HADI PERLU BERTAUBAT 8

1. Hadi suruh saya bertaubat.

2. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Hadi sendiri.

3. Allah melarang dalam Al Quran umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. (Ayat 159 Surah Al An’am, Ayat 103 Surah Ali Imran, Ayat 107 Surah Al Anfal, Ayat 32 Surah Ar Rum, Ayat 94 Surah An Nisaa)

4. Hadi mengkafirkan orang Islam di Malaysia. Allah SWT melarang perbuatan mengkafir dan berjanji sesiapa yang mengkafirkan orang Islam, kafir itu akan kembali kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Hadi dan PAS apabila bekerjasama dengan DAP.

5. Kerana Hadi kafirkan pemerintahan Malaysia dalam Amanatnya, maka empat orang anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas oleh polis adalah mati syahid.

6. Apa hak Hadi dan apa hak PAS mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti mereka. Di mana dalam Quran atau hadith yang berkata hanya dengan menjadi ahli PAS sahaja barulah seseorang itu beragama Islam. Apakah 1.7 billion orang Islam diseluruh dunia bukan Islam kerana mereka tidak masuk parti PAS.

7. Perpecahan yang berlaku dikalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam. Ada yang menafi keIslaman ibubapa mereka. Ada di antara orang PAS yang menidakkan keIslaman isteri, yang berkahwin sekali lagi.

8. Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

9. Ada yang bangun masjid berasingan sehingga sekarang ini pun.

10. Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat.

11. Allah tegah perbuatan kerosakkan.

12. (Surah Al Baqarah Ayat 11, Ayat 60, Ayat 205, Surah Al A’raaf Ayat 59, 85, 86)

13. Sesunguhnya Hadi melakukan banyak kerosakan terhadap agama Islam dan orang Islam di Malaysia. Perpecahan yang disebabkan Hadi telah melemahkan orang Islam.

14. Saya sedar ramai pengikut Hadi telah bai’ah kepadanya. Mereka taksub kepadanya sehingga ajaran Al Quran dan hadith yang sahih pun diketepikan. Mereka sudah jadi puak assabiah yang terima sahaja apa yang didakwa oleh Hadi tanpa soal.

15. Sekarang Hadi sedang mempertahankan rasuah dan seleweng wang oleh Najib. Sekaligus Hadi berusaha untuk memberi kemenangan kepada Najib dan UMNO walaupun dimasa yang sama PAS akan kalah.

16. PAS bersendirian tidak pernah menang selain dari peringkat negeri. Diperingkat pusat PAS hanya mampu jadi rakan kecil di antara pembangkang.

17. Tetapi PAS akan terus peralatkan Islam. Tuntutan terhadap hudud PAS sudah digugur. Sekarang kononnya PAS akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguh. Tetapi PAS masih mengguna usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya.

18. Inilah PAS. Sebelum adanya PAS orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama mereka – agama Islam.

19. Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti PAS. Dianya tidaklah begitu buruk sehingga Hadi keluar Amanatnya.

20. Sesungguhnya Hadi berdosa besar dan Hadi perlu bertaubat dan batalkan Amanatnya.

8 thoughts on “HADI PERLU BERTAUBAT

  1. rimba.emas Nov 1,2017 10:00 PM

    Salam Tun.

    1. Benar Tun bertaubat memang di tuntut kepada semua umat manusia.

    2. Orang yang telah beriman disuruh memeliharakan diri dan keluarga daripada azab api neraka.

    3. Orang yang telah beriman di suruh supaya taubat, sebenar-benar taubat

    4. Bukanlah orang yang berdosa saja yang disuruh bertaubat, orang yang tidak bersalah pun disuruh bertaubat.

    5. Nabi s.a.w sendiri pun bertaubat. Beliau bersabda;
    “Dari Abu Hurairah r.a berkata dia; berkata Rasullullah s.a.w; “Demi Allah s.w.t sesungguhnya aku sendiri memohon ampun kepada Allah dan taubat kepadanya dalam sehari lebih tujuh puluh kali.” Riwayat Bukhari.

    6. Berkatalah al-Qurthubi dalam tafsirnya bahawa bertaubat itu adalah fardhu ‘ain atas tiap-tiap Mu’min dalam tiap-tiap hal dan dalam tiap-tiap zaman.

    7. Wajiblah segera taubat dari sekalian dosa, yang diingat ataupun yang tidak ingat serta yang tidak di ketahui.

    Wallahua’lam.

  2. asahamat Nov 1,2017 3:54 PM

    Assalamualaikum wbt Tun

    Firstly, tahniah di atas sedikit penjelasan Majlis Presiden bagi 5 perkara utama dlm Agenda Transformasi PH. Wajar perkara ini ditegaskan sebagai perkara yg menjadi bhn debat dan kempen halatuju PH n Msia di masa2 ke depan ini. Inti pati dan kesannya pd kehidupan rakyat dan Negara perlu dijelaskan. Time to layout PH offer to the rakyat. Perkara ini boleh menjadi asas utama utk membina Bangsa, Islam dan Negara yg betmaruah bagi kita.

    (2) Nik Abdul Aziz Nik Mat, Azizan Abdul Razak dan Ahmad Yakob, depa ni semua kira orang2 kuat PAS. Semua nama depa bermula dgn huruf “A”. Kira kelas “A” punya PAS leadershiplah. Nik Aziz kira double “AA” punya kelas.

    (3) Abdul Hadi Awang kira nama dia dgn “A” juga. Cuma bila nama penuh dia digabung, maka jadilah “AHA”. Diapun leadership PAS kelas “A” juga. Tapi kelas “A” jenis “agas” takbur, bongkak, gelojoh. Aha” dlm sembang biasa Melayu jadi “aha aha” atau “ha ha ha…”. Jika Melayu sembang cara tu especially di Pantai Timur, itu petanda tak berapa nak elok. So Hadi ni “aha aha” dia dgn Najib MO1 “pasti ada apa2 kot”. Depa dua to me, sedang dan pakat nak bina nama sendiri ikut jalan “aha aha”. Dua2 sedang membina imej diri cara
    mencarut – Hadi bibiaq berlemuish, Najib MO1 bibiaq merah “aha aha”, dua2 kira pinang digelek tayar kereta lipang.

    (4) Mudah2an Allah tetapkan kita terus di jalan benar. In Shaa Allah

  3. asahamat Nov 1,2017 3:21 PM

    Assalamualaikum wbt Tun

    Syabas Tun. Pls get all your PH to elaborate on this …
    https://www.youtube.com/watch?v=VMv9XKKM2tI&feature=share

    TQVM Semoga kita tetap di jln benar

  4. RD. Nov 1,2017 1:21 PM

    Saya sudah lama berpendapat bahawa Party yang menggunakan Agama untuk meraih undi, MESTI diharamkan. Pada masa yang sama, demi memajukan Bangsa, Agama dan Negara, semua institusi Agama, terutamanya yang berkaitan Islam, sepatutnya ditempatkan dalam perkarangan Istana di setiap Negeri dan DYMM YDP Agong, mengetuai Negeri tiada Sultan dan Persekutuan Malaysia.

    Oleh yang demikian, Kerajaan yang memerintah, tanpa mengira dipihak mana, tidak ada ruang/peluang memperkudakan Agama untuk mengaburi sebarang kesalahan pecah-amanah yang dilakukan kemimpinan mereka atau/dan meraih undi menjelang piliharaya. Ahli politik atau Pegarah tertinggi disetiap Jabatan Kerajaan juga, diharam sama-sekali menjadi Imam, Sami atau Paderi atau/dan bersyarah dalam Rumah-ibadat.
    Dengan itu, Kerajaan tidak lagi dikekang/dibebani tindak-tanduk dan salah-guna Agama oleh segelintir Ahli Politik/Agamawan yang berfikiran jumud, fanatik, bodoh dan hanya pandai mengampu demi kesenangan/kemewahan hidup mereka sendiri yang sudah tentunya, mencemar/memalukan Agama mereka sendiri.

  5. zulu Nov 1,2017 10:37 AM

    Chief penchuri MO1 Najis and his corrupted family and slaves are trying deviate the people from Govt. failures by highlighting petty cases in their media.
    For example, their media unnecessarily giving big coverage to the arrest of a “Datuk Sri”…and deputy minister is also speaking about this!!! Don’t he have other important works??!!!

    Malaysians should know that these thieves are hiding something from people now…this is a kind of trick often can be seen in other countries ruled by rogue leaders.

    Malaysia will not be a developed country by 2050…may be in 3050…

  6. anti rasuah Nov 1,2017 8:08 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Kenyataan Tun tentang Hadi itu sememang tepat sekali.

    Rakyat bukan bodoh untuk memahami bahawa UMNO dan PAS ada pakatan sulit.

    Beberapa hari lalu ada beberapa ahli PAS berkunjung ke rumah saya untuk meminta undi kepada PAS pada PRU14. Saya bertanya apakah ada pakatan antara PAS-UMNO pada kali ini? Mereka menjawab, tiada dan hanya media kerajaan sahaja yang mengatakan begitu tetapi pihak tertinggi PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan PAS-UMNO ada pakatan. Memendekkan bicara dan untuk menjaga hati seagama, saya mengiyakan sahaja.

    Bagi mereka, rakyat semuanya bodoh dan tidak tahu perkembangan semasa.

    Wassalam.

  7. musato Nov 1,2017 8:07 AM

    Bertaubatlah Hadi Awang!

    Orang yang benar adalah bercakap benar.

    Hati adalah raja. Hati yang benar adalah yang bercakap benar.

    Bertaubatlah Hadi Awang!

    Jangan berpura pura. Jangan menggunakan Islam untuk politik kamu.

    Besar dosanya memecah belahkan rakyat jelata.

    Muhasabah diri dan bertaubatlah Hadi Awang!

  8. ismadi Oct 31,2017 5:32 PM

    Salam Tun Mahathir,

    Memang benar apa yang diperkatakan oleh Tun.

    PAS yang dipimpin oleh Hadi Awang adalah tidak sama dengan PAS yang dipimpin oleh pemimpin PAS terdahulu malahan kehilangan jiwa keislamannya.

    PAS HAdi Awang ini lebih kepada duniawi.

    Lihat sahaja keselesaan Hadi Awang dan keluarganya.

    Lihat pula kepimpinan tertinggi PAS sekarang ini yang lebih mewah.

    Benarkah mereka mendapat habuan?

    Amanat Hadi Awang telah memakan keseluruhan Parti PAS sendiri. Kononnya kerjasama ditukar dalam bahasa Arab Tahaluf Siyasi.. ternampak cantik apabila ingin bekerjasama dengan DAP.

    Sebenarnya kerjasama PAS di dalam Pakatan Rakyat itu adalah sama seperti kerjasama UMNO dengan MCA dan Gerakan di dalam Barisan Nasional.

    Dengan Amanat Haji hadi ini lah PAS sendiri jatuh kafir kerana berkerjasama dengan kafir sehinggalah mereka ditendang keluar dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana tidak bijak berdiplomasi dan berdiskusi.

    Benarlah juga Hadi Awang ini perlu bertaubat kerana berbohong tidak berkerjasama dengan UMNO didalam pilihanraya yang akan datang kononnya PAS mampu mendapat kemenangan bertanding bersendirian.

    Seperti termakan sumpah sendiri Haji Hadi ini.

    Dan benarlah juga ayat ayat al-Quran yang Tun nyatakan berkenaan orang – orang Islam yang menuduhorang orang Islam lain kafir.

    Dan pembalasan ini dengan izin Allah swt akan dapat kita lihat didalam pilihanraya akan datang kerana bekerjasama dengan golongan yang melindungi pencuri wang rakyat.

    Bertaubatlah Hadi Awang.

    Wallahualam.

Leave a Reply