Nipah sebagai Sumber Tenaga Lestari amat-amat dinantikan dunia. Sebagaimana nasihat Antonio Guterres Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu “Perniagaan Hijau adalah Perniagaan Terbaik” # ParisAgreement- USDtrilion Dana tersedia untuk Kita janakan.

    http://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/01/05/malaysian-ringgit-firms-to-over-16-month-high-as-oil-prices-rally/

    SILA HEBAHKAN DAN SEBARKAN BERITA BAIK INI!!!!

  6. Simple Mind Jan 6,2018 4:22 PM

    Assamul’kum Tun,

    I think, at the moment it is not necessary the name of the candidate for the Pm post be made known cause it may create uneasiness with some people.

    On the other hand, I think Tun would not like to take that job for the long run. Do you think he likes to do it?
    However, in view of the huge pile of rubbish to be settled, I would only say that he will have the strategies how to solved it! Furthermore, his sharpness and wisdom is not found elsewhere.

  7. musato Jan 6,2018 8:54 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Sememangnya Malaysia masih mengikut perlembagaan penjajah.

    Memisahkan agama dan politik dari segi perlaksanaan. Malah lebih dasyat lagi, ia didiamkan dan diikuti oleh ahli ilmu Malaysia.

    Mufti bertanggungjawab memberi nasihat kepada Sultan berkenaan Islam. Manakala Sultan hanya mempunyai kuasa dalam hal ehwal agama Islam sahaja.

    Sultan dilarang mencampuri hal politik. Mufti juga dilarang mencampuri hal politik.

    Maka tindakan mufti untuk bersuara mengenai Amanat Haji Hadi dan Memali dikatakan takut mencampuri hal politik.

    Malah Tun Mahathir sendiri tidak begitu berani menangkap Haji Hadi kerana Amanat Haji Hadi itu kerana takut mencampuri hal ehwal agama Islam. Sedangkan Hal Ehwal Islam itu terletak sepenuhnya di bawah kuasa Sultan dan dinasihati oleh mufti.

    Apatah lagi Tun Mahathir baru menjadi Perdana Menteri ketika itu dan isu ini adalah isu agama Islam. Lihatlah implikasi kejadian di Memali.

    Bersenjata, terdapat seruan jihad. Bayangkan sekiranya kerajaan Tun Mahathir menangkap Haji Hadi ketika itu. Ia akan dikatakan kerana ‘kebencian saingan politik dan pada Islam.’

    Mungkin polis ketika itu telah melalkukan penyiasatan yang betul. “Haji Hadi punyai pengaruh besar.”

    Inilah perlembagaan yang ditinggalkan oleh penjajah kepada Malaysia. Dan masalah besarnya ia diikuti oleh ahlli ilmu.

    Masing masing takut mencampuri bidang masing masing.

    Mufti diam kerana kuasa penuh berkenaan hal ehwal agama Islam terletak pada Sultan.

    Namun atas kefahaman yang datang kepada saya semasa menulis berkenaan hal hal ini ie: kedai dobi, memali, saya fikir adalah penting bagi ahli politik memikul beban sebagai pendakwah.

    Seperti saya katakan sebelum ini. Berdakwahlah.

    Jika perkataan ‘lanun Bugis’ telah menyakitkan hati Tun, usahlah bersedih. Saya menulis perkataan itu kerana teringat pada sepotong ayat Al Quran semasa pembacaan mengenai Syeikh Abdul Qadir Al Jailani berkenaan keturunan.

    Pepatah Melayu berkata, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.

    Terima kasih Tun.

  8. Anak.muda Jan 6,2018 12:53 AM

    Assalamualaikum tun.

    1.sesungguhnya pas tidak pernah berkata umno sebagai kafir.https://m.malaysiakini.com/news/407530

    2.ibrahim libya pasti terkejut beruk didalam kubur kerana disangka mati syahid menentang orang kafir tetapi tiba2 masih disiksa azab dalam kubur.tak jadi syahid.

    3.https://youtu.be/BWaMCxm9zC0
    Mungkin hadi awang mabuk minum ketum mase beri ucapan ni.kesian 14 orang xjd syahid.semua mati katak belaka.

    2.tun tidak tahukah mufti pahang abdul rahman pun sudah mengeluarkan amanatnya iaitu dap kafir harbi.tapi kesian die bukanlah ada banyak pengikut seperti haji hadi.die sepatutnye bela janggut lebih panjang dari hadi awang baru ada orang nk ikut agaknya.

    3.dap sememangnya kafir harbi kerana telah menaikkan peruntukan untuk hal ehwal islam di pulau pinang sebanyak 84% berbanding semasa pemerintahan mca
    https://www.roketkini.com/2017/11/02/peruntukan-untuk-agama-islam-di-pulau-pinang-meningkat-lagi/

  9. TokJanggut Jan 5,2018 5:46 PM

    Bismillah

    Dear Tun

    Saya pengalaman tun dalam kurun2 yang lalu adalah diperlukan
    bagi menilai pembangunan kemudian nanti

    Regards

  10. umranrc Jan 5,2018 4:12 PM

    Salam Tun,
    Yup berat sangat cerita ni…

    Kefahaman cerita yang betul adalah apa yang disampaikan oleh Saudara Rimba.Emas. Jika kesemua kita menerima apa yang disampaikan oleh Tuan Guru Hj Hadi secara bulat-bulat, maka saya yang bekerja dengan orang yang bukan beragama Islam ini, tergolong jugalah sebagai sebahagian daripada mereka!

    Dalam pada itu, ada juga yang membuat pandangan bedasarkan kefahaman yang agak cetek sekali.

    Terima Kasih Tun.

  11. huda Jan 5,2018 10:48 AM

    Assalammualaikum

    Paku dulang paku serpih
    Mengata orang dia yang lebih

    Pembangkang dengan kerajaan 2×5 je.
    Ambil sekerat-sekerat. Kemudian pusing sampai isu itu nampak berat.

    Tun kata:
    Mufti kafir sebab tidak menolak amanat Haji Hadi

    Haji Hadi:
    Kerajaan Kafir sebab tidak mengamalkan undang-undang islam.

    Tun = Haji Hadi

  12. huda Jan 5,2018 10:47 AM

    Assalammualaikum

    Paku dulang paku serpih
    Mengata orang dia yang lebih

    Pembangkang dengan kerajaan 2×5 je.
    Ambil sekerat-sekerat. Kemudian pusing sampai isu itu nampak berat.

    Tun kata:
    Mufti kafir sebab tidak menolak amanat Haji Hadi

    Haji Haji:
    Kerajaan Kafir sebab tidak mengamalkan undang-undang islam.

    Tun = Haji Haji

  13. Anak.muda Jan 5,2018 10:03 AM

    Assalamualaikum tun.

    1.meminta maaf pada ambang tahun baru dan di mesyuarat agong parti bersatu adalah merupakan satu masa dan tempat yang sgt tepat sekali.

    2.tidak menyatakan secara tepat apa yang diminta maaf itu juga adalah satu pilihan yang tepat untuk mengelakkan dijadikan modal oleh najib razak.

    3.sebenarnya kalau tun menyatakan apa yang diminta maaf juga tidak akan memuaskan hati semua orang juga.kerana ramai yang ingin mendengar permohonan maaf tun pada DSAI.dan tun tidak bersalah pun dalam hal tu kenapa perlu minta maaf.

    4.Tun sangat hebat.saya dengar2 parti DAP,amanah dan sudah pasti bersatu bersetuju melantik tun sebgai perdana menteri dan bukan interim.kecuali parti pkr dan dengar2 anwar tidak bersetuju tun jadi pm.

    5.mungkin kerana tun memang tidak ingin die menjadi perdana menteri,jadi dia pun melakukan perkara sama.

    6.manusia memang sukar untuk berubah.tetapi biasanya manusia akan berubah apabila ditimpa musibah.

    7.anwar yang hanya beberapa langkah sahaja untuk jadi perdana menteri,dipecat dan dihumban dalam penjara beberapa kali.harapnya dia akan berubah dengan ikhlas.lebih dari musibah yang telah menimpa dirinya.

    8.tapi untuk pastikan betul2 berubah,anwar wajib meminta maaf secara terbuka kepada tun.mcm tun kata dulu,agak sukar untuk memaafkan anwar kerana dia telah menjadikan tun dajjal dimata dunia.

  14. musato Jan 5,2018 8:07 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Tun, siarkan Majlis Fatwa Kebangsaan 21 November 1984 kalau tak silap tarikh.

    Terima kasih Tun.

  15. rimba.emas Jan 5,2018 12:01 AM

    Salam Tun.

    1. Betul semua yang tidak menyokong Pas dan bekerjasama dengan orang kafir jika ikut kata Yb Tn Hj Hadi dalam amanatnya menjadi kafir.

    2. Maknanya bukan sahaja Tun serta Tn. Mufti termasuklah diri Rimba Emas ini dan sesiapa yang tidak menyokong atau mengikut kata-katanya padanya sudah di cap orang kafir.

    3. Kalau di ikut balik adakah kita ambil kisah dakwaannya. Siapa dia untuk menilai kerja tuhan ini.

    4. Ini adalah propaganda pihak media kerajaan atau penyokongnya dalam agenda tersembunyi mereka atas sebab-sebab yang perlu di selidiki.

    5. Tengoklah kata-katanya tidak serupa bikin malah kembali kepada Parti yang pernah di kafirkan dahulu.

    6. Semuanya kerana fitnah mulut yang mana bila tiba hari pengadilan akhirat nanti akan terkunci rapat.

    7. Lagi pula sesuatu fatwa yang tiada tindakan tegas untuk di ambil pasti bak angin berlalu sahaja.

    8. Kalau tidak silap ada rakan ‘chedet’ iaitu saudara Musato pernah mendakwa fatwa atas amanat Hj Hadi ini ada di wartakan pada 1 November 1984 hanya sebagai suatu yang lari dari agama Islam.

    9. Sesuatu fatwa tampa tindakan susulan seperti mengharamkan atau menghalang serta menghukum pasti bebas untuk di ikuti rakyat yang menjual agama.

    10. Tun , biarlah surat ini tidak ditulis oleh mereka yang suka menterbalikkan berita umpama tulisan di sijjin.

    11. Lebih baik bergembira bila SURAT KEBENARAN kita tertulis di iiliyyin.

    Wallahua’lam.

  16. superSepantun Jan 4,2018 10:18 PM

    Partly Amanat Shitan

    Shit itu taik, taik itu Najis
    12 berdetik, renjis merenjis…!

    Party meriah ditahun baru,
    Didalam kolah, airnya haru!
    Termengah mengah dah jadi hantu..
    Mopti tak sergah! Kenapa tak tahu??

    *
    Parti politaik jual agama,
    Harus dijual di sani sana!
    Apa dipetik? Siapa bersama?
    Ada yg kenal? Apa kena mengena???

    🤔

  17. milshah Jan 4,2018 9:44 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Saya difahamkan hari ni (Khamis) sepatutnya ada Mesyuarat Tertinggi Pakatan Harapan. Saya juga difahamkan sepatutnya diumumkan calon Perdana Menteri selepas mesyuarat tersebut. Disebabkan tiada pengumuman lagi hari ini, saya andaikan ada pihak tidak bersetuju Tun menjadi calon PM Pakatan Harapan.

    Dari apa yang saya baca, antara calon PM dan timbalan PM yang dicadangkan adalah Dato’ Seri Azmin dan Dato’ Seri Mukriz. Izinkan saya memberi pendapat.

    Pertama sekali, untuk sesiapa pun menjadi PM, langkah pertama adalah Pakatan Harapan kena menang PRU 14. Saya ulangi sebab ianya kriteria paling penting, kene menang PRU 14. Apakah cara untuk memenangi PRU 14? Kena dapat sokongan melayu terutama luar bandar yang selama ini menyokong UMNO.

    Jadi, antara calon-calon PM siapakah yang boleh memenangi pengundi Melayu luar bandar? Jika Azmin Ali lah orangnya, sepatutnya PRU 13 telah menunjukan hasil di mana pengundi melayu luar bandar beralih arah ke Pakatan Rakyat disebabkan daya tarikan Azmin Ali. Adakah ini berlaku pada PRU 13? Tidak. Jika ini tidak berlaku pada PRU 13, atas sebab apakah tiba-tiba pengundi Melayu luar bandar ini tiba-tiba beralih arah ke Harapan semata-mata Azmin Ali menjadi calon PM? Besar kemungkinan, apa yang pengundi luar bandar yang mengundi BN pada PRU 13, akan kekal undi BN, sebab mereka tidak dapat melihat Harapan menjaga kepentingan mereka hanya kerana Azmin Ali menjadi calon PM.

    Benar, tidak dapat dinafikan, Azmin Ali selaku MB Selangor ada kebolehan kepimpinan. Beliau dari kalangan orang muda. Beliau mendapat sokongan professional dan bijak pandai. Tetapi kita sudah tahu, penentu siapa menang PRU 14, bukanlah orang muda, professional atau bijak pandai tetapi dari kalangan orang Melayu luar bandar.

    Besar kemungkinan, golongan muda, professional dan bijak pandai akan tetap pilih Pakatan Harapan sama ada Azmin Ali menjadi calon PM atau tidak.

    Yang menjadi medan pertempuran PRU 14, adalah pengundi Melayu luar bandar.

    Dari situlah, Tunlah calon paling layak untuk menjadi calon PM, sebab pengundi luar bandar Melayu masih ingat jasa-jasa Tun membela nasib mereka semasa Tun menjadi PM.

    Kalau Azmin Ali, Rafizi, atau sesiapa golongan pemimpin muda boleh memenangi pengundi Melayu luar bandar, silakan jadi calon PM. Tetapi hakikatnya kita semua tahu amat sukar pengundi Melayu luar bandar tukar dari BN ke Harapan, jika mereka tidak yakin calon tersebut dapat membela nasib mereka.

    Tak guna menjadi jaguh reformasi dan muda, jika tidak dapat memenangi pengundi Melayu luar bandar, yang akan menyebabkan Pakatan Harapan kalah pada PRU 14.

    Jika Pakatan Harapan kalah PRU 14, tidak juga dapat jadi PM walau sehebat manapun orang tersebut.

    Sekadar pandangan peribadi.

  18. Sri Sense Jan 4,2018 7:46 PM

    Salam Tun

    Reporter dan editor Utusan detected Tun kata mufti kafir, so itu jadi headline. Then again Utusan kan famous akhbar milik UMNO, dan sering juga I terbaca kena saman sana sini. Ada jer yang nak menyaman 😀

    Utusan market mereka lebih pada luar bandar, bandar2 kecil, orang bandaraya kurang minat dengan akhbar ini. Zaman dulu kalau I beli Utusan hari Ahad sahaja sebab ada pancaindera. Lepak lepak hari minggu seronok juga baca gossip artis2 rantau ini, boleh gelak gelak dengan family 😀

    In other words I tidak menganggap Utusan ini sebuah akhbar yang serious- worth reading. Hanya akhbar yang you baca bila dah takda benda lain untuk dibaca. Nak serious I baca Theedge or Star business section.

    Utusan sekarang harga saham 39 sen. Walaupun di war war kan dapat untung over 30M. Bukan lah ramai peminat Utusan ini kat stock market pun 😀

    Take care Tun.

Leave a Reply