SURUHANJAYA DIRAJA 7

1. Seperti yang dijangka penubuhan RCI bertujuan mencari alasan untuk mengaitkan dan menyalahkan kepimpinan parti lawan dengan dakwaan bahawa pegawai-pegawai Bank Negara menipu jumlah kehilangan duit bank semasa mengurus dagangan mata wang 30 tahun dahulu.

2. Kononnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu tahu dan sedar berkenaan dengan penipuan ini tetapi mereka tidak mendedahkan perbuatan ini, bermakna mereka bersubahat.

3. Apakah bukti mereka tahu dan bersubahat tidak dijelaskan. Yang tentu tahu dan bersubahat menyembunyi jumlah kehilangan sebenar ialah orang yang, selepas 30 tahun, membuat dakwaan bahawa jumlah kehilangan sebenar bukan 11 billion Ringgit tetapi 30 billion.

4. Sudah tentu Abdul Murad sebagai pegawai bank negara benar-benar sudah lama tahu dan sedar akan jumlah kehilangan dan penipuan yang dibuat. Sudah tentu ia boleh dedah awal-awal lagi penyelewengan ini dan pegawai- pegawai dan auditor yang terlibat. Tetapi ia tidak dedah.

5. Jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dikatakan bersama menyembunyi angka 30 billion, Abdul Murad lebih terlibat dengan menyembunyi kebenaran. Tetapi Abdul Murad tidak dianggap bersalah kerana menyembunyi penipuan itu begitu lama.

6. Abdul Murad pilih untuk mendedah “breach of faith” ini apabila jelas pendedahan olehnya akan memberi Perdana Menteri Najib peluang bertindak terhadap musuh politiknya walaupun perkara ini tidak lagi disoal bertahun-tahun, walaupun oleh parti-parti pembangkang.

7. Dengan tidak menghormati maksud undang-undang, Najib dengan kuasanya merebut peluang memulakan proses supaya akhirnya Perdana Menteri masa itu dan Timbalannya dapat disalahkan.

8. RCI ini memakan masa yang panjang. Ramailah saksi dipanggil dan kenyataan-kenyataan panjang mereka diperdengarkan. Selain dari saksi disoal dan menjawab, memorandum yang panjang dengan butir-butir terperinci oleh saksi diserah kepada RCI. Peguam-peguam saksi turut hadir sepanjang RCI bersidang. Mereka juga turut memberi penjelasan dan membuat soalan.

9. Memanglah RCI berhak membuat laporan tersendiri. Tetapi laporan yang diserah kepada Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, walaupun tebal tetapi jelas menunjuk bahawa butir-butir yang ditulis oleh RCI hampir tidak mengandungi fakta-fakta yang relevan yang diperdengarkan oleh saksi atau memorandum mereka. Walaupun penjelasan oleh saksi dicatit verbatim atau terperinci, tetapi RCI tidak sedikit pun menghirau penjelasan oleh saksi.

10. Yang jelas ialah seluruh laporan RCI menumpu kepada penentuan penglibatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ketua pasukan bahagian dagangan wang Bank Negara.

11. Semuanya berasas kepada sangkaan. Sangkaan ini dianggap sebagai fakta benar untuk polis bertindak.

12. RCI bukanlah badan kehakiman. Tetapi laporannya lebih merupakan hukuman terhadap pihak yang dibicara.

7 thoughts on “SURUHANJAYA DIRAJA

  1. Anak.muda Jan 1,2018 5:18 PM

    Assalamualaikum tun.

    1.ini cuma pendapat saya sahaja sebagai org luar.bmf ini tiada penyelewengan wang tapi cuma kerugian perniagaan sahaja.

    2.tapi saya berasa mmg betul kerugian sebenar adalah lebih bedar dari 11 billion.tapi tun menutupnya untuk memgelakkan ianya dieksploitasi oleh pembangkang pada waktu itu.

    3.kalau saya menjadi tun saya pasti saya akan melakukan perkara sama.kerana bukannya semua orang boleh faham bagaimana kerugian ini boleh berlaku.tetapi kebanyakan rakyat boleh faham beza 11 billion dan 30 billion.

    4.rata2 orang yang berkata kepada saya “zaman mahathir pun banyak korupsi, bmf adalah salah satu darinya”.saya pun bertanya bagaimana korupsi bmf boleh berlaku?terus terdiam seribu bahasa cuma mampu berkata “saya dengar orang2 cakap sahaja”.

    5.ini sedikit penjelasan tentang bmf forex losses.credit to kinitv
    https://youtu.be/RPA1HTSmWRs
    https://youtu.be/AHf3o_DwIwM

    6.untung rugi adalah adat dalam perniagaan.saya percaya dizaman tun negara lebih banyak mengalami keuntungan dari kerugian

    7.terima kasih tun

  2. Hajar Dec 21,2017 10:48 PM

    Salam Yang Amat DiHormati dan DiSanjungi Tun,

    Saya ingin ulas kenyataan Tun seperti berikut:

    “1. Seperti yang dijangka penubuhan RCI bertujuan mencari alasan untuk mengaitkan dan menyalahkan kepimpinan parti lawan dengan dakwaan bahawa pegawai-pegawai Bank Negara menipu jumlah kehilangan duit bank semasa mengurus dagangan mata wang 30 tahun dahulu.”

    1. Bukankah SURUHANJAYA DIRAJA (RCI) semasa Tun PM ialah STRATEGI Pembangkang (DAP/ PKR/ PAS/ etc.) untuk mengaitkan dan menyalahkan pemimpin2 dalam Kerajaan dengan pelbagai dakwaan?

    2. Pada masa itu, sikit2 pemimpin2 Pembangkang akan ‘buat bising’ supaya ditubuhkan RCI untuk kononnya mencari KEBENARAN (untuk isu2 yang mereka bangkitkan).

    3. Sekarang rejim Najib guna strategi RCI ini untuk kenakan Tun dan kawan2 Tun (Pembangkang).

    4. PM Najib menciplak ide ini dari Pembangkang, tetapi mangsa-mangsanya telah bertukar. Alahai…kuat menciplak PM Najib & geng ni…

    5. Jika objektif RCI Forex BNM (pada zaman Tun) ialah kerana mahu mencari KEBENARAN, maka buatlah juga RCI untuk kes Forex BNM yang berlaku pada zaman rejim Najib yang dilaporkan kerugiannya lebih dari RM162 Billion. Ini lebih ‘menarik’ kerana Menteri Kewangan dan PM ialah orang yang sama.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  3. WandyCaswady Dec 21,2017 6:06 PM

    Assalamuaalaikum…

    Maafkan saya terlebih dahulu… Maaf laa… Disebabkan politik la ramai pemuda yg menganggur… Menjadi pencuri dan sebagainya…

    Mungkin anda sengaja tidak peduli atau buat2 buta bahawa peratusan membunuh diri semakin meningkat… Semakin ramai pemuda yang mempunyai masalah “PSYCHOSIS”.

    Ramai yang hidup susah dan mental akibat stress dan kemiskinan… Namun… Kalian semua buat tidak tahu dan menganggap mereka orang yg lemah dan gila.. anda hanya memaki.. tidak pun membantu…

    Bodoh kah kalian apabila disuruh berfikir tentang ELAUN?

    Mengapa menteri2 bergaji besar mempunyai elaun yang lebih banyak dari orang bawahan nya?

    Yang kaya semakin kaya… Yg miskin
    Semakin miskin…

    Yang kaya mampu menyekolahkan
    Anak di luar negara sehingga boleh menjadi perdana menteri atau menteri seterusnya… Manakala yg bodoh dan miskin… Skolah pun nak politik… Memang tahniahlah para menteri kerana bijak ttg politik.

    Janganlah dihiraukan lagi jika semakin ramai anak muda yg membunuh diri…

    Jazakallahu khairan kathiraa sang pembaca….

  4. musato Dec 21,2017 5:36 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Akhirnya team Najib buat kesilapan. Kesilapan yang mudah dikenakan.

    Team Najib tak boleh mara ke depan. Tiada pembohongan yang disembunyikan.

    RCI Forex adalah signal yang salah kepada pelapis dan orang muda negara kerana team Najin berusaha kuat memberitahu seluruh penduduk dunia bahawa setiap individu pernah berbohong dan menipu.

    Betulkah siganl kamu itu?

    Maha Suci Allah!!!

  5. rimba.emas Dec 20,2017 11:13 PM

    Salam Tun.

    1. Sebenarnya apakah yang di buat terhadap Tun dan telah pun di buat kepada DSAI akan dapat mempengaruhi rakyat tidak mengundi atau mengundinya ?.

    2. Pakatan Harapan telah pun mengariskan apa yang akan di lakukan jika rakyat memenangkan Partinya pada Pru 14 kali ini.

    3. PM kena faham rakyat yang mengalih arah menyokong Pakatan Harapan pula kali ini atas sebab-sebab apa yang membuat Tun, DSMY, DSMM dan DSSA keluar UMNO.

    4. Sokongan rakyat lebih kepada masaalah-masaalah yang di timbulkan pihak pemerintah kepada rakyat pada masa sekarang.

    5. Malah penolakan ini telah merugikan rakyat hanya lah di dunia sebaliknya ganjaran tidak terhingga jika ia suatu usaha menegak KEBENARAN milik tuhan.

    6. Ingat walau pun ia setaraf di Raja jika ia bertentangan dengan kehendak agama maka sia-sialah semua usaha yang di jayakan itu.

    7. Usaha di dunia inilah yang menentukan kejayaan di akhirat.

    8. Menipu di dunia selesanya hanyalah bersifat sementara kerana azabnya di akhirat penuh penderitaan.

    Wallahua’lam.

  6. ismadi Dec 20,2017 3:12 PM

    As Salam Tun,

    Bermulanya RCI mengenai kes Forex yang berlaku lebih 30 tahun dahulu menandakan satu lagi motif politik untuk memburukkan Tun telah berjaya dilaksanakan.

    Dengan menyembunyikan keterangan bela diri Tun di dalam lapuran yang dipersembahkan pula telah memberi ‘kemenangan’kepada mereka yang ingin menganiayai Tun.

    Semua kehilangan berlaku dibuat oleh BNM dan diputuskan oleh pedagang matawang di BNM yang tidak perlu mendapat kelulusan PM untuk melakukannya. Bila rugi BNM dipandang serong. Apa pula pandangan mereka apabila BNM untung dengan banyaknya sebelum itu?

    Tun telah menegaskan diwaktu Najib, BNM telah kerugian hampir RM160 billion dengan modus operandi yang hampir serupa. Siapa pula akan dipertanggungjawabkan dan bila tindakan siasatan akan dilakukan.

    Ternyata, pertuduhan terhadap Tun adalah double standard dan berniat jahat!

    Saya mendoakan pasukan peguam Tun akan berjaya di mahkamah nanti, insyaallah. Cumanya, saya agak kecewa kerana sedikit sebanyak tumpuan Tun untuk menyingkirkan Najib melalui pilihanraya akan sedikit terjejas.

    Saya juga berharap, pasukan politik Tun akan sentiasa kehadapan untuk membersihkan nama Tun dengan cubaan demi cubaan tuduhan rekaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

    Saya percaya, arahan demi arahan untuk mengganggu Tun, ahli ahli keluarga, sahabat handai, penyokong Tun dari segi kewangan dan moral akan berterusan.

    Mereka berharap Tun M akan mengundurkan diri dengan tekanan tekanan ini.

    Bolehlah kita beritahu mereka Tun bahawa apa yang mereka palukan itu adalah tong kosong dan ia berbunyi amat kuat namun tidak akan memberikan apa apa kecederaan.

    Kita nyatakan kepada mereka bahawa apa pula yang kita lakukan adalah getaran jiwa rakyat yang diperdengarkan dan mereka tidak akan dapat menyekat walaupun Tembok Besar China sudah didirikan di Kuantan.

    Maju Tun dan terus maju.

    Wassalam.

  7. umranrc Dec 20,2017 2:28 PM

    Salam Tun,
    Jujurnya, saya setuju dengan penubuhan RCI ini. Jalannya mudah, jika kita berada dijalan yang benar, tiada apa pun yang perlu kita gusarkan.

    Sebagai ‘pengurus’, seseorang itu perlu membuat keputusan. Keputusan yang diambil mungkin betul ataupun mungkin salah tetapi hanya dapat diketahui setelah kita dapat melihat kesannya dikemudian hari.

    Bagaimanapun, semasa membuat keputusan itu, daripada maklumat yang ada, sudah semestinya penilaian penuh telah pun dilakukan. Ya, kita berharap perniagaan dagangan matawang asing ini akan memberikan pulangan yang baik akan tetapi, sepertimana semua orang tahu ianya adalah sebaliknya.

    Apa-apapun, ianya tetap sebagai satu bentuk pelaburan tanpa melibatkan pinjaman asing. Wang yang dilaburkan adalah dari reserve Negara dan transaksinya jelas. Kehilangannya juga dilapurkan menerusi kertas audit Negara.

    Yang pentingnya hari ini, wang pinjaman telahpun lesap mengakibatkan Negara menambah hutangnya dimana, jika tidak kita, anak cucu kita dimasa hadapan perlu menjelaskannya.

    Terima Kasih Tun.

Leave a Reply