ATTORNEY-GENERAL YANG BERANI 31

1. Ya, A.G. (Pendakwa Raya) tidak perlu takut kepada saya. Ia perlu takut kepada Allah S.W.T.

2. Tetapi yang jelas ia tidak takut kepada Allah. Jika benar tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Najib, apa sebabnya laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan Auditor General disembunyi dari orang ramai. Menyembunyi laporan dari orang ramai tentulah kerana kenyataan yang dibuat oleh Apandi tidak benar. Ini bermakna Apandi membohong dan Allah S.W.T tahu Apandi bohong. Tuhan tahu Apandi cuba lindungi Najib daripada dihadapkan ke mahkamah setelah melakukan jenayah. Ini adalah suatu penipuan dan pemecahan amanah oleh seorang Pendakwa Raya. Perbuatan pecah amanah berdosa.

3. Tetapi Apandi tidak takut buat dosa; iaitu tidak takut Allah S.W.T. Pengakuan bahawa ianya hanya takut kepada Allah Ta’ala tidak benar. Ini juga berdosa.

4. Apandi membuat banyak dosa dalam kes ini; dosa kerana membohong, dosa kerana melindungi perlakuan jenayah oleh Najib, dosa kerana menyatakan hanya takut kepada Allah sedangkan perbuatan, kenyataan dan pembohongannya menunjuk yang ia tidak takut buat dosa, tidak takut Allah.

5. Tetapi Apandi boleh bersihkan dirinya dengan mengambil wuduk, menjunjung Al-Quran dan bersumpah dalam masjid bahawa tidak ada apa-apa dalam laporan-laporan yang diterima olehnya dari Bank Negara, MACC dan Auditor General yang menyatakan Najib bersalah berkenaan wang sebanyak RM2.6 billion Ringgit dalam akaun banknya datang dari 1MDB dan penyerahan balik 2.3 billion kepada seorang Arab Saudi adalah tidak benar.

6. Semasa bersumpah Apandi perlu disertai dengan beberapa imam masjid dan saksi lain supaya sumpahnya dan pengakuan niatnya tidak berbeza antara mulut yang menyebut dan hatinya.

7. Dan dianya mengaku bahawa akan berdosalah ia jika sumpah yang dilafaz itu adalah pembohongan kepada makhluk dan dia akan terima balasan di akhirat dalam api neraka.

31 thoughts on “ATTORNEY-GENERAL YANG BERANI

  1. HBT456 Aug 17,2017 8:30 AM

    47. Bak kata, marah nyamuk kelambu dibakar.

    48. When the power of authorithy is used excessively for whatever reasons, it is perceived as power abuse no matter what pledge they used.

    49. Since you treat me as a bug, and always wanted to quash me to delete me permanently, makcik hajar, i will leave without questioning.

    50. Politicians like you one day will be played out by your own race, therefore, do not blame other for your down fall.

  2. Hajar Jul 31,2017 10:26 PM

    Allow me Tun to ‘debug’ the ‘bug’ that keeps ‘bugging’ me:

    ‘HBT456’,

    1. What is you purpose of addressing me as ‘Mak Cik’? Is that your way of ‘respecting’ a Malay woman that you don’t even know? As I recall, you used to refer to me as ‘Mak Cik tudung merah’ (Wanita UMNO I guess). What makes you think that I am a Wanita UMNO member?

    2. For your information, it is really irritating to have a SENIOR CITIZEN (‘warga emas’) calling me ‘Mak Cik’. It also shows how SHALLOW your mentality is. Or you are just being rude…

    3. And, please learn to RESPECT others’ religious beliefs. Please also respect the fact that Islam is Malaysia’s official religion. You have written so many rude comments about Islam/Malay.

    4. I believe you are a sick person ‘HBT456’. You promised to leave this blog (without asking any questions; I can show you the proof) if someone had asked you to do so, and I did ask you to get lost (‘berambus’) some time ago. Remember? Of course you could not remember! Senile? You are really pathetic…

    5. Ayoyo! ‘HBT456’, Tun M does not even know me. And, why should I ‘bodek’ Tun M (your accusation: Jul 31,2017 7:35 AM)? In the past you also accused me of receiving ‘dedak’.

    6. Who are you to accuse me without any proofs? What kind of ‘dedak’ did I receive? And, who gave me the ‘dedak’? Do you know who I am?

    7. Now I really believe that you have some kind of mental problem (or senile).

    8. ‘HBT456’, you are not worth my time. To me you are just a bug/ pest/ nuisance.

    – May Allah SWT bless Tun and family –

  3. HBT456 Jul 31,2017 7:35 AM

    35. Well, makcik hajar, eventhough i am not a muslim, but i am a malaysian and please take note on that.

    36. Adakah saya rude atau senile, this blog belong to the prime minister of malaysia who had brought us to where we are today, therefore, he is the pm of malaysia, not your beloved father of makcik hajar, get it?

    37. You know what makcik, the way you membodek really sucked and sickening and you have tarnished the great reputation of this hard working pm who had lead us for 4 terms.

    38. Jika you ingin menunjukkan perasaan mu, by all means go a head.

    39. Jika bodek sampai menyampah dan secara buta tuli boleh kaya raya, then, lebih baik saya undi bn, bolehkan?

    40. You dont like me, thats your problem.

    41. Suka atau tidak, pru tetap akan dipanggil.

    42. Whoever gets the majority votes, they will name the pm and form the cabinet.

    43. After 5 years, another pru will be called.

    44. Therefore, whoever become pm, wthether makcik suka atau tidak, we still need to cast our votes.

    45. To be or not to be, that is not the question.

    46. Can or not, when the pru result is known, we will know what will happen in the next 5 years.

  4. Hajar Jul 30,2017 10:11 PM

    Dearest YAB Tun,

    Correction (for ‘Nenek HBT456’):

    I thought you wanted to sign off/out PERMANENTLY so many times in the past (from Chedet).

    – May Allah SWT bless Tun and family –

  5. Hajar Jul 30,2017 10:01 PM

    Dearest YAB Tun,

    Allow me Tun:

    Ayoyo ‘Nenek HBT456’…How come you are still around?

    I thought you wanted to sign off/out so many times in the past (from Chedet).

    Are you senile? Are you okay ‘nenek’?

    And please do not make any comments (Jul 30,2017 3:03 PM ) on other peoples’ religious beliefs. You are such a rude person, and you do not respect Islam/Muslims.

    Hello ‘Nenek HBT456’, it’s ‘sumpah LAKNAT’, not ‘sumpah LATNAH’. Please learn how to spell! Buat malu Malaysia saja…

    – May Allah SWT bless Tun and family –

  6. HBT456 Jul 30,2017 3:03 PM

    31. Macam ini makcik hajar, beranikah ag sumpah latnah, itu terpulang kepada putrajaya.

    32. Jika ag berani, maksunya beliau bukan bodoh, tak gitu?

    33. Try the sumpah on other judges of non malay, and non muslim, the outcome is kristian judge swear upon god in church, buddhist judge swear upon god in chinese temple, indian judge swear upon god in hindu kuil and monority judge swear upon god in their house of worship?

    34. It is an open secret the mps and wakil rakyat like to jump into conclusion without even border to show they are the tuan, and still stuck in who you know, not what you know, therefore, whoever becomes the next pm, got difference meh since he is a melayu jugak, bukan?

  7. Hajar Jul 29,2017 3:48 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    Saya setuju supaya AG (Peguam Negara) ‘bersumpah laknat’ sambil menjunjung Al- Quran di dalam masjid untuk membuktikan yang beliau cuma takut kepada Allah SWT, dan bahawa beliau berkata benar dan tidak berbohong mengenai skandal 1MDB yang melibatkan PM Najib @ Ah Jib Gor dan geng.

    Beranikah TS Apandi bersumpah dengan nama Allah SWT?

    Jangan sekadar pandai menggunakan nama Allah untuk menutup salah laku sendiri. Sila buktikan!

    Terima kasih Tun.

    – Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Tun sekeluarga –

  8. HBT456 Jul 24,2017 8:59 AM

    21. Siapa takut siapa, tu dah bukan rahsia.

    22. Bak kata sibotak, hanya bumi yang beragama islam saja yang boleh menentukan nasib negara ini.

    23. Tunku abdul rahman kata, you practice your religion, and i practice my religion.

    24. A horse is a horse, and a deer can never be a horse.

    25. When someone came out pointing at a horse and said this is a deer, what is your reaction then?

    26. Its really up to the political parties to decide their next course of action to win votes.

    27. Adakah strategitu kotor atau bersih, itu terpulang kepada parti2 politik dan pengundi2 di negeri itu.

    28. I rest my case, and whoever becomes the next pm, they still need the voters to work so that they can earn tax revenue.

    29. When voters rasa berbaloi, they will pay without questioning.

    30. When they rasa tidak berbaloi, mereka tidak akan membayar.

  9. The Hidden Secret Jul 23,2017 9:49 PM

    Salam!

    AG takut Rosmah!

  10. HBT456 Jul 23,2017 6:29 PM

    19. The window of opportunity does not mean the penang island.

    20. Its still up to penangites to decide who they prefer.

    2

  11. HBT456 Jul 23,2017 5:32 PM

    11. Though i feel a bit disappointed, but i know very well no matter what we do, we are always a 2nd class citizen.

    12. Therefore, accept the judgement with open heart.

    13. Bak kata, if the door is closed, there is a window of opportunity always open somewhere out there in the region.

    14. From the day when rm was deppeged coupled with capital control policies via nep, there is no way we can par ourselves with western and developed countries.

    15. Therefore, when you no longer feel comfortable and safe, then, the best way out is to remain neutral and open minded to avoid middle income trap.

    16. Whether umno likes it or not, they will be tested again and again in many pru to come.

    17. But one thing is for sure, they too had no choice but be more liberal and open minded in their nep to sustain growth to create more jobs.

    18. Therefore, its up to umno to decide their next course of action.

  12. HBT456 Jul 23,2017 5:11 PM

    8. Adakah ag itu berani atau tidak, i can safely conclude that the influence of political parties will be weaker and weaker politically, economically and socially.

    9. Maruah melayu atau tidak, its up to the malay to decide, but one thing its for sure is there is no way they can get 2/3 majority of votes to maintain stability.

    10. As for the chinese leaders, it would be better off to be neutral since you know very well that they will do anything to get rid off us so that they can dictate the public fund by hook or by crook.

    1

  13. Mat.Tandang Jul 22,2017 8:49 AM

    Salad Tun,
    Salam rakan blogers,
    1.Kekalahan tetap, sudah sampai masanya umnobnpas lenyap kuasanya di negara ini.
    2.Kesedaran tentang isu semasa korupsi menjadi sembang biasa rakyat jelata.
    3.Perubahan ingin melihat tumbangnya umnobnpas sangat luar biasa.
    4.Buka lah cerita tentang kerajaan ini sambil menjamu selera ketika open house hari raya, 100& panjang ceritanya tentang korapsi.
    5.Kami tak peduli walau 1000 Kali haji sekali pun, atau pegi Mekah balik hari sekali pun, selagi rakyat Malaysi tahu ada kepincangan dan korupsi dalam 1mdb.

  14. ilioni Jul 22,2017 5:32 AM

    Salam Tun,

    It’s been a while since I last left any comments here. Hope this finds Tun well and do take care of your health as things are getting more and more busy with the upcoming uphill task (upcoming election)!

    Want to share to both Tun and your fellow readers an interview video that I watched in the link below (Dr. Hatta in Terus Terang). It is very good. You can see the honesty in his answer. This is the type of quality educated leader that we need for our beloved country..

    TERUS TERANG #16:DR. HATTA RAMLI AMANAH

    In Umno, this is the option for leadership that we have in Umno
    Jamal sets his sights on replacing KJ as Umno Youth chief

  15. rimba.emas Jul 21,2017 11:33 PM

    Salam Tun.

    1. Ya Rimba Emas lewat beri komen sebab Tun cerita lagi sedikit tentang Apandi ketika di Majlis Rumah Terbuka Adilfitri PPBM Pulau Pinang.

    2. Sebabnya membicarakan tentang tuhan yang maha berkuasa kalau tidak sama seperti dalam hati kita berdosa.

    3. Allah s. w. t maha mengetahui segala-galanya malah nyawa kita pun di tangannya.

    4. Berhati-hati kita kena rujuk al-quran dan faham tafsirannya betul-betul.

    5. Betul soal takut semua manusia serta makhluk ciptaannya boleh sebut perkataan itu.

    6. Malah syaitan yang selalu merasuk manusia pun takut pada Allah s. w. t. tetapi tetap melanggari perintahnya.

    7. Syaitan juga di beri izin Allah s. w. t untuk boleh merasuk manusia sehingga hari kiamat kecuali manusia yang membenteng dirinya dengan iman.

    8. Lidah tidak bertulang penuh dengan tipu daya ketika di dunia sehingga akhirnya terdiam bila hari di mana anggota lain akan berbicara pada hari manusia di bicarakan di hadapan Allah s. w. t. kelak.

    9. Sedangkan Rasulullah s. a. w sendiri yang maksum bertaubat lebih 70 kali sehari semalam inikan pula kita manusia yang bernafsu .

    10. Sebutan takut dalam keadaan biasa selalunya menjadi mainan bak buih-buih atau rapih dan boleh berulang kembali.

    11. Melainkan takut bila bencana yang boleh meragut nyawa contohnya saat kematian Firaun bila bencana ke atasnya akibat kekufurannya dan kezalimannya pada manusia. Namun taubatnya sudah terlambat kerana tidak di terima oleh Allah s. w. t.

    12. Takut kepada Allah s. w. t ialah meninggalkan terus perbuatan itu agar perbuatan yang kita sangka baik tetapi tidak kepada tuhan menjadi dosa kering ( dosa tampa pengetahuan kita).

    Wallahua’lam.

  16. sibotak Jul 21,2017 9:08 PM

    Yelah Najib pun macam Cartoon
    Kemarin cakap tak tahu menahu duit ada kat account beliu..jumlah besar pulak tu
    Then & after tu cakap Orang Kaya Arab kasi derma

    Macamanalah darah tak up !
    Kakak dia punya …..

  17. MEGATI DEWANI Jul 21,2017 3:02 PM

    Assalamualaikum Tun yang dihormati dan rakan rakan yang melayari blog ini.
    Saya tidak berapa pasti tetapi seperti terbaca didalam akhbar “The Sun” kalau tak silap. Beritanya…. kalau taksilap juga ialah YDP Agung telah luluskan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes lama iaitu kes Bank Negara.

    Kalau betul perkara itu saya dapat rasakan pilihanraya akan datang akan diadakan semasa kes ini rancak disiarkan didalam media arus perdana yang akan membesar dan mengulang ulang kelemahan Tun sebagai perang saraf untuk melemahkan Barisan Harapan…

    saya rasa betullah apa yang di takuti olih wajaperak…..

    yang membuatkan kita heran dan pelik kes IMDB tidak pulak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat…..memang pantun wajaperak sangat sesuai untuk mereka…….wallah hu alam….

  18. RD. Jul 21,2017 11:35 AM

    Dengan mengatakan bahawa beliau hanya takut kepada Allah… Satu dunia boleh merumuskan… samada Apandi buat lawak ataupun dia mahu menipu dan memperbodohkan Rakyat 1Malaysia, terutamanya Bangsa Melayu yang berAgama Islam secara semula-jadi.

    Pada saya… Melayu lebih takut hantu atau takut dirasuk hantu, syaitan dan jembalang. Percaya kepada toyol dan cerita tahyol. Takut pada santau atau ‘buatan’ orang. Takut terkena santau-angin jika berhenti makan di warung-warung sekitar Gerik dan Gopeng.

    Sejak dari kecil, anak-anak Melayu dididik dalam bidang keAgamaan disekolah dengan cara menakut-nakut akan balasan di Neraka jahanam… ditakutkan dek hasutan syaitan, iblis dan makhlok ghaib sehingga menjadi takut atau phobia jika berada ditempat gelap-gelita. Anak-anak Melayu dihidangkan dengan andaian karut bahawa Tuhan sedang menembak syaitan bila berdentum guruh dan panahan petir dilangit. Didendangkan dengan andaian bahawa syaitan & iblis akan bertempiaran lari bila mendengar Azan yang menyeru umat Islam menunaikan solat.

    Sepatutnya, umat Islam dididik mencintai atau menyayangi Allah, bukan takut kepadaNya dengan menggunakan maklok-ghaib sebagai batu-loncatan .

    Bismillah’ir Rahman’ir Rahiim… yang bermaksud… Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

    Anak-anak didik bahawa ibadat Haji boleh menyucikan dosa. Jika Allah ‘Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang’, sudah tentu dosa terhadap Allah SWT akan terhapus bila kita menunaikan Haji walaupun ibadat ini tidak wajib bagi mereka yang tidak mampu dari segi keWANGan atau kesihatan.
    (Namun, anak saya yang berusia 10 tahun, percaya bahawa dosa sesama manusia juga akan terhapus jika dapat mengerjakan Haji).

    Tak tahu lah saya, samada Allah akan memakbulkan doa ‘dikekalkan kepimpinan Negara’ jika ibadat Haji itu ditaja oleh Najib dengan mengunakan WANG Rakyat 1Malaysia yang klepet, melalui Yayasan 1MDB.
    Apa perniagaan yang 1MDB lakukan dengan menggunakan Jho Low sebagai orang-tengah? Buat filem lucah, The Wolf of Wallstreet dan berpesta arak di Hollywood?

  19. Mat.Tandang Jul 21,2017 12:06 AM

    Salam Tun,
    1.Kekalahan umnobnpas pru14 ini sangat luar biasa sekali. Tidak pernah dalam sejarah berlaku begini.
    2.Kutukan laknat dari kuburan pejuang pejuang yang menubuhkan umno terdahulu yang telah mati menentang malayan union menghantui najib dan menteri serta kuncu kuncu setiap saat.
    3.Kelaknatan ini akan membiru di wajah najib dan kuncu kuncu sama biru dengan warna BN.
    4.Ketulahan ini akan memakan diri mereka sendiri.
    5.Lengan tangan mereka akan berkurap kuping memutih dengan sendirinya kerana mencuri dan tulang kering kaki juga akan berkurap kuping memutih kerana berjalan berpoya dgn wang curian.
    5.Gigi gigi mereka akan dipenuhi karang karang kekuningan yg busuk krn makan hasil curian, cari lah doctor mana sekali pun tetap tidak sembuh.
    6.Cuma seorang Doctor yg boleh membantu iaitu Dr Mahathir, minta ampun pada dia cium tangan, masuk HARAPAN… Tinggalkan najib sekarang

  20. asahamat Jul 20,2017 8:52 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Now is really a time to think n work to kill this UMNO-BN in the most stylist way in the next GE14.

    (2) For Sarawak n Sabah in particular, I believe the buy in strategy is to ensure both States to get what we deserve. No more political discrimination as all thiswhile practiced by UMNO.

    (3) I had written many views wrt to our National interests in my personal bloq. Here is one of those which I could think if PH could “strategise on” which may turn both Sarawak n Sabah around away from this UMNO-BN.

    http://abchek.blogspot.my/2017/07/372017-devolution-or-autonomy-direction.html?m=1

    …9) Alhamdullillah, with the emergence of Pakatan Harapan (PH) to challenge the National Front (NF) in the next GE14, I hope is a way, whereby Allah is lending His hands to make Malaysian to have the will to rectify the biasness, discriminating and injustice system within our British-based Federalism that had been used and abused by Putera Jaya all this while. In the eyes of Allah, the kafir and even the satans, all are not to His liking. All of them were and are acting and having characters differing from His will, but yet, as His Mahluk (sort of Nation), He never denied any of them from their basic right. The Kafir and Satans are free to do what they love to do to the very End of the Day. Allah continues to grant them their basic living rights. Our Federalism should walk to the path of Allah Federalism whereby everybody have right over their basic right. No one should be discriminated to what they deserve as part of the Nation. This Nation won’t go far if discrimination or favoritism is our choice. Our Federalism should move toward a parity of authority. We should be concern about justice and wealth distribution. Indeed in the Islamic governance, those are paramount to Allah requirements and such were His command. Nobody to hurt anybody. Nobody should gain to the disadvantage of somebody.

    (10) Thus, I would believe, the better struggle for Sarawak is to lead the whole of Malaysians to have a relook at our Federalism to go in line with Allah Justice-based Federalism. We should fight to restructure our Federalism to the parity authority of the State and GOM. We can’t just fight for Sarawak. Let work for the Nation. Our representatives in the Parliament should begin to have gut to talk on this. I believe, with such move, we not only will get back our autonomy, but most important, Malaysian will be having a much open freedom to build this Nation to the best. Putera Jaya will be much glorify with the greater prosperity and harmony of all the Malaysian States. I believe, not everything should be left or vested to the Federal Central Government (GOM) to shoulder. Let start working along the concept of every State to have  greater liberty to grow and prosper within the Nation…

  21. Krisemas Jul 20,2017 8:51 PM

    If a prime minister of a country and his family friend steal a lot of country’s money and if the prime minister abuses his power to conceal the crime and avoid prosecution for both of them and a few others who were involved, then naturally the people will vote him and his political party out of office in the next general election of that country. Then naturally the new government will prosecute this prime minister and those involved in the crime and those who obstructed justice.

  22. Mat.Tandang Jul 20,2017 8:25 PM

    Salam Tun,
    Salam blogers,
    Baiklah wajaperak, kita sama sama pertahankan Tun,
    Selagi ada khuderat 4 kerat ni kita berganding bahu pertahankan keselamatan Tun, walau di mana Tun berada,
    Mesej ini juga utk semua rakyat Malaysia.
    Walau mcmmana pun masa mengundi tengok lambang HARAPAN,
    Pastikan pangkah itu.
    Tumbangkan segera kerajaan umnobnpas ni,

  23. wajaperak Jul 20,2017 12:17 PM

    Assallammualaikum Tun.
    Mohon ruangan..
    Adoi mat tandang..dlm OT (Operation Theater ) memang kita mesti terang dan bersuluh lagi..tetapi dlm kehidupan seharian cukuplah panduan ayat quran seperti ini..
    “Mereka itu seperti binatang ternak malah lebih buruk lagi”..

    Who is this beasts??

    How cruel can they be..??

    Terima kasih Tun..

  24. Fariq Islam Jul 20,2017 9:55 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Ketara sekali, sesuatu kurang betul dengan pentadbiran Negara kita.

    AG yang sepatutnya bertindak secara adil tanpa campur-tangan pihak-pihak yang lain kini dipandang mendakwa secara pilih kasih. Gejala dimanipulasi ini berlaku sejak era Tun, di mana Abdul Gani Patail dipandang bekerja di bawah arahan.

    Untuk Negara kita tampil ke hadapan, kita sememangnya memerlukan pemimpin yang setiasa mengutamakan kepentingan ibu pertiwi dalam jangka panjang. Janganlah disebabkan kepentingan diri cuba perkekalkan kelemahan dalam sistem pentadbiran Negara kita.

  25. anti rasuah Jul 20,2017 7:29 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Pengamatan saya terhadap semua coretan Tun dalam blog chedet ini adalah Tun pasti tahu dan perolehi input/maklumat dari orang dalam kerajaan tentang sesuatu perkara Tun bangkitkan.

    Dalam hal ini iaitu laporan dari Bank Negara, MACC dan Auditor General yang Appandi sembunyikan sudah tentu Tun mengetahuinya lebih detail lagi berbanding rakyat biasa. Cuma Tun tidak mahu menyatakannya seratus peratus dan menggunakan pendekatan menyindir. Itu pun si bahalol mereka yang disindir membuat muka tebal dan tidak tahu malu, Tun.

    Muka-muka mereka di keliling Najis Razak ini semuanya umpama telah disalut dengan najis berat, Tun. Ianya mungkin terkopek dengan kuasa Allsah sahaja Tun. Bagi mereka kehidupan di dunia mereka ini semua mengutamakan wang ringgit dan harta sahaja. Tetapi mereka tidak sedar bahawa dosa mereka dengan manusia lain selepas kehidupan nanti mereka akan ditanya. Dan yang boleh memaafkan kesalahan mereka bukannya Allah tetapi hanya manusia yang mereka dustai. Ini yang kebanyakan pemimpin seperti Najis dan di sekelilingnya lupa, Tun.

    Wassalam Tun.

  26. musato Jul 20,2017 12:30 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Kawan saya kata susah BN nak kalah.

    Sebab BN ada orang kampung dan Felda.

    BN telah diajar dengan segala strategi terbaik Mahathir. Mana mungkin BN kalah.

    Siapa Mahathir? Mahathir tu tuhan ke?

    Mahathir tu Nabi ke? (kata orang dalam fb).

    Kalau takut dengan orang tua, jangan main politik la oi.

    Terima kasih Tun.

  27. sibotak Jul 19,2017 10:53 PM

    AG Apandi
    Perlu terangkan pada Malaysia,dengan Penjelasan dan Bukti yg Bernas
    Kenapa 1MDB perlu di OSA kan ?

    Apa 1MDB ini mengugat Keharmonian Kaum ?
    Mengugat Ketenteraan atau Kedaulatan atau Keamanan Malaysia ?
    Apa ada Alien atau Makhluk Asing atau ET yg ada investment dengan 1MDB ?
    Apa ada UFO yg perlu dirahsiakan demi Rakyat tidak Panik ?
    Atau hanya menutup pekung Najib ?
    Kalau hanya menutup Pekung Najib , Apandi memang besar lebih si Puaka

    Sebab Tun terpaksa bersusah payah hingga perlu menubuhkan PRIBUMI demi Keadilan demi Malaysia
    UMNO terpaksa jadi mangsa hanya kerana menutup sifat Najib yg tidak bertanggung jawab dan tidak amanah
    Membuag masa, wang ringgit Malaysia memikul Biawak yang Hidup
    Bukan satu Biawak , malah Anak Biawak Anak Buaya pun ada
    Mengkeruhkan Nama Malaysia , Mencoreng Maruah UMNO
    Mengelirukan Malaysia Keseluruhannya

    Come On Najib , Come On Apandi !
    Jangan kami Rakyat Malaysia di PerBudakan ,Jangan pandang kami Rendah
    Jangan fikri kami Bodoh , Pekak atau Buta

    Tidak ada alasan yg Bernas seorang Perdana Menteri
    Tidak tahu akan duit yg masuk ke dalam Accoun peribadi beliau ?

    Tak Perlu jadi Perdana Menteri , Menteri atau Attorny General
    Pegawai Kerani Haprak atau Penyuci Jamban pergawai Kerajaan
    Pun Tahu Salah bagi mereka mempunyai wang masuk ke account mereka yg tidak Jelas asal usulnya walau 10 ringgit pun

    Jadi , Oi Apandi
    Ini urusan manusia sesama manusia
    Kau dan Aku memang wajib takut pada Allah
    Jadi tak perlulah nak gunakan Agama
    Tak perlu nak Berbibir Manis
    Kita bukan nak Bersandiwara

  28. Mat.Tandang Jul 19,2017 7:25 PM

    wajaperak atau quicksilver (sedap sikit nama ni)

    Bak pe nye ckp gitu, serabut peruk aku…

    Agong tak ade kene mengene…

    Rakyat Malaysia tak lah sampai tahap gitu sekali perangai…

    Mari kita pangkah HARAPAN…abih citer

  29. Mat.Tandang Jul 19,2017 6:03 PM

    Salam Tun,
    1.Memang melekat seketul tahi ayam chandu kat batang hidung apandi.
    2.Ambik kau, pulang paku sudah dapat.
    3.Memang kami setuju sumpah junjung Al Quran dalam masjid, silap sumpah memang menggigil mcm kena parkinson.

  30. wajaperak Jul 19,2017 5:00 PM

    Assallammualaikum Tun.
    Mohon ruang.

    Berhati hati Tun..binatang binatang buas sekarang dengan keizinan yam d pertuam agum mereka dlm masa 3 bulan sahaja akan menggigit,memamah dan menyiat nyiat Tun…
    Maafkan saya d sisi Allah tidak dpt membela Tun..
    Kepada Allah sahaja tempat aku mengadu..
    Apa d harap padi seberang?
    Padi seberang takkan menjadi..
    Apa d harap binatangnya bertopeng orang?

    BINATANG MEMANG TIADA BUDI…

    Rahmati Tun..Ya Allah…

  31. ismadi Jul 19,2017 3:27 PM

    Salam Tun,

    Ya, memang benar. Kalau betul, bersumpahlah dengan nama Allah dengan memegang Al Quran dan mengikut adab bersumpah di dalam Islam.

    Berani kerana benar. Takut kerana salah.

    Mengunakan nama Allah SWT perlulah juga berani menyahut cabaran untuk bersumpah.

    Wallahualam.

Leave a Reply