TAK MALU 56

1. Perasaan malu sudah tidak ada lagi di kalangan ramai anggota Kerajaan hari ini. Mereka tak tahu malu walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka, walau apa pun kebiadaban mereka.

2. Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa.

3. Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja.

4. Kerana perbuatan mereka, negara dihina, dinyatakan sebagai antara sepuluh buah negara yang tertinggi tahap rasuahnya – pun tak mengapa.

5. Negara dipanggil kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh pencuri yang mencuri duit Kerajaan – negara yang tidak lagi demokratik – tak mengapa.
6. Perdana Menteri, isteri, anak, kawan, didakwa selewengkan duit negara – okay.

7. Menteri, pegawai tinggi dituduh mencuri duit – tak apa. Tak ada sedikit pun malu walaupun tak dapat bertindak dengan saman malu ke atas yang menuduh. Ugut untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak buat apa-apa, tak malu.

8. Ada pegawai yang naik pangkat atau dapat jawatan walaupun tidak layak, tidak mengikut aturan peraturan, bercanggah dengan undang-undang – tak malu.
9. Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh.

10. Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu.

11. Maruah sudah tidak dijunjung lagi. Biarlah dihina, biarlah dipandang rendah, asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.

12. Masyarakat pandang jijik, menyampah – pedulikan. Sesungguhnya kerana mereka ini, bangsa menjadi bangsat di negara sendiri. Tak lama lagi bangsa bangsat ini kehilangan negara, menjadi penumpang di negara sendiri, anak cucu jadi kuli.

13. Ini pun tak mengapa kerana yang tak tahu malu tidak akan berasa malu menjadi pengemis, kuli di negara sendiri.

56 thoughts on “TAK MALU

  1. Pengedar VIVIX Shaklee Aug 21,2017 9:20 PM

    Perasaan tak malu itu adalah hasil daripada kepercayaan mereka bahawa tindakan yang dilakukan adalah satu budaya dalam aktiviti politik.

    Bila ia sudah dianggap sebagai satu norm, maka memang tidak akan rasa malu lagi..

  2. tamchi Aug 19,2017 8:55 PM

    Pok amai amai,
    Blalang kokupu…!
    Dok mai lobai,
    Sapo kono tipu…?

  3. sc Aug 18,2017 3:52 AM

    Hello,
    You want to blame MIC and MCA for your troubles ? You have completely missed my point relating to why I had to choose to say that I was Singaporean. It’s because me being a Malaysian makes me completely ashamed at the stupidity of the rulers of this land. Yes Malays rule this land. There is nothing racist about that. If you have an issue with racism, did you fight for equal rights for the Chinese or Indians ? I thought so…..Hypocrisy….

    Please, we all know what happens when we make assumptions don’t we? Malaysia could have been better than this….. if you have an issue with kiasu, then you have an issue with not only Singapore, but Germany, America and much of the the developed world.

    It’s not your fault. I understand the education standards in Malaysia are low. It’s time for some lateral thinking and connecting the dots based on sound facts isn’t it??

  4. Hajar Aug 17,2017 5:36 PM

    Dearest YAB Tun,

    Mohon izin Tun:

    A Singaporean wrote the following (Aug 16,2017 7:35 PM):


    Why it is the Malays…. Happy with their RM70 and Nasi Lemak for a vote…

    Malays have no shame….. They do not care what the world thinks of them. The world does not care about Malaysia. Just some third world corrupt south east asian country where people eat on the rubbish encrusted streets amongst the filthy rats. It is no Singapore or Tokyo… No – this country was built for Malays ….*sigh*”

    1. I feel sorry for this dude. His life is so stressful (unhappy?). May be because Singapore is so congested with people like him – the ‘Kiasus’.

    2. I also feel sorry for him because this fella (Singapore) is still depending on a “third world country’s water donation” to survive in his everyday life. In Islam, a rich person (country) must help a poor person (country), but a person as selfish as this kiasu fella has NO SHAME for bullying a poor third world country (accepting donation from a poor country)…*sigh*…

    3. He also has no shame for insulting the Malays (the entire Malay race) in a blog belonging to a Malay. He has been doing this (insulting the Malays) many times in the past. This kiasu @ racist dude needs to learn how to respect others. At least we (Malays) do not ‘beg’ or ask donation from him or his country to survive. So, I am not sure why this person keeps insulting the Malays.

    P/S: He can direct his anger (insults) towards those responsible for the mess in Malaysia (current leaders, including those in MCA, MIC, etc.).

    Thanks Tun.

    – May Allah SWT bless Tun and family –

  5. milshah Aug 17,2017 10:30 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Satu perkara yang saya lihat adanya musuh-musuh di dalam parti. Apabila mereka menjadi ahli dan mendapat jawatan dalam parti, terus menerus mereka menghentam parti melalui sidang media. Mereka berbangga memakai baju PPBM, pada masa yang sama menghentam parti melalui sidang media. Jelas tujuannya ialah untuk menunjukkan parti PPBM adalah parti bermasalah dan dilanda konflik dalaman. Saya harap badan disiplin PPBM dapat memainkan peranan dan diaktifkan semula. Mereka ini akan diberi peluang untuk menerangkan apa benda yang mereka tidak puas hati ke badan disiplin PPBM dan jika mereka ini didapati bersalah, maka patutlah mereka dipecat dari parti. Saya rasa Tun pun ada bersuara berkenaan perkara ini. Saya rasa sudah tiba masanya PPBM bertegas terhadap ahli-ahli PPBM bermasalah ini. Enough is enough. Kita harus tumpukan perhatian dalam PRU 14 dan adanya mereka menjadi penghalang untuk merealisasikan rancangan ini.

  6. anti rasuah Aug 17,2017 7:08 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Peristiwa yang berlaku dalam “Nothing to hide 2” saya yakin dilakukan oleh badut mentah yang tidak cukup ilmu. Mungkin badut-badut ini tidak faham sejarah sebenar isu Memali. Hidup setahun jagung sudah menganggap diri mereka cukup matang berbanding Tun.

    Saya beranggapan segelintir dari kumpulan badut muda ini bukan dari pejuang PPBM yang sebenar tetapi kumpulan upahan DAJAL MALAYSIA (NAJIS RAZAK).

    Kepada kumpulan kecil ini, saya sarankan Tun menjemput mereka dalam sesi khas menerangkan sesuatu yang mereka ingin tahu agar mereka tahu fakta yang sebenar.

    Wassalam.

  7. HBT456 Aug 16,2017 10:35 PM

    29. It is unfair to say the malay failed the country.

    30. It is fair to say the politicians of all political parties failed the country and the people.

    31. From the day when rm was de-peg from us dollar, the trading dollar, we can only par ourselves with 3rd world countries.

    32. There is always a bright side of this tit for tat effect, that is, the government of the day can pay installment too in the long run for the infrastructure projects as long as it can win votes to stay relevant, bak kata, lambat takpa, janji selamat.

    33. To you perhaps we are bran eaters.

    34. May i perceive you as dedak payers to the british government to run their welfare and operating expenses to feef the dedak eaters, i mean the voters?

    33. Dedak or bran eaters, does it matter?

    34. You feel ashame, but i dont feel ashame being a chinese in this country.

    35. But i will feel ashame if a chinese saying nasty thing about china, dont you agree?

  8. sc Aug 16,2017 7:35 PM

    Dear Tun,

    I just recently returned home from London where I met many ethnic Chinese Malaysians, mostly British educated British Permanent Residents. I ask myself where have all the educated ‘doers’ and ‘builders’ of this nation gone? Why abroad of course….

    When I see videos of your ‘Nothing to Hide’ violent escalations on my Bloomberg Trading Terminal at work, and my American colleague asks me, ‘dude, what is that?’ I say oh nothing…. I’m from Singapore you see…Malaysia? what? Where? I don’t know anything about Malaysia…..

    Do you know how shameful Malaysia is….. What a complete Corrupt Evil Country it has always been?

    Yes it is a failed state. A third world under developed, thug infested country full of unsophisticated jokers. As you say, Bran Eaters….

    The only thing Malaysia has got going for it is it is Number 1 in Corruption. There can be no saving Malaysia unless Malays save themselves from ignorance. It is time Malays learn and understand that their mountain of debt will see their country be sold off to China. These Malays do not care about their country. They only care about themselves, their race, their religion. To care about your country, your people must ask themselves who is going to pay that mountain of escalating debt?

    Why it is the Malays…. Happy with their RM70 and Nasi Lemak for a vote… They are blinded by the Tsunami about to hit them. Third world education, third world infrastructural maintenance, third world border protection, third world rule of law. Yes Malaysia is a third world country with massive problems….

    What a mess. Only you can save Malaysia now. Not Anwar. What can he do in jail?

    Malays have no shame….. They do not care what the world thinks of them. The world does not care about Malaysia. Just some third world corrupt south east asian country where people eat on the rubbish encrusted streets amongst the filthy rats. It is no Singapore or Tokyo… No – this country was built for Malays ….*sigh*

  9. Hang Jebat Derhaka Aug 16,2017 6:53 PM

    Assalamualaikum,

    Apabila runtuhnya harga diri hilanglah perasaan malu. Dijunjung disembah pemakan dedak dan para pengampu.

    Yang bergelar alim ulama pun diam membatu. Yang disibukkan perihal kemaluan kamu. Seolah2nya keliru yang mana sunat yang mana fardhu.

    ”Mereka2 itu lebih menjaga kesucian jubah mereka dari kesucian agama”

  10. WandyCaswady Aug 16,2017 6:52 PM

    Assalamuaalaikum…

    Tujuan saya menulis disini bukan kerana harta.. pangkat… Perempuan atau publisiti… Sy di sini hanyalah untuk mengingatkan kita semua termasuklah diri saya sendiri untuk membaca Al Quran… Hadith… Dan yg paling penting… Sunnah Nabi Muhammad SAW…

    Tanyalah diri sendiri… Keluarga… Adik… Abang… Kakak serta ibu dan ayah.. pernahkah mereka mengkhatamkan terjemahan Al Quran… Walaupun SEKALI seumur hidup…

    Ya Allah ya Tuhan ku… Benar2 saya ini bingung memikirkan tingkah laku mereka yang kaya pada zaman ini… Memikirkan nasib mereka yg tidak mampu makan… Memikirkan ttg akhirat kelak bagaimana keadaan saya ini… Kerana saya tidaklah layak untuk ke syurga…

    Kepada semua pembaca yg islam… Yg mengaku dirinya islam… Yg benar2 yakin yang Al Quran itu benar… Bacalah terjemahan Al Quran dari awalnya… Sehingga ke akhirnya… Saya meminta bantuan kalian… Agar bersama sama kita kembali ke Al Quran dan Sunnah… Saya merayu…

    Jazakumullahu khairan kathiraa…

  11. adelheid Aug 16,2017 3:44 PM

    Dear Tun,

    jstom98
    Thank you for the info on ads on bloggers sites. I hope and I believe Tun or the chedet.cc admin are aware of this too? Standard blogging services usually do not give the blog owners control over what ads appear in their blog sites, but I believe there are plans that give some if not total editorial control over ads that appear in their blog sites. Whatever though just to make sure that no advertisements or links that pop up in Tun’s blog site would cause unnecessary confusion or negative perception from sensitive readers. If Tun and the chedet.cc are okay with what ads appear then I guess it’s no fuss 🙂

    Thank you dear Tun.

  12. Kamarulaznan Aug 16,2017 12:24 PM

    Assalamualaikum,

    Makhluk yang bertanya kepada Tun yang dikatakan bermulanya insiden di Nothing To Hide baru-baru ini besar kemungkinan seorang muda yang belum lahir pada ketika peristiwa Memali. Keinginan sangat beliau untuk mengetahui respon Tun M berkemungkinan sama ada beliau ada kena mengena dengan orang yang hidup ketika itu atau kononnya beliau mendalami sejarah negara kita.

    Persoalannya adakah beliau sudah mengkaji sepenuhnya rentetan peristiwa Memali tersebut? Apa yang istimewa sangat kepada beliau tentang peristiwa Memali ini?

    Nak tanya negarawan seperti Tun, buatlah “homework” dulu.

  13. HBT456 Aug 16,2017 9:09 AM

    14. It would be more appropriate to say which way best suits your political interests.

    15. Slavery vs payroll?

    16. Bak kata burung gagak tetap berbulu hitam di mana jua mereka berada.

    17. Therefore, whatever being showcase in the newspapers are noises in which you must take into consideration in your decision making.

    18. For those who are intolerate, it would be best to remain in their own kampung and continue with their comfort zone whereby they can keep their land sampai bila2 pun boleh.

    19. But they cannot get angry and jealous when other state governments open their land for development, dont you agree sibotak?

    20. Sending ts isa samad to jail is akin to opps cantas akin lalang, meaning macc pilih kasih kerana beliau melayu?

    21. Lge can continue to say the illegal factories are the dedak left by bn, that was 8 years ago.

    22. Meaning all these years as cm, he spent all his time in playing politics in down grading the opposition parties in his state?

    23. Since ketuanan islam and melayu are all you care, then, it would be better off for you to keep your land, tak gitu?

    24. With this kind of rhetoric politics, the end result, will be ultra, tidak kukuh.

    25. Love is kind, and was never wicked.

    26. Therefore, whoever become the next pm, he musy have tye heart to serve the people and the country.

    27. After this pru, there will be another one in tge next 5 years so on and so on.

    28. Therefore, if you are not malay or muslim, the best way is stay out in these uncertain zone of conflicts, dont you agreee?

  14. sibotak Aug 16,2017 8:27 AM

    Kenapa UMNO mempertahankan Najib ?

    Bukan lah kerana Najib Betul , Benar atau kerana mereka suka Najib
    Ramai di kalangan UMNO sekarang yg bencikan Najib
    Mereka mempertahankan UMNO kerana juga mempertahankan
    kedudukan masing masing yg sudah kian lama mereka menetap
    & mewarisi dari Keturunan
    Bayangkan jika UMNO Tewas

    Istillah kata Najib berserlindung di bawah kain UMNO
    Adakah ini jawapan nya untuk menyuraikan masalah
    Kerana Najib , UMNO terpaksa di Korban
    Takkan kerana nyamuk seekor kita perlu bakar kelambu
    Tapi kalau itu cara UMNO menghuraikan Kebenaran . Inilah Padahnya
    Sebab Nyamuk Aedes ini sungguh Bahaya , tambahan pula Ades Betina maka akan membiak lagi Budaya Boros , Budaya lebih Gaya dari Buat

    Ini semua bolih di selamatkan jika
    Najib Undur
    UMNO juga bolih di selamatkan jika pegawai UMNO sekarang
    Bijak menghuraikan masaalah dengan mereka berani berdepan dengan kenyataan dan kebenaran
    Kenyataan & Kebenaran yg Rakyat Tuntukan
    Bukan Pengakuan dari Ananda , BUKAN pengesahan dari wakil PAS
    Keadilan di tuntut dengan Facts & Figures
    Maka di Mahkamahlah tempat menyelesaikan Keresahan 1MDB

    Ananda buat Kenyataan !
    Nenek saya pun bolih buat Kenyataan
    Pak Imam , Pak Lebai mana pun bolih buat kenyataan terdesak
    Satu soalan peribadi saya pada Najib , yg bergelar PM Malaysia
    Apa Malaysia Tidak ada Mahkamah , Tidak ada system Kehakiman ?
    Apa yg nak di OSA kan ?
    Tembelang 1MDB satu Dunia dah Bau dengan Kiatan Money Laundering lagi

    Tambahan pula Najib Dayus. Beliau sebagai PM Malaysia
    Tidak mempertahankan Hak Malaysia ke AG Negara yg Berkenaan yg merampas harta dan Hak Malaysia . Najib sendiri juga AG Apandi melafaskan tidak ada salah laku di dalam skandal 1MDB . Kalau benar 1MDB tidak ada penyelewengan maka sudah jadi Tanggung Jawab Najib , Tanggung Jawab Kerajaan UMNO ,juga Tanggung Jawab AG Malaysia kedepan ke AG Negara berkenaan Membantah dan Menyelamatkan Harta juga Hak Malaysia yg mereka Sita

    SEKALI LAGI saya katakan
    Jika benar 1MDB tidak ada penyelewengan maka sudah jadi Tanggung Jawab Najib sebagai PM , Tanggung Jawab Kerajaan UMNO ,juga Tanggung Jawab AG Malaysia kedepan ke AG Negara berkenaan
    Membantah dan Menyelamatkan Harta juga Hak Malaysia yg mereka Sita

    Dayus Najib , Dayus Apandi , Dayus Kerajaan Malaysia sekarang

  15. zulu Aug 16,2017 12:49 AM

    A slave of Penchuri No1, called “Nazri Najis” say Tun M deserves the fracas in the forum.

    This saithaan first should know that his family members pornography photos are abundant in internet (may be he could have played pimp role), so he is having so much poo in his ass but licking other’s ass now…

  16. HouseWife Aug 15,2017 11:25 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Terlebih dulu saya ucap syukur ke hadrat Illahi Tun dan isteri tersayang dan sahabat2 seperjuangan selamat tidak cedera.

    Luluh hati saya manusia berupa anak2 muda Melayu lakukan perkara bahaya biadap dan kurang ajar kepada Tun yang lebih tua dan banyak berjasa. Anak2 muda yang masih terkial2 mencari kehidupan tidak sepatut berkelakuan sebegitu rupa. Sepatutnya mereka lempar saja kepada musuh2 Islam seperti puak zionist yang telah bunuh ramai rakyat Palestin wanita, kanak2 dan orang tua di kem Shabra dan Syatila. Wajarkah anak2 muda Melayu bertindak begitu? Apa yang ingin disampaikan? Haruskah kita berdiam diri dan seronok tengok kelakuan anak2 muda begini? Dimana asuhan ibubapa dan pemimpin2 dan agamawan negara? Kalau tidak diasuh “Bapa Gangsterism” tak akan mereka terikut2 jadi begini. Anak2 muda ini masih tak fahamkah keadaan negara kita sekarang dipimpim oleh siapa – kerajaan kleptokrasi. Hanya anak2 muda yang berilmu, penyabar dan penyayang yang boleh tarik perhatian menerang dan memimpin mereka ini agar mereka sedar dan faham situasi negara sekarang.

    Tiga juta umno (dibelakang tersembunyi MO1)lawan Tun seorang diri berdiri dihadapan medan perangi pencuri dan pendusta yang sedang bermaharajalela bertopengkan atas nama pembanguan negara dan kesejahteraan rakyat didahulukan. 3juta lawan 1! Siapa anak jantan? Siapa berani? Siapa hero? Siapa penakut? Siapa sembunyi? Tiba2 yang tak kenal entah siapa2 keluar dari gua sembunyian buka mulut tunjuk muka sedap2 serang Tun. Inikah arahan kerja umno – buat kenyataan serang orang tua berumur 92 tahun bernama TUN DR MAHATHIR MOHAMAD yang dulu amboi bukan main lagi sebut sayang, bangga dan puji!

    Sekarang kerana nak pertahan kedudukan, kuasa dan pangkat umnobaru (umno lama dah mati) buat pusing 360 darjah! Takut nak bersama Tun selamatkan Malaysia, mereka hanya pentingkan diri sendiri seolah2 negara ini dah dicop “Malaysia untuk dan hanya kepunyaan umno selama2nya” bukan umnoBN ya sebab parti2 lain selain umno dah kecut dengan big brother, ikut telunjuk umno je. 24/7 mereka tak akan berdiam diri, sentiasa cari helah putar dan belit dan pusing segala kenyataan dan perbuatan Tun yang benar dan jelas, apa2 saja yang terdahulu, terkini dan akan datang, akan diungkit dan putar dan belit. Untuk apa? Ambil hati boss? Apa upahnya? – Senatorship?, peluang bisnis?, naik pangkat datuk, tan sri?

    Tak tahulah berapa kali nak cakap, pokok pangkalnya negara kita sekarang ditakluki oleh pemimpin2 egoistic, narcissistic yang layak digelar pencuri, pendusta dan pekorup. Adakah patut curi duit tabung negara untuk buncitkan 1MDB, untuk belanja mewah sakan sesuka hati, bisnis tak jalan tapi awal2 dah rugi berbillion2 ringgit hingga Mof terpaksa ambilalih. KerajaanMO1 pinjam berbillion2 daripada China tak tahulah bila nak habis bayar hutang. Kenapakah tak boleh bayar hutang2 yang ada dulu? Kenapa perlu banyak sangat projek mega hingga nak berhutang lagi dan lagi dan lagi dengan negara asing yang sama pula tu? Kenapa ya? Ada apa2kah disebalik perjanjian ini? Macam gila hutang pula. Brilliant ka cara urus tadbir ekonomi begini? Ringgit dah kukuh macam zaman Tun ka? Setiap kali keluar rumah nak beli barang2 keperluan dan anak2, hati berat sebab dok pikiaq gst gst gst tapi nak buat macam mana lagi, penasihat2 ekonomi dan kerajaanMO1 kata rakyat nak hidup senang mesti kenakan gst – senangkah rakyat? sapa kata gst akan buat harga barang turun? Mana orang yang buat janji tu?

    Corruption, human rights abuse, racism, iron-fist rule, abuse in rule of law, inequality in justice – all these characteristics belong to umnobn rule. It’s time to break this rule to allow us, the Malaysian people live in peace and harmony again, like old times.

    Semoga Allah lindungi Tu dan keluarga dan berikan Tun kesihatan yang baik. Jaga diri Tun baik2. Terima kasih Tun.

  17. Hajar Aug 15,2017 9:11 PM

    Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    1. Memang biadab sungguh golongan yang buat kecoh di program Nothing to Hide 2.0.

    2. Mereka ini memang tidak tahu menghormati majlis yang dihadiri oleh Tun, Negarawan yang pernah menerajui Kerajaan Malaysia selama lebih 22 tahun.

    3. Jika ye pun marah dan tidak puas hati dengan jawapan2 dari Tun, perbuatan kurang ajar mereka melemparkan pelbagai benda termasuk kerusi, kasut/ selipar serta bom asap yang ditujukan kepada Tun M memang perbuatan paling tidak bertamadun.

    4. Cuma pengecut dan samseng sahaja yang enggan behujah dengan cara bertamadun. Saya tidak mahu membuat tuduhan melulu kerana sejak dahulu lagi memang ada segelintir manusia yang suka ‘main kasar’ seolah-olah negara kita tiada peraturan dan undang2.

    5. Bukan main lagi Haji Hadi Awang menyokong samseng2 yang berlaku biadab terhadap Tun. Pemimpin seperti Haji Hadi ini wajib bertaubat kerana bersubahat dengan PM yang didapati mencuri wang rakyat sebanyak RM2,600 juta dengan memasukkan wang ‘haram’ (kononnya derma dari ‘Pak Arab’) ke dalam akaun2 peribadi beliau. Inilah juga individu yang pernah mengkafir umat Islam lain yang tidak sama fahaman politik dengan dia. Tetapi, sekarang mengapa pula baik sangat dengan PM Kleptokrat? Memang hipokrit, dan memang dasar muka tak tahu malu orang ini.

    6. Pihak penganjur patut mengambil pengajaran dari insiden malang ini. Keselamatan Tun mesti diberi perhatian serius kerana nampaknya budaya samseng ini berani dilakukan di dalam majlis yang sepatutnya mengumpulkan manusia2 bertamadun, bukannya samseng jalanan.

    7. Polis mesti ambil tindakan TEGAS terhadap pihak yang samseng serta tidak bertamadun tersebut tidak kiralah berapa umur mereka, dan siapa yang mengupah mereka,

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  18. milshah Aug 15,2017 1:49 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah Tun, TSMY, Datuk Seri Mukhriz dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain selamat dari perbuatan sabatoj pada Forum Nothing to Hide 2.0.

    Saya sebagai ahli PPBM juga bertugas menjaga keselamatan ketika itu. Forum tersebut pada mulanya berjalan lancar dengan Tun menerangkan panjang lebar berkenaan skandal 1MDB dan pemimpin perompak, penyamun dan penyangak.

    Walaupun saya nampak sesuatu yang mencurigakan apabila soalan-soalan yang ditanya bukan berkenaan 1MDB atau MO1. Sebaliknya soalan-soalan adalah yang tidak releven. Mula-mula tanya berkenaan mengapa Tun angkatkan Anwar jadi PM. Kemudian soalan berkenaan DAP menjadi ketua sebenar Pakatan Harapan dan terakhir berkenaan isu memali. Soalan-soalan ini dilihat supaya pemimpin pakatan Harapan bergaduh sesama sendiri di samping ‘divert’ dari isu 1MDB.

    Ternyata soalan-soalan ini sama seperti soalan-soalan dari UMNO. Mengapa MO1 sendiri x tanya soalan ini kepada Tun? Perlukah hantar orang bawahan untuk tanya soalan?

    Tun berjaya mematahkan soalan-soalan ini yang bertujuan memalukan dan menghuru-harakan Pakatan Harapan.

    Selepas bertanya soalan tidak berjaya, mulalah baling selipar, kerusi dan flare. Budaya apakah ini? Budaya provokasi dan mencari gaduh.

    Nampak ianya telah dirancang lebih awal dari cara soalan bertubi-tubi dari puak diorang dan seterusnya membaling kerusi, slipar dan flare.

    Saya telah berkata lebih awal. Semua cara akan digunakan oleh mereka. Di PRU 14 dan peralihan kuasa jika Pakatan menang, pasti ada cara yang tidak disangka-sangka. Politik paling kotor akan digunakan. Janji dapat terus memerintah.

    Saya sokong jika diadakan lebih banyak lagi forum Nothing to Hide. Kalau itu yang mereka takut, itulah yang kita akan buat. Kita belajar dari forum ini dan apa yang mereka boleh lakukan dan saya pasti ahli-ahli ppbm dan pasukan keselamatan seperti polis akan lebih bersedia selepas ini. Adalah satu kesilapan besar jika mereka berani ulangi cara yang sama.

    Terus mara ke Putrajaya, Pakatan Harapan!

  19. WandyCaswady Aug 15,2017 12:48 PM

    Assalamuaalaikum…

    Bacalah terjemahan Al Quran.. jgnlah sekadar mengaji…kerana ia adalah mukjizat yg terbesar Nabi Muhammad SAW yg masih hidup sehingga ke hari ini…

    Bacalah Al Quran… Kerana tiada siapa yg hidup di zaman ini yg pernah melihat mukjizat Nabi Musa ketika membelah laut… Sedangkan mukjizat Nabi Muhammad adalah Al Quran yg masih ada sehingga kini…

    Bacalah Al Quran… Kerana ia adalah rahmat dari Allah SWT… Setiap individu yg membacanya tidak akan mendapat pemahaman dan ilmu yg sama… Bagaikan air hujan yg membasahi bumi… Tetapi kemanisan buah di sini dgn yang di sana.. Tidaklah sama…

    Jazakumullahu khairan kathiraa…

  20. jstom98 Aug 15,2017 11:36 AM

    For those who are worried about the adverts that appear on this page, please note that public blogs are sponsored by advertisements and the user, in this case Tun M, has no control over what adverts appear on their page. FYI pls.

  21. Kamarulaznan Aug 15,2017 11:21 AM

    Assalamualaikum,

    Kalau kita mahu berubah kepada yang lebih baik, tidak akan berlaku perkara seperti di majlis Nothing To Hide tersebut.

    Siapa yang bersalah perlu diambil tindakan sewajarnya sama ada orang itu daripada pakatan harapan ataupun banjingan BN.

    Kalau kita rasa DSA tidak bersalah, berjuanglah untuknya. Tanya diri sendiri bukan tanya Tun Mahathir. Apakah kita tiada pendirian?

    Sekurang-kurangnya kita menjadi saksi proses mahkamah yang berlangsung untuk mengadili DSA ketika itu tentang salah laku liwatnya.

    Sekarang ada proses mahkamah yang berjalan untuk PM Najib?

  22. sallina Aug 15,2017 11:19 AM

    Yang saya hormati Tun, akan tiba masanya kebenaran akan muncul jua. Mereka melakukan kemungkaran di dunia kerana tidak takut pada pembalasan dari Allah swt. Sebenarnya saya kesian melihat mereka, semakin tua semakin banyak kemungkaran dilakukan. Mereka berdosa dengan jutaan rakyat yang menderita, tanpa rasa bimbang. Mati itu sakit, sesungguhnya mati itu sakit, Allahhhh mati itu sakit bagi mereka yang bergembira dengan kemungkaran. Let them rejoice in their own illusion. Time will tell.

    Doa saya buat Tun, semoga Allah swt melindungi Tun serta keluarga dari kaum munafiqun. May Allah swt be with you. Amiin Ya Rabb.

  23. sibotak Aug 15,2017 7:56 AM

    HEBAT SUNGGUH PERJALANAN SEJARAH HIDUP TUN MAHATHIR MOHAMAD
    Bolih masuk Book of World Great History Leader Record

    Bermula dengan darah seorang Doctor
    Kemudian Berjiwa Politik membela Rakyat
    Membangunkan diri beliau sendiri dari bawah hingga atas
    Menjadi PM Malaysia yg Teraggong
    Mencatat nama mulia Malaysia di peta Dunia Islam
    Bersara dengan penuh hormat

    Selepas Bersara Malaysia di pimpin olih Pemimpin yg Lemah
    PakLah Lemah tapi Amanah , Terima Kasih Pak Lah

    Najib satu Kerosakan yg Ketara
    Dipilih atas belas ikhsan Tun Mahthir Mohamed
    Juga atas dasar jasa mendiang arwah bapa beliau Tun Razak
    Tidak ada Tun Razak , Najib tidak kemana
    Terlihat dari awal Najib jadi Menteri Pertahanan
    Sudah Kelihatan pelbagai Resahan yg berlaku cuma tidak di huraikan
    Sekarang sudah terlalu banyak penyelewengan yg beliau lakukan
    Hingga hari ini , Kami tidak perlu bukti yg nyata
    Tidak perlu Budi Bicara
    Kenyataan sudah terserlah sendiri

    Lepas Malaysia dari mulut Buaya Najib
    Zahid pula terlihat macam mulut Naga

    Ini akibatnya bila kita salah memilih kekasih
    Ini Padahnya , maka di Halalkan Talak

    Mencerminkan sejarah Tun seperti juga
    Sejaran Nabi Muhammad S.A.W yg penuh cabaran ,penuh hinaan ,penuh kejayaan hingga hari ini
    Namun Kejayaan berpihak juga pada perjuangan mereka

    Muhammad – The Most Influential by Michael H. Hart (Muhammad No.1) My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

    Micheal H. Hart menamakan Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai Manusia yg berpegaruh dalam sejarah manusia
    Walau perjuangan Tun tidak sehebat Rasul
    Namun Tun amat Mulia di Mata hati kami Rakyat Malaysia

    Lihat sendiri
    Sudah 92 Tahun , Tun masih Berdiri
    Memperjuangkan untuk Malaysia tanpa menghirau kesehatan Beliau

    Siapa Najib , Siapa Zahid ?

  24. musato Aug 14,2017 11:14 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Terima kasih pada yang menghargai penulisan saya.

    Mungkin kerana gembira tahu Tun Mahathir dinasihati oleh orang yang wujud adanya. Lebih lebih lagi Tun adalah bekas PM Malaysia dan tersohor di dunia.

    Saya hanya menyampaikan berita gembira tentang nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt seperti yang dirakamkan dalam surah Dhuha.

    Bagi ahli UMNO yang keliru kenapa begitu kenapa begini, sebenarnya Tun memilih untuk menubuhkan parti baru PPBM kerana saya telah memberikan satu pandangan langkah keselamatan untuk meneruskan tekanan pada kerajaan sekarang, setelah cadangan kawan kawan Tun tidak berjaya dilaksanakan. Malah kawan kawan Tun yang pernah datang berjumpa dan meminta Tun melakukan sesuatu itu sendiri pun telah bertempiaran lari.

    Bagi saya, setelah Tun tiada, mahupun saya, rakyat akan lebih berkuasa tanpa boleh disogok dan mempunyai pilihan yang lebih dari satu untuk memilih kerajaan yang kuat dan berusaha membina negara. InsyaAllah.

    Jika semua orang dikatakan berdosa maka tiada siapa boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Walau macam mana sekalipun, setiap negara memerlukan pada pelantikan ketua negara. Sedangkan musafir lebih dari 2 orang pun perlu melantik ketuanya.

    Terima kasih Tun.

  25. Kimithecat Aug 14,2017 5:32 PM

    Tun Dr.M

    will naver ever gonna give up on you!

  26. Abbas Aug 14,2017 2:30 PM

    Saya terbaca, “…move to allow over 165,000 grassroot members to vote for the election of ….. in 2013 is solid evidence…does not belong to me, unlike in the era of Tun Dr Mahathir Mohamad,”.
    Apa agaknya implikasi jika Tun benarkan perkara ini pada era Tun dulu iye. Mungkinkah Tun tidak dapat berjasa kepada insan-insan yang mempercayai kemampuan dan kesetiaan Tun. Akan dapatkah Tun berikan baton itu kepada generasi mereka ini sebagai tanda terima kasih Tun.
    Ketika itu,masa mereka ini anak-anak muda tiada pengalaman , Tun penaung yang kerap di hujani bullet, ketika itu dan pada usia terkini, masih kena bullet, tapi mereka pula membullet Tun.
    Usia 5tahun sudah tidak berbapa, ibu tidak cari penganti.
    Dalam kekurangan nya, Ibu ku hebat .Alhamdulillah, saya dididik jadi seorang manusia.
    If only, Ayah ada.. iyelah, kerana menjunjung amanat ,orang-orang yang tiada ayah (berayahkan orang lain) boleh hidup berjaya,jadi orang penting negara lagi .

    Saya golongan deprieved BRIM. Gaji sipi sipi, justeru tidak layak. Bila declare income tax, saya bayar as asked. Bila datang surat telling the system short tax, again saya paid up,this time thru majikan,tolak gaji for few months. No complain, just pay. Macam orang lain, bila beli barang there is always GST, just pay aje. Spouse faham-tidak meminta2.Kami hidup dengan cara kami, sederhana tapi menghakis simpanan demi kesinambungan. Yang penting anak2 dapat keperluan harian ,tools untuk pembelajaran dan kami berasa lega mereka tiada suspicious, so mereka happy2 dan tumpu mencari ilmu aje.
    Ada masa rasa teraniaya , so mendengus jugak. Well, human. We are entitled to bad days.Tiada join mana mana parti politik. Cukup sekadar jadi seorang rakyat. Kuat jugak kedudukan itu, walaupun cuma satu undi tiap seorang. Tiada Tuan, hanya ada Tuhan, Allah Maha Kuasa yang memakbulkan doa orang-orang teraniaya. Sering ambil masa untuk berdoa, meminta dari NYA selain dari cari ketenangan.Sebagai ibubapa, antara doa kami ialah supaya anak-anak membesar menjadi lelaki islam yang sempurna akal fikirannya hati dan budi pekertinya ,dapat ilmu dan pekerjaan yang baik, , dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa beringat untuk bersedakah jariah untuk keperluan akhirat, sentiasa berupaya amalkan rukun iman dan islam dengan tenang tanpa sekatan dan ancaman, bertanggungjawab,sayang menyayangi dan menjaga satu sama lain dengan penuh ihklas dan jujur, dan dengan penuh ihlas dan jujur dan rasa tanggungjawab serta kasih sayang itu lah menjaga kami kedua ibubapa mereka………
    Agak terlambat, namun demikian, Selamat Ulang Tahun ke 61 Tun dan Tun Siti. Lama itu. Arwah ibu beritahu, untuk masuk shurga,seorang isteri hanya perlu dengar cakap suami.Tun baik lah tu.That’s why Tun Siti stay married with him for 61 years.Assalammualaikum.

  27. adelheid Aug 13,2017 11:22 PM

    Tun,

    I hope I’m wrong but I think your blogsite is being hacked by some unscrupulous people – some advertisements re the Bible appear to be in this weblog of yours. Please be alert Tun. Don’t let the kakistocrat and his asslickers in Umno get away with bullying you. They will do everything in their will to tarnish your name to ‘delete’ you.

    Please take note Tun and be cautious okay.

  28. rodin Aug 13,2017 11:10 PM

    Hari ni 13.8.2017 menonton berita tv3 mengenai huru hara di majlis nothing to hide 2.0. Teringat kisah Rasullullah dilempar najis. Bolehlah disamakan yang melempar selipar kepada Tun akan menyesal seumur hidup. Kecuali golongan yang dijelaskan dalam surah Al Takathur. Semoga tuhan menunjukkan kebenaran dalam masa terdekat. Saya yakin Tun sikit pun tak gentar dengan tindak tanduk kumpulan yang mensabotajnya. Tidak seperti MO1 yang pengecut. Itulah bezanya antara orang yang benar dengan orang yang bathil.

  29. sibotak Aug 13,2017 11:02 PM

    Nyata UMNO sekarang UMNO budak higusan
    Pemimpin mereka sembunyi di bilik air perempuan .Takut hadapi cabaran.
    Juga termasuk AG Apandi

    Takkan ia 1MDB terbukti ada unsul Money Laundering sampai sekarang AG Apandi kata tidak ada yg Salah

    Well Apandi .Kalau tak malu dengan Kebenaran sekurangnya Malu dengan Anak Cucu sendiri kerana Akhlak anda tidak layak mewakili Undang undang

  30. adelheid Aug 13,2017 10:28 PM

    Tun,

    Like unc LKS said in his blog – our country has not just turned a global kleptocracy but is also now a kakistocracy a state run by unscrupulous unqualified people.

    Take care Tun.

  31. asahamat Aug 13,2017 10:08 PM

    Assalamualaikum wbt Tun

    Saya hanya dapat ikuti perkembangan PH n Tun lewat Youtube.

    (2) Tahniah kerana berani buat Nothing To Hide 2.0. But takziah kpd organizer yg saya kira gagal guna kepakaran orang lama dlm SB dan bahkan IT utk awasi “serangan tidak malu” yg berkaitan ke atas Tun. Saya yakin ramai x-SB yg sokong dan sedia bantu PH. Apakah mereka ini digunakan sepenuhnya?

    (3) From now onward, the threat to Tun should never b underestimate. Not necessarily those come from BN, but more dangerous those may come from third unknown parties. Semoga PH lebih sedia dan berhati2.

    (4) In Shaa Allah, jika kita jujur dan benar, Allah pasti bersama kita yg berani dgn penuh kebijaksanaan.

  32. adelheid Aug 13,2017 9:45 PM

    Dear Tun,

    I hope you are aware of the advertisements that appear in your blogsite; I have noticed a couple of ad that could cause confusion and negativity amongst your Muslim readers. Please take note Tun.

    On today’s Shah Alam incident, I believe Umno and its kepala-kepala samseng have everything to do with it. Their lackey so sorry to say the one under our IGP pun ada bau-bau bacang. Have lost faith and trust in them a long time ago Tun.

    Maybe Najib, Zahid, Hishammuddin and their Umno Bn think that the people can be fooled. Sorry to say here the more they persecute you and the other Pakatan Harapan leaders like LKS, the more we the common rakyat loathe Umno and Bn. There is no way we will succumb to their stupid manouvering of the situation today.

    Tun, you just be wary of the many stupid things that Umno will resort to doing just to remain in power.

    Take good care of your safety Tun.

  33. tanjungsetia Aug 13,2017 7:24 PM

    Assalamualaikum wbt

    Sepanjang sy mengikuti blog chedet ini tidak pernah sekalipun sy meninggalkan sebarang komen atau maklum balas di setiap artikel yg TDM keluarkn. Bukan sy sombong atau malas tapi sebaliknya sy lebih suka membaca komen2 drpd semua yg mengikuti blog ini.

    Sy sebagai seorang warganegara Malaysia pd hari ini amat berasa malu yg tak terhingga dgn apa yg terjadi. Dengan isu2 berkaitan DSN serta puak2 beliau sy rasa sangat memalukan Malaysia terutamanya orang2 melayu kerana kebanyakan puak2 DSN ini majoritinya adalah melayu.

    Sebagai pemimpin adalah tidak wajar mereka saling balas membalas dan ungkit mengungkit seperti budak2 sekolah bergaduh sesama sendiri akibat tidak puas hati. Kelakuan mereka2 ini sangat memalukan apatah lagi di usia yg sudah matang. Adab serta sifat kesopanan, merendah diri, hormat menghormati, tutur kata yg baik seperti hilang dlm diri mereka.

    Sy tertanya2 sendiri siapakah di antara pemimpin2 ini yg layak utk sy undi sedangkn apa yg sy perhatikan tiada seorang pun yg layak. Tiada seorang pun yg sy nampak bijak, pandai memimpin rakyat, mahupun baik dr segi mental dn fizikal. Mereka ini tidak sedar apa yg mereka kata banyak mempengaruhi rakyat dari segi negatif berbanding positif. Mereka ini yg sebenarnya memecahbelahkan rakyat tapi menuding jari pada orang lain.

    Saya tidak pernah berasa malu seperti ini tapi sy lihat mereka2 ini langsung tidak ada perasaan malu bahkan membangga2kan apa yg mereka katakan dan lakukan. Mereka masih mampu tersenyum lebar dan mengunjungi orang ramai seperti tiada apa2 yg berlaku. Tebal sungguh sifat tak tahu malu mereka. Melihat sahaja muka2 mereka di televisyen sy sudah muak dan dengan automatiknya sy off televisyen tanpa kompromi. Akhbar2 pun sy berhenti membeli, sekadar membaca berita di internet dari sumber2 yg boleh dipercayai.

    Sy mahu rakyat membuka mata dan akal fikiran, nilailah pemimpin kita dan apakah kita mahu kehidupan sekarang ini berterusan dan apakah yg akan berlaku pada masa hadapan. Kita sebagai rakyat meminta DSN dijatuhkan bukannya kerajaan seperti yg diwar2kan oleh puak2 DSN.

    Sekian, wassalam

  34. adelheid Aug 13,2017 7:19 PM

    Dear Tun,

    Semoga Tun sihat sentiasa dan menjaga diri serta keselamatan selalu.

    Tun,
    Obviously these people have no shame, no moral values, no self respect. They are obviously hanging on to their last grip of power. They will do anything, they cannot afford to lose. They will resort to crazy things.

    What transpired today @ Nothing to Hide 2.0 was one of their wicked works, kerja orang yang dah mati akal dan mati jalan. They will show more of their true selves, satan in human form, in their self proclaimed but fake ‘true Islamist’ konon. They have realised they are losing the battle.

    Stay strong Tun Mahathir amidst all this persecutions. You must also remember to stay safe wherever you go. My prayers the people’s prayers are with you.

    Love you dear Tun and Tun Siti Hasmah too.

  35. musato Aug 13,2017 8:02 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Saya berhajat untuk menyambung pembicaraan saya.

    Lebih lebih lagi terdengar bahawa sekarang terdapat kelab atheis. Kita tidak mahu anak muda kita terjebak dan keliru dalam beragama.

    Bercerita berkenaan alam ghaib. Allah swt telah nyatakan bahawa manusia hanya tahu sedikit tentang itu, dan rahsia alam ghaib adalah milik Allah swt.

    Namun dalam menghadapi dugaan hidup kadangkala saya pernah dikelirukan dengan satu keadaan seperti bayi yang tidak mengerti apa apa. Kita tidak tahu apa yang kita lawan.

    Namun sekarang saya telah dapat membuat kesimpulan bahawa ia adalah gangguan jin semasa saya belajar di universiti. Semasa itu ia adalah kampus baru siap dibina dan berada di kawasan kaki bukit.

    Maklumat terakhir yang saya dengar, kampus universiti saya itu masih berlaku histeria setiap tahun.

    Melalui perjalanan itu, saya fikir tanda tanda seperti bermimpi tidak elok yang tidak pernah saya bermimpi selama hidup, keadaan fizikal berubah menjadi kurus, suhu badan terasa sekejap sejuk dan sekejap panas, mental, fikiran dan jiwa terasa berada di awang awangan, cepat marah marah, rasa berputus asa mahu hidup, dada berdegup kencang tanpa apa apa sebab, pergi ke hospital untuk diperiksa, namun tiada apa apa dapat dikesan.

    Alhamdulillah saya berusaha mencari maklumat berkenaan ketika itu dan perolehi keyakinan menyatakan maklumat sedemikian setelah menonton beberapa sesi rancangan Perangi Sihir oleh Pak Agus dan juga rancangan perubatan Islam yang lain, yang saya tak berapa ingat.

    Tetapi yang terpenting sebenarnya adalah, ketika di sekolah rendah atau menengah, semasa sesi menghafal Ayat Kursi, ustaz saya pernah memberitahu bahawa ayat yang terakhir itu adalah ayat yang penting.

    Sebenarnya ketika berada dalam dugaan, saya tidak dapat melepasi bacaan ayat terakhir Ayat Kursi itu semasa di alam mimpi. Banyak kali. Seperti kata ustaz saya.

    Alhamdulillah saya pernah bersekolah rendah dan menengah. Tanahairku.

    Terima kasih Tun.

  36. Hajar Aug 12,2017 11:16 PM

    Salam YAB dan Yang DiSanjungi Tun,

    1. Sebenarnya ramai yang muka tidak tahu malu atau ‘muka tak malu’ dalam dunia ini.

    2. Sifat malu hilang sebab makan benda / wang (hasil) haram.

    3. Biasanya orang muka tak malu akan cuba menutup kesalahan2 diri sendiri (yang telah terbukti / terbongkar) dengan cuba mereka-reka cerita (fitnah) atau menimbulkan isu remeh-temeh untuk memalukan atau mengenakan orang lain.

    4. Ada juga pihak yang tidak tahu malu yang menuduh secara membabi buta orang lain sebagai ‘pembodek kuat sipolan-sipolan’, dan menuduh orang lain ‘makan dedak’ tetapi bila diminta untuk kemukakan bukti, hampeh belaka (gagal). Makna ‘pembodek & penyokong tegar’ pun mereka kurang faham.

    5. Sekarang PM Najib @ Ah Jib Gor dan konco-konco beliau yang muka tak malu semakin sibuk membuat serbuan untuk mencari kesalahan Tun anak-beranak. Harap Tun dan keluarga banyakkan bersabar.

    6. Sipolan-Sipolan (muka tak malu sebab tidak tahu adab bila masuk blog Tun) yang sentiasa menyalahkan Tun di atas segala kesalahan yang dilakukan oleh PM Ah Jib Gor & geng sudah tentu ‘gembira’ (lega) melihat Tun anak-beranak diserbu oleh konco-konco rejim Najib.

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  37. musato Aug 12,2017 8:00 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Petang tadi saya mengarang terlalu lama tanpa sedar kuasa bateri habis.

    Jadi kali ini saya terus pergi kepada kesimpulannya.

    Berkenaan kekeliruan dalam beragama di Malaysia.

    Walaupun banyak kali saya berkata tentang tasawuf, namun janganlah kita memandang bahawa tasawuf yang benar itu adalah menyalahi adat dan hukum hakam seperti yang kita tengok amalan amalan di Malaysia.

    Islam di Malaysia adalah benar.

    Kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kita mengikut imam as syafie di Malaysia ini.

    Walaupun kita tidak pandai secara terperinci tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah namun, dengan perasaan hati yang selesa, itu sudah cukup bagi kita mengatakan Ahli Sunnah Wal Jamaah itu adalah jalan yang benar.

    Kita bersembahyang, berpuasa, mengerjakan haji, membayar zakat dan amalan amalan biasa yang kita nampak dan berlaku di Malaysia adalah mengikut seperti yang kita belajar di sekolah sekolah rendah dan menengah.

    Tiada keraguan tentang itu.

    Berkenaan dengan pendapat pendapat yang berlainan dan bercanggah dengan hukum hakam seperti ustaz dan mufti dan alim ulama katakan, pendapat yang berlainan tentang itu perlu diperhalusi kerana berkemungkinan ia menyosang dari ajaran Islam yang sebenar.

    Bagi mencari jalan kebenaran, boleh saya katakan Islam di negara kita Malaysia adalah Islam yang sebenar benarnya.

    Usah kita campur adukkan dengan parti PAS, UMNO, PKR, PPBM, Amanah, DAP.

    Kemahiran memimpin adalah berada pada satu sudut yang lain.

    Jangan risau tentang kekeliruan kerana yang mengelirukan manusia tentang agama adalah manusia itu sendiri.

    Seperti kata Syeikh Abdul Qadir Al Jailani dalam majlis kepada manusia, wahai celaka!

    Terima kasih Tun.

  38. Krisemas Aug 12,2017 7:46 PM

    Salam Tun. Walaupun sudah terang lagi bersuluh, susah juga nak kalahkan puak-puak yang tak tahu malu ni. Sebabnya saya fikir ramai rakyat yang selesa dengan “status quo” yakni takutkan perubahan; bak kata pepatah orang putih “better the devil that we know than the one that we don’t”.

    Mungkin ada cara. Caranya simple tapi mestilah bergeliga. Saya nak tulis panjang lebar pun takut juga. Email.

  39. Mat.Tandang Aug 12,2017 12:47 PM

    Salam Tun,
    Rakan penyokong Tun,
    1.Memetik kata Hishamudin Rais, saya stuju, point skrg ialah memenangi hati rakyat dan menang pilihanraya GE14.
    2.Soal siapa PM cuma masaalah kecil, secara logic akal tentu, dan one and only Tun Mahathir.
    3.He is The State Man, no doubt. We have no time to think. Ini jawapan saya.
    4.Full stop.
    5.Skrg kita kena pecah kan record dunia dgn menghancurkan umnobnpas, hancur kan tembok batu halang itu.

  40. asahamat Aug 11,2017 4:30 PM

    A second thought Tun. This, Amanah men can elaborate the best ….

    Di Badar SAW hampir2 tewas oleh Khaleed Al Waleed, Abu Suffyan dll. Inilah dua musuh Islam yg sangat hebat waktu itu.

    (2) Sampai waktunya, di Hudaibyah, SAW tanpa menumpah setitis darah membawa Khaleed Al Waleed dan Abu Suffyan kembali ke Islam dan dgnnya kemudian Umar Al Khataab yg juga asalnya musuh besar Islam dapat menumbangkan Byzanthium dan Farsi di Damshek dan Baghdad. Makkah SAW kembalikan kpd Islam tanpa ada pertumpahan darah @ pergelutan apapun. Such indeed a beautiful history of SAW.

    (3) Utk apa Allah adakan
    peristiwa itu, jika dilihat dari sudut kemelut Melayu dan Negara kini?

    (4) Dlm PRU 11, Tun sangat dibenci Melayu oleh sebab faktor Anwar. Tun juga dibenci Cina dan India bersebab DAP yg melihat Tun sebagai Mahafiraun. Segala tohmahan disimbah basah pd Tun. Namun kerana Tun negarawan yg pentingkan Negara dari kedudukan diri, berikrar akan berhenti dan Abdullah dilihat sebagai “Nice Man”, dlm PRU12, rakyat
    memberikan BN n UMNO mandat yg cukup luar biasa. Abdullah walked pround dgn dada tinggi kata “Saya PM yg paling dapat mandat tertinggi rakyat”. But that is now a painful history.

    (5) Well, hakikatnya, to me, these two Histories, Tun let fight with all the hikmah. Let fight in the way of SAW. Let treat UMNO & BN -Najib MO1 lead as the potential defeated Maccan and Najib MO1 be later “we can just silent him off to his deserted self”.

    (6) Anwar, LKS, Mat Sabu, Azmin, Mahfuz etc are ” Khaleed & Abu Suffyan” that now are trojans to move PH ahead with you to guide to the best genuine and honest fight …. my belief, not only Macca @ UMNO-BN will be defeated with not much fight but Byzanthium n Persian ie the Greater Msia we can succeed in Post Mahathir-PH struggle as SAW did. That is the correlation of the 1400 yrs ago Islamic History with our today challenges.

    (7) Pls just let LKS, LGE, Tony and those alike, Byzanthium and Persian colapsed in the hands of Islam were not due to Khaleed and Abu Suffyan but by Umar Al Khataab much better zuhud n trusteed men. In another words, let the Malays handle the Malays, the Chinese ie DAP pls take the back seat and just be strong on board. The Malays hate being told by none others by their own blood. DAP must understand this not to forever their regret of politically failure!

    In Shaa Allah Tun. Let work on matter that can hit the heart of our rakyat to win. Kita boleh, In Shaa Allah.

  41. asahamat Aug 11,2017 3:25 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Maruah dulu2 harus diperolehi pd jln baik pd adat Melayu dan Islam. Masyarakat jelas sikap mereka pd kedudukan dan kemewahan yg tidak diperolehi secara adat dan Islam.

    (2) Dalam dunia NBOS ie Najib MO1, semua kena dilihat secara terbalik. Cara tidak penting. Matlamat penting. Najib MO1 nak syurga, tidak dpt yg di Akhirat, dapat yg dunia, pun syurga juga nama dan nikmatnya. Najib MO1 samalah tarafnya dgn Si Lunchai hanyut dgn labu2nya ….. biarkan dia dulu!

    (3) Your this article almost hit hati nurani rakyat. Almost there. Substance sudah ada. Cara penyampaian belum
    ada. Pls get Sanusi Junid to sit down with PH speakers to drum this up …. Mat Sabu, Mahfuz, dan yg “jokers” boleh gemparkan hati nurani rakyat dgn baik jika they teamup with Sanusi Junid. The rest, they will pickup from there. To me something that are close to Malays’ adat n Islam, definitely akan menyentuh hati nurani rakyat biasa2.

    (4) Contoh, bila Najib MO1, Komidi, Nazri bahkan KJ biadap dgn “Orang tua”, itu Melayu dan Islam tidak boleh terima. Bila Tun cuba dikaitkan dgn “bangsa rendah pariah” when indeed what said was not factual and your jasa were and are too huge, itu cukup biadap. Sebegitulah penghinaan lain2. Tun boleh dan harus terus sabar, but within your circle, there must be people to articulate on these biadap things …

    (5) Banyak lagi. Itu hanya satu contoh.

    Semoga Allah terus betulkan kita yg lurus di jlnNya, dan sesat dan kecundangkan Najib MO1 yg ingkar kpdNya. In Shaa Allah kita boleh!

  42. Fariq Islam Aug 11,2017 3:15 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Kritikan Tun berasas dan tidak boleh diragui, yang budaya dan mentaliti segelintir besar telah merosot ke tahap yang teruk.

    Sila bayangkan berapa orang di sekeliling kita yang meminjam duit PTPTN dan enggan membayar balik, tanpa mempertimbangkan kebajikan generasi yang akan datang!

    Begitu juga dengan kumpulan yang tidak layak tetapi masih meminta sedekah BR1M, seakan-akan duit ini bagaikan “durian runtuh”! Bagi warga sebegini, pembayaran zakat dan fitrah tidak lagi bermakna!

    Alangkah memalukan…

  43. Dave Copper Aug 11,2017 9:02 AM

    Commenters, please leave China alone in your attack of Najis. Because foreign investments are always welcome, furthermore, they are not here to take, but rather they invest with hard-earned money. Money brings property to the economy of the country, so stay away.

  44. zz Aug 11,2017 8:55 AM

    Fenomena tak malu ni memang sindrom orang Melayu kini! Berleluasa menggunakan kuasa melantik kaum kerabat dlm syarikat2 GLC menjawat jawatan tinggi, mendagang agama, selamba mengkhianat utk kantung perut sendiri dsbnya. Kalau bab malu tentang berpakaian menjolok mata, org melayu memang juara!
    Begitu juga kalau ‘rivalry’ sesama bangsa. Hebat! Apa yg Najib penjenayah buat memang pada Tun memang tipikal tindakbalas org melayu. Bukan main dia bertindak mengerjakan lawannya. Bila kena bab bukan Melayu, menikus. Ibarat juara kampung! Yang paling hebat ialah lagaknya! Seperti manusia hebat & seperti malaikat. Itulah menifestasi sifat melayu kini, Najib telah mengekspresikan sifat melayu yg ramai pada hari ini! Mereka inilah penghancur wawasan 2020 & mereka golongan yg berkedudukan!

  45. anti rasuah Aug 11,2017 7:43 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Sifat MALU yang perlu ada pada setiap pemimpin khususnya pemimpin no 1. Jika mereka ini tiada sifat malu maka lahirlah pemimpin yang ada banyak ciri negative berbanding positif seperti:

    1. salah guna kuasa;
    2. salah guna wang rakyat;
    3. tidak bijak mengurus wang rakyat;
    4. tidak bijak mentadbir Negara;
    5. duit masuk ke akaun peribadi, suka cakap bohong;
    6. beri keutamaan kepentingan keluarga melebihi kepentingan Negara;
    7. suka memuji diri sendiri, masuk bakul angkat sendiri;
    8. suka dipuji;
    9. menipu rakyat yang kurang berpengetahunan ekonomi;
    10. menipu rakyat yang kurang cerdik tentang ilmu politik;
    11. menipu rakyat bahawa GST itu baik untuk masa depan Negara, dalam masa yang sama mengguna hasil keuntungan GST untuk perkara yang membazir;
    12. menipu rakyat yang kurang cerdik tentang 1MDB kononnya ianya ditubuhkan untuk kebaikan Negara;
    13. tidak bersifat gentleman seperti tidak pernah mengadakan PAU untuk memilih presiden dan timbalan presiden dalam UMNO selepas peralihan kuasa dari Dolah Badawi sejak 2009, malah memberi alasn bodoh untuk kekal no 1 dalam UMNO;
    14. pemimpin yang jelas mengaku CASH IS KING;
    15. pemimpin bersifat DAYUS KERANA TAKUT PADA ISTERI dan membenarkan isteri campurtangan dalam urusan pentadbiran negara;
    16. pemimpin yang menghabiskan duit rakyat dengan menggajikan ramai penasihat-penasihat dari luar Negara;
    17. pemimpin yang tidak jujur pada diri sendiri malah tidak jujur pada rakyat;
    18. pemimpin yang syok sendiri;
    19. pemimpin yang menyerang peribadi orang lain;
    20. pemimpin yang nyata hanya suka dipuji sepanjang masa;
    21. pemimpin yang jelas tiada integrity;
    22. pemimpin yang bodoh tetapi berlagak bijak;
    23. pemimpin yang banyak menjual kepentingan dalam Negara kepada pelabur asing, seperti memberi keuntungan jangkapanjang kepada pelabur dari China khususnya “freehold” Tanah dan kedaulatan Negara;
    24. pemimpin yang semakin membanyakkan hutang luar Negara;
    25. pemimpin yang menyebabkan matawang Negara semakin jatuh berbanding Negara-Negara jiran dan kebanyakan Negara dunia lain;
    26. pemimpin yang bersikap bermuka-muka seperti Nampak banyak memberi tetapi sebenarnya banyak mengambil wang rakyat seperti GST;
    27. pemimpin yang menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat sepanjang 9 tahun mentadbir Negara;

    Banyak lagi sifat-sifat pemimpin yang tidak tahu malu ini ada pada NAJIS RAZAK.

    NAJIS RAZAK ini tidak ubah seperti:

    TIDAK TAHU MENARI DIKATAKAN LANTAI JONGKANG JONGKET

    Wassalam Tun.

  46. HouseWife Aug 11,2017 1:01 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Saya tertanya2 kenapa mereka yang duduk diatas kerajaan sekarang begitu taksub membela MO1 seolah2 satu kelumit kesalahan tak ada terpalit padanya? Mereka tak rasa malukah kepada dunia luar yang seperti rakyat Malaysia ternanti2 suara mereka membela dan merungkai kekusutan rakyat dengan hujah2 bernas dan benar bukan hanya membela MO1 dengan menyindir Tun? Kalau ya pun nak bela boss mereka kenapa guna ayat-ayat biadap menghina, mengutuk dan menfitnah Tun sekeluarga dan keturunan Tun? Kenapa tak bolehkah mereka hadapi sebarang kenyataan Tun secara matang dan profesional? Kenapa mereka ini berlagak sungguh pandai dan sangat suci? Kenapa apabila rakyat menunjuk dan menerang kesilapan mereka, mereka tidak kata saja; “ya kami mengaku silap dan akan betulkan kesilapan itu, terima kasih kerana perihatin” tetapi membalas keperihatinan rakyat dengan ugutan, tangkapan polis dan serbuan LHDN? (selepas Petronas dan Proton Lhdn pula tak ada rasa hormat pada Tun, baguih ke ni?). Kenapa tidak buat siasatan rapi, panggil dan menyoal semua yang terlibat termasuk MO1 dan associates dan Jlo (mana si Jlo ni ya?) Jangan hanya sebut tiada salahlaku dan kes tutup. Oya si ag bf MO1 dah pun isytihar MO1 bersih dan tak boleh diusik.

    Rakyat sedang melihat dan menilai cara mereka respon. Kenapa nak marahkan segelintir rakyat yang tidak suka cara biadap mereka respon pada Tun? Walaupun ada rakyat yang diam melihat tingkah laku biadap pemimpin2 mereka hari ini tapi saya percaya mereka tidak buta mata hati, sifat kepura-puraan mereka jelas terpancar. Mereka sogok habuan kononnya berupa bantuan seolah jatuh dari langit, semata2 untuk membutakan hati rakyat dan melihat mereka seperti malaikat. Sampai bila rakyat nak biarkan diri sendiri dipergunakan dan dipermainkan?

    Kes skandel kewangan 1MDB, “derma pak arab” RM2.6 billion yang menyelinap masuk akaun peribadi MO1, RM42million wang negara entah hilang kemana, penyelewengan dalam Felda, Mara, KBS dll korupsi yang banyak timbul sekarang sangat memalukan Malaysia. Fokus utama adalah yang bernama PENCURI! Mencuri hasil negara untuk kegunaan dan kepentingan diri sendiri, keluarga dan kawan spesial. Tun TIDAK mencuri wang tabung negara untuk kegunaan peribadi, keluarga dan kawan karib.

    Asalnya 1MDB dilahir kononnya untuk membantu negara dan rakyat, dan kononnya hendak menjalankan bisnis untuk dapat untung. Secara licik mereka songlap duit tabung negara seperti TH, Kwsp, Kwap masuk dalam 1MDB untuk jalan bisnis tapi apa bisnisnya ya? Bisnis belum jalan alih-alih2 rakyat baca 1MDB rugi amat teruk…rugi berbillion2! Maka terciptalah gst untuk tampung lubang hutang. Untuk dapat duit sebanyak mungkin dengan cepat kerajaanMO1 tarik balik pelbagai subsidi, harga keperluan asas naik, tol naik, reka pelbagai denda dan tax. Kadang2 terfikir juga duit hasil titik peluh rakyat ini semua dirompak untuk tampung lubang hutang 1MDB ka untuk belanja sakan mereka? Pada rakyat biasa duit dah semakin kecil, lainlah pak2 menteri yang cakap besar dan biadap dengan Tun – semuanya dibayar oleh pencukai rakyat!

    Nak clear the people’s doubts, sambutlah jemputan Tun ke pentas Nothing2Hide. Kalau MO1 tak sudi atau takut berhadapan dengan Tun then send his best men – ada ramai kan yang berbuih2 cakap bijak tu. Kenapa pula MO1 tak ada masa nak hadir – bukannya jauh berpuluh batu pun, bukannya sampai sehari pun. MO1 kan bijak pandai dah dabik dada kata dah buat banyak benda2 berfaedah macam mrt, ecrl, 1MDB, dapat “derma pak arab” RM2.6 billion (pak arab kedekut dengan Tun), berjaya tarik pelabur2 China, berjaya jual hartanah Malaysia kepada China, berjaya transformasi ini itu, maka dengan kebijaksanaan senang nak patah hujah2 Tun kan. So please don’t run away and hide again. Malulah rakyat Malaysia dapat pm asyik lari dan sembunyi je. Hentamlah bulilah Tun depan2 tak usah lagi belakang2, Tun tak kesah. Pengipas2 dan pengampu2 asyik cakap bagi pihak MO1, jangan layan Tun la, jangan pi Nothing2Hide la. MO1 is man enough to speak for himself, right Tun.

    In my mind MO1 has done wrong to the country, to the people and to himself. If MO1 thinks otherwise then accept Tun’s invitation and proof us wrong and state his innocence. Let the people ask MO1, “Mr PM, will you be devoted to ALL the people? All means all la from whatever keturunan and race, your “lovers” and enemies. We are all Malaysians. We want a devoted PM for ALL. So why make those who don’t see eye to eye with you your enemy, Mr Pm?” To earn our respect and trust MO1 must face Tun like a man. So far I haven’t heard anything smart and convincing coming out from MO1’s mouth, all I hear is MO1 badmouthing Tun and family. He lost my respect.

    Let us hope MO1 will accept Tun’s invitation, get on stage Nothing2Hide and convince us that he has done no wrong, that he is the victim. I hope this talk will not be stopped by the police like the last time. Kalau rasa “malu” tu dah menebal dalam hati MO1 mungkin rasa kesipuan dia nak terima pelawaan Tun, jangan bawa lari kerusi dia simpan dalam stor udah. We’ll wait and see.

    Kerana Tun nak bantu menegak kebenaran dan Selamatkan Malaysia banyak dugaan Tun terpaksa hadapi dan terima pada usia anugerah Allah ini. Semoga Allah makbul segala usaha Tun dan sentiasa mohon perlindungan dan pertolonganNya. Jaga kesihatan Tun baik2. Terima kasih Tun.

  47. Odadjians Aug 10,2017 7:35 PM

    Dah sebat berbillion2.. Dah kayakan kroni tak tau malu pulak..

  48. musato Aug 10,2017 6:20 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi memghubungi saya kerana meminati setiap penulisan saya di sini.

    Selama lebih kurang 10 tahun saya di sini, banyak juga yang saya belajar dari Tun dengan mengiringi perjalanan politik/pentadbiran.

    Yang penting saya dapat memahami karakter seorang negarawan seperti yang saya pernah doakan dari Allah swt (ketika dalam kesempitan hidup yang amat sehingga tiada nampak lagi arah keluar) untuk saya melihat dan mengikuti perjalanan hidupnya

    Pesan saya, karakter seorang negarawan adalah sedikit keras. Seperti kata Tun Hasmah, Tun sudah kurang sikit ‘bengkengnye’ (garang) sejak dah tua ni.

    Mungkin karakter yang keras ini terhasil kerana terdapat prinsip prinsip yang perlu dipegang untuk menjaga kualiti dan keberkesanan. Dalam bab iman dan takwa, ia bagi menjaga hati dari ujub dan takbur. Sombong dan angkuh sesama manusia.

    Sesungguhnya yang Maha Besar itu hanyalah Allah swt.

    Saya mengaku saya benar benar berasa bertuah kerana dapat mengiringi perjalanan hidup Tun dengan izin Allah swt.

    Secara kerohanian, saya tak perlu jadi Perdana Menteri seperti Najib yang berkuasa penuh pun tak apa. Kuasa tidak bermakna apa apa seperti harta yang dikatakan tidak akan dapat menghalang api neraka.

    Tetapi kerana kita berada di alam nyata, maka kuasa amatlah diperluakan bagi kita menentukan apa yang terbaik untuk masa depan negara dan rakyat.

    Maka marilah kita sama sama BERSATU (sebagai satu wadah perjuangan) bagi memerangi perkara yang mungkar. Iaitu memerangi perasaan tidak tahu malu yang kini telah merebak dalam pentadbiran negara Malaysia. Negara tercinta kita bersama.

    Sehari dua ini saya ada terbaca juga berkenaan kelab atheis (tiada tuhan).

    Kerana ini adalah blog politik dan kita berbicara dengan negarawan yang berkerjaya politik, jadi saya fikir penulisan saya perlu telus (dan sememangnya kita perlu jujur dan bercakap benar sentiasa). Ia juga bertujuan untuk memudahkan dalam hal penyemakan.

    Kerana itulah saya sentiasa tuliskan nama Syeikh Abdul Malek 1650-an (gelarannya Tok Pulau Manis – Terengganu). Ini adalah sejarah Tanah Melayu. Sejarah Batu Bersurat. Nenek saya kata, saya adalah dari susun galur ini.

    Satu rumpun yang berdakwah dan mentadbir negara.

    Seharusnya kita berdagang kerana Allah swt. Kita berhutang kerana Allah swt. Apabila Allah swt tuntut hutangNya dan kita tak mampu bayar,maka turunlah ujian ujian dan halangan halanganNya.

    Dengan melepasi ujian ujian dan halangan halangan itulah kasihnya, cintaNya kita kepada Allah akan terbit. Betapa indahnya cinta.

    Terima kasih Allah kerana memberiku perasaan cinta.

    Terima kasih juga kepada yang sudi menghubungi saya.

    Terima kasih Tun.

  49. WandyCaswady Aug 10,2017 1:35 AM

    Assalamuaalaikum semua…

    Maafkan saya kerana tidak malu menumpang menulis di blog chedet.cc ini…

    1. Mengapa Allah menjadikan manusia sesetengahnya ada yg bijak… Dan ada yang kurang sedikit dan ada yg lembab sedikit berbanding yg lain nya? Spt OKU atau yg terencat akalnya?

    2. Mengapa manusia yg pelajaran nya yg lebih tinggi mempunyai gaji yg lebih tinggi dari yg kurang bijak? Seperti orang yg tidak bersekolah dengan orang yang berijazah serta diploma?

    3. Apakah semua rakyat mampu untuk menyekolahkan anaknya sehingga ke peringkat ijazah? Ada yg tidak mampu kerana masalah kewangan…

    4. Mengapa mereka yang bekerja di dalam bilik berhawa dingin mempunyai gaji yang jauh lebih lumayan berbanding mereka yg berpanas dan berhempas pulas sehingga ke tengahari?

    5. Anak Siapakah yg selalunya yg bekerja di dalam bilik berhawa dingin? Yg mampu menyekolahkan anak mereka ke ijazah? Ataupun yg tidak mampu?

    6. Ini hanya buah fikiran…

    7. Rezeki seseorang datangnya dari Allah yang satu… Anak orang kaya sekalipun… Jika rezekinya hanya sekadar di situ.. disitu lah sahaja rezeki si anak itu.

    8. Dunia ini hanyalah ujian… Allah mampu sahaja untuk menjadi semua manusia dimuka bumi ini islam… Tetapi mengapa Maha Satu tidak berbuat demikian? Rugilah jika seseorang itu tidak memikirkan nya… Hanya Allah Maha Mengetahui…

    Jazakallahu khairan kathiraa kpd yg membaca…

  50. rimba.emas Aug 10,2017 12:05 AM

    Salam Tun.

    1. Nak harap perasaan malu untuk pastikan seseorang itu tidak akan mencuri bukannya sesuatu yang tepat.

    2. Sebab kalau malu selalunya seseorang itu akan melarikan dirinya atau mengelak bertembung dengan orang yang mengetahui perbuatannya.

    3. Pesalah itu dapat mengelak dari mendapat malu bila orang yang mengetahuinya tidak ambil peduli atau pesalah buat ‘don’t know ‘ (izin) dengan muka tebal.

    4. Melainkan pesalah itu di ambil tindakan sebagai pengajaran. Malah hukuman di dunia sekarang masih ringan jika hendak di bandingkan dengan hukuman tuhan.

    5. Malah dalam agama Islam sendiri perbuatan curang di laknati oleh Allah s. w. t..

    6. Pesalah itu sendiri di gelar sebagai seorang yang celaka. Berat hukumannya akan di humban ke dalam neraka.

    7. Bayangkan kita yang menatang bagai minyak yang penuh kepada seorang pencuri sedangkan perbuatan itu di anggap satu jenayah yang berat.

    8. Pencuri itu di kutuk oleh Tuhan sebaliknya kita rakyat tidak mahu ambil tindakan malah memberi muka kepadanya.

    9. Keadaan ini tidak akan membawa iktibar kepada pelakunya maka akan bermaharajalelalah penjenayah itu.

    10. Sikap ini akan membahayakan kita rakyat kerana akan menjadi susah jika pesalah itu mempunyai kuasa mutlak ke atas pentadbiran negara.

    11. Macam mana akan datang perasaan untuk bertaubat jika kita selesa dalam melakukan perbuatan salah.

    12. Sejarah mengajar kita sekali musibah boleh menjadi pengajaran kembali ke pangkal jalan.

    13. Dengan tidak menyokong pencuri dalam pilihan raya nanti adalah satu perbuatan untuk menghindar kemungkaran seterusnya.

    15. Adakah kita rakyat akan terus menyokong pencuri wang rakyat jika anda mengetahui Kemana wang itu di gunakan ??

    Di fahamkan US $200 juta wang curi itu di guna untuk membeli berlian , permata dan barang kemas.
    Artis Australia. Miranda Ker sahaja telah menerima hadiah berupa 11.72 karat berlian bernilai US$ 1.21 juta dan 11 karat anting-anting berlian US$ 4.05 juta.
    Hadiah ini telah di serah kepada DOJ.

    -Cuma barangan yang di miliki isteri MO1 masih tidak
    di pulangkan dalam perbagai jenis yang jumlah keseluruhannya US$1.3 juta (RM 5.6 juta).

    Berikut telah di kesan bahawa PM telah memberi surat sokongan wang yang telah di lesapkan.

    Pembayaran palsu aabar berjumlah 855 juta.
    BSI 2.3 B.
    1MDB 975 juta.

    16. Harta dunia ini akan kita tinggalkan hanya amalan (perbuatan di dunia) yang di bawa bersama-sama kita untuk di bicara pada hari akhirat nanti.

    Wallahua’lam.

  51. anti rasuah Aug 9,2017 4:33 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Jika kita nak tahu manusia itu benar-benar baik pada manusia atau rakyat dan beriman pada Allah swt, selepas dia ada pangkat besar, kuasa besar dan duit banyak.

    Jika pangkat besar tetapi tidak beriman kepada Allah swt maka berlakulah rasuah dan salah guna kuasa.

    Jika kuasa besar tetapi tidak beriman kepada Allah swt maka kepimpinnnya tidak disukai oleh majoriti manusia dan rakyat.

    Jika duit dan harta banyak tetapi ianya tidak diperolehi dari hasil yang berkat, duit masuk akaun peribadi berbilion ringgit pun tidak tahu duit itu ke mana perginya.

    Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini ada hikmahnya.

    Mungkinkah lahirnya pemimpin Malaysia seperti Najib Razak ini ada hikmahnya pada masa hadapan? Saya harap kepimpinan seperti DAJAL ini akan lenyap dan diganikan dengan pemimpin yang jauh lebih baik, lebih bijak, lebih beintegriti, lebih amanah, lebih MALU melakukan kesalahan, lebih berilmu ( samada rohani mahupun jasmani ), lebih beriman dan lebih rasional dalam segala tindak tanduknya.

    Insya Allah Tun.

    Wassalam.

  52. akulamd Aug 9,2017 11:58 AM

    itulah saya generasi pertengahan umur juga amat risau dengan perkembangan politik dan masa depan negara..apa yang terbaik saya boleh buat ialah terus mendidik anak2 akan nilai2 kehidupan yang baik..agar meraka tidak terjebak dengan fitnah akhir zaman.

    saya rasa kita kena semak semula sistem pendidikan negara agar menekankan integriti dan jadi diri pada setiap warganegara.

    Zaman tun dulu ada dasar2 seperti dasar pandang ke timur..kempen meningkatkan produktiviti… seragamkan masa dan waktu.. project kereta nasional, wawasan dan masa depan negara dijelaskan secara details…

    zaman sekarang pemimpin hanya nak kejar populariti dengan dasar cash is king…bantuan satu malaysia..bantuan itu ini. hanya pandai mencari pengikut tanpa sedar tanggungjawab sebenar pemimpin iaitu memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup generasi yang akan datang.

    walaupun tun telah berjaya membina pembangunan negara..Kesilapan tun ialah gagal membina generasi pemimpin yang boleh diharap, jika barisan harapan berjaya terpilih pada PU yang akan datang..tanggungjawab pertama yang perlu di buat ialah membina istitusi kepimpinan yang mampan untuk bakal2 pemimpin negara…pastikan sistem pemilihan peringkat pemimpin adalah berdasarkan kebijaksanaan dan bukannya sistem pemilihan pada undi yang terbanyak (popular).. mungkin perlu dibuat ujian ,peperiksaan, debat dengan diberi sistem permarkahan yang tertentu..hanya pemimpin yang berkelayakan dipilih

    kelemahan pada sistem komunis dan raja berwaris atau anak bekas pemimpin yang terus dilamtik sebagai pemimpin baru (spt najib) ialah anak2 ini tidak mewarisi kebijaksanaan bapanya pemerintah terdahulu.. mereka dibesarkan didalam persekitaran yang tidak membentuk mereka menjadi bertanggungjawab.. tetapi membesar dalam suasana yang populist akibat tekanan jawatan ibupaba mereka..justeru itu banyak sekali sejarah ketamadunan manusia runtuh akibat sistem pemimpin berwaris seperti ini… islam sendiri mengusulkan konsep musyawarah dalam memilih ketua.. hanya yang paling layak dipilih..bukannya yang paling pupular.. raja2 melayu sebagai ketua negara perlu lebih aktif didalam sistem pemerintahan negara.. bukan sekadar simbol untuk disembah rakyat… buat baik dibalas baik.. buat jahat pasti ada azabnya..

  53. kamalia Aug 9,2017 11:54 AM

    Terbaik TUN !! inilah suara hati rakyat…kami MALU ada pemimpin muka tebal, curi duit tapi muka selamba badak, amat hairan begitu rendah maruah si NAJIB, langsung tak ada sekelumit rasa malu. Apalah yg si ROSMAH badak jampi, kelihatan begitu bodoh sekali NAJIB tanpa sekelumit maruah.

    Tapi apakan daya, melayu sendiri pun TIDAK MALU dan masih menyokong si pencuri NAJIB. Ini amat mengejutkan!. Apakah ini genetik MELAYU??Saya malu dengan sikap orang kita,amat malu. Mungkin ini penyebab tanah melayu ini mudah dijajajah. Dijajah berkali2 oleh pelbagai bangsa asing, kerana SIKAP tamak pemimpin yang muka setebal kulit badak.

    Parti Tok Lebai pun tercabut lebai. Sultan2 dan Raja2 masih kenyang seronok bersemayam di takhta.Mengecewakan!

    Rakyat Malaysia sekelian,sedarkah negara kita sudah dimasuki PENCURI!! Apakah semua penghuni rumah Malaysia ini tidur. BERSATULAH menentang kejahilan dan kemaksiatan. Kita bersatu kita akan kuat.

    Sedangkan Thaksin boleh dijatuhkan. Kerana rakyatnya bersatu. Menentang bersatu hati berbulan2 dan akhirnya jatuh jua. Sikap rakyatnya beginilah menjadikan negara Thailand tidak pernah dijajah.

    Saya amat risau apa akan terjadi sekiranya NAJIB masih boleh berkuasa selepas pilihanraya. Saya tidak fikir MELAYU masih sedar, berapa peratus yang peduli politik??

  54. musato Aug 8,2017 9:07 PM

    Assalamualaikum Tun.

    #najiblanun
    #najiblanun
    #najiblanun
    #najiblanun
    #najiblanun

  55. ismadi Aug 8,2017 4:09 PM

    Salam Tun Mahathir,

    Sebahagian kakitangan Kerajaan ada yang bersungguh kerja secara jujur dan amanah dan mereka juga berasa kesal di atas perbuatan rakan rakan sekerja mereka.

    Berkenaan bodek membodek Boss yang kini menjadi trend di kebanyakan Jabatan jabatan Kerajaan, sememangnya mereka melakukan sedemikian kerana Boss yang menyukainya. Boss di Malaysia ini memang suka di bodek dan meletakkan kualiti kerja di tempat kedua. Siapa bodek lebih, naik pangkat ler.

    Hasil kerja bodek ini, yang berada di atas kini adalah yg tidak mempunyai daya kreativiti, otak kosong, pengecut, tidak berani menanggung risiko dan menolak cabaran. Mereka tidak mempunyai fikiran diluar kotak dan menyebabkan terbantutnya perkembangan kualiti kehidupan di Malaysia.

    Dan di dalam UMNO pula, hanya yang kurang cerdik dan suka membodek sahaja yang masih tinggal menjadi sisa yg membusuk. Itu pun UMNO sebut ahlinya masih 3 juta orang. Kenyataan bodek ler tu.

    Wassalam Tun.

  56. TokJanggut Aug 8,2017 3:26 PM

    Jagalah Hati

    Jagalah hati jangan kau kotori
    Jagalah hati lentera hidup ini
    Jagalah hati jangan kau nodai
    Jagalah hati cahaya ilahi

    Bila hati kian bersih, berfikir pun selalu jernih
    Semangat hidupkan gigih, prestasi mudah di raih
    Tapi bila hati busuk, pikiran jahat merasuk
    Aqhlak kian terpuruk, dia jadi mahluk terkutuk
    (Kembali ke reff)

    Bila hati kian suci, tak ada yang tersakiti
    Pribadi menawan hati, ciri mukmin sejati
    Tapi bila hati keruh, batin pun selalu gemuruh
    Serasa diburu musuh, dengan Allah kian jauh
    (Kembali ke reff)

    Bila hati kian lapang, hidup susah tetap senang
    Walau sulit menghadang, di hadapi dengan tenang
    Tapi bila hati sempit, segalanya jadi rumit
    Seakan hidup terhimpit, lahir batin terasa sakit
    (Kembali ke reff)

    Bila hati kian benci, tutur kata penuh caci
    Perilaku tak terpuji, bisa jadi mahluk keji
    Namun bila penuh sayang, hati pun akan di sayang
    Hidup pun terasa lapang, hidup bersamakan senang
    (Kembali ke reff)

    Bila hati penuh tawadhu’, hidup indah semanis madu
    Aqhlak menawan qolbu, berpisah pun selalu dirindu
    Tapi bila hati takabur, hatipun selalu bergembur
    Merasa sehebat guntur, akhirnya masuk kubur
    (Kembali ke reff)

    Bila hati penuh dendam, bagai api dalam sengkam
    Penuh bara kehancuran, hidup pun jadi mengerikan
    Tapi bila memaafkan, batin tentram menyejukkan
    Asal lawan jadi kawan, hidup damai kita rasakan
    (Kembali ke reff)

    Bila hati iri dengki, tak rela orang dapat rezeki
    tak pernah mau memuji, hanya bisa mencaci maki
    Namun hati yang bersyukur, kebaikan tak pernah kendur
    Apalagi kalau kita akur, negri ini akan segera makmur
    (Kembali ke reff)

    Bila hati bermusuhan, kedamaian hanya impian
    Ciwuh saling melumpuhkan, negri ampuh memilukan
    Namun bila hati bersatu, kekuatan kan terpadu
    Kita bangkit untuk maju, bangun negri yang kita rindu
    (Kembali ke reff)

Leave a Reply