HARIMAU MALAYA… 7

Selamat Maju Jaya kepada Pasukan Bola Sepak negara yang akan mengejar pingat emas dalam perlawanan akhir bertemu Thailand pada malam ini. Saya doakan semoga berjaya dalam misi terbabit. Saya harap di dalam mengejar pingat, pemain Malaysia dan juga peminat bolasepak akan dapat terus mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

Malaysia Boleh!

7 thoughts on “HARIMAU MALAYA…

  1. sibotak Aug 29,2017 11:05 PM

    Dunia Islam, Pemimpin Islam ASEAN Dayus membiatkan Kaum Rohingya di Zalimi depan mata kita. Dayus pada Najib hingga sekarang tidak lakukan apa tindak untuk membela Kaum Rohingya yg berjiran dekat .Dayus juga pada President Jokowi juga Sultan Brunei

  2. PutraKraken Aug 29,2017 7:05 PM

    Salam Ayahanda Tun

    Salam perjuangan buat Harimau M…..
    Semoga semangat juang yang kental membawa kemenangan sudahnya
    Harimau Malaya nama lama
    Apa salahnya Harimau Malaysia
    Malaysia bukan setakat Malaya
    Sabah Sarawak dimana letaknya?

    Memang benar Sabah dan Sarawak tiada harimau belang seperti di Malaya…yang ada hanya harimau dahan…tidak mengaum.
    Kecut si harimau dahan dek ngauman si harimau belang….namun harimau dahan tetap kebangaan kami.

    31 Ogos Malaya Merdeka…
    22 Julai Sarawak Merdeka…
    Sabah…kurang pasti kerana mereka masih menyambut 31 Ogos sebagai hari merdeka…Sabah juga bukan Malaya.

    Hari Malaysia 16 September.
    Salam Merdeka buat orang Malaya

    Ikhlas dari orang Sarawak

  3. musato Aug 29,2017 6:44 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya ada baca komen komen dalam fb. Ada yang menyokong Najib dan ada yang menyokong Tun.

    Kedua dua penyokong ini berhujah dengan memberi fakta yang difikirkan logik oleh akal masing masing.

    Kekadang saya terfikir sampaikah pemikiran orang orang biasa atau rakyat untuk menilai cara Tun mentadbir dan bergerak?

    Berdasarkan pengalaman saya sendiri di chedet.cc saya berbangga dengan usaha dan cara pengurusan. Dan tentulah ia melibatkan penyertaaan besar golongan orang Melayu.

    Kita semua kata orang Melayu pemalas. Kita kata. Tapi apakah itu betul?

    MH17 diselesaikan pengambilan mayat dan kotak Hitam dalam masa sehari sahaja (hari ke-4).

    Kenaikan mendadak harga minyak dunia 2008, diselesaikan dalam masa lebih kurang seminggu lebih sahaja.

    Mungkin yang berbicara tidak tahu betapa cekap dan berkesannya Malaysia.

    Cuma bezanya Malaysia sekarang diketuai oleh lanun Bugis.

    Malaysia tetap Boleh! Malaysia Boleh!

    Terima kasih Tun.

  4. Fariq Islam Aug 29,2017 5:08 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Semangat mengejar kejayaan Pasukan Bola Sepak Negara kita sememangnya harus dicontohi. Mereka berusaha gigih. Mereka berani bersaing tanpa apa-apa “tongkat”, atas gelanggang yang tertakluk kepada peraturan-peraturan adil. Inilah semangat yang harus diinspirasikan di kalangan Rakyat Malaysia!

  5. johnmansfield Aug 29,2017 3:46 PM

    Tun,
    Malaysia is a football loving nation… Well done for reaching the final. Good luck, may the best team win.
    John Mansfield

  6. sibotak Aug 29,2017 2:23 PM

    Najib kata nak bantu kaum Rohingya di Burma .Hingga kini apa Hasil nya
    Najib memang Dasar Penipu .Ada hati nak jadi PM.

  7. rimba.emas Aug 29,2017 1:18 PM

    Salam Tun.

    1. Rakyat bersusah payah untuk dapatkan tiket dan mengharap pemain Malaysia akan sama seperti mereka berjuang untuk kejayaan negara Malaysia.

    2. Sinario ini satu gambaran bahawa rakyat Malaysia ada kemahuan untuk menjadikan Malaysia berjaya.

    3. Kepada yang sedang mengaut keuntungan untuk diri sendiri sehingga menyebabkan negara tergadai berhati-hatilah perbuatan anda sentiasa di perhatikan rakyat yang sanggup berkorban demi negara Malaysia.

    4. Malaysia tanah tumpah darah ku. Moga Allah s. w. t memelihara kita bersama. Amin.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply