MARUAH MELAYU 25

1. Saya kembali ke Kubang Pasu, kawasan saya dahulu, buat kali pertama untuk berbuka puasa di Kodiang selepas 14 tahun meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kubang Pasu.

2. Ramailah juga ahli-ahli UMNO Kubang Pasu yang hadir dalam acara iftar itu. Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada dalam UMNO.

3. Dalam ucapan saya, saya jelaskan bahawa UMNO sekarang bukan UMNO yang saya pimpin dahulu. UMNO sekarang bukan pun UMNO yang ditubuh pada 1946 oleh Dato Onn, UMNO yang mengalahkan Malayan UNION, dan mencapai kemerdekaan. UMNO sekarang telah dihijack oleh Najib untuk menjadi alat pelindung jenayah yang telah dan sedang dilakukan olehnya. Ia menggunakan duit Kerajaan dan duit 1MDB yang diselewengkan, untuk sogok ahli-ahli UMNO supaya terus menyokong dirinya. Sogokan ini dibuat melalui pelbagai cara.

4. UMNO Najib tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. Laporan Department of Justice Amerika menunjuk bagaimana berbillion Ringgit yang diselewengkan disalahguna, selain dari sogokan untuk mendapat sokongan; untuk cara hidup mewah. Duit diguna untuk beli kapal terbang, kapal mewah, hartanah dan bangunan mewah di Amerika dan UK, berlian beratusan juta Ringgit sebiji untuk isteri Malaysia Official 1, iaitu Najib.

5. Sebahagian besar berjumlah berbillion Ringgit yang diselewengkan diperolehi oleh sahabatnya Jho Low. Duit ini diguna untuk beli harta, untuk berjudi dan kehidupan mewah di AS dan UK.

6. Kita juga tahu bahawa di Singapura beberapa bank telah hilang lesen kerana terlibat dengan salahlaku wang 1MDB dan lebih enam orang didenda dan dipenjara kerana terlibat dengan penipuan duit 1MDB.

7. Penyokong Najib menuduh bahawa kononnya parti pembangkang termasuk saya terlibat dengan pengeluaran kenyataan oleh Dept of Justice Amerika. Amerika Syarikat bukan seperti Malaysia. Di Malaysia ada Perdana Menteri yang melalui wang dan ugutan mempengaruhi tindakan dan kenyataan oleh anggota Kerajaan. Di Amerika Presiden pun terpaksa menerima laporan berkenaan dirinya dari pegawai berkaitan dengan apa sahaja salahlaku olehnya. Dan Presiden biasa disingkir kerana perbuatan yang salah yang dilapor oleh pegawai agensi tertentu. Itulah yang menimpa Presiden Nixon kerana skandal Watergate.

8. Menuduh parti pembangkang di Malaysia mampu mempengaruhi Dept of Justice Amerika adalah satu kebodohan yang luar biasa. Dan duta besar Amerika telah menafikan tuduhan ini. Jenayah yang dilakukan adalah jenayah di Amerika, melibat bank-bank di Amerika, harta-harta di Amerika yang menyalahi undang-undang Amerika bernama Kleptocracy Asset Recovery.

9. Semua ini tentu diketahui oleh orang UMNO, terutama pemimpin mereka. Hanya yang telah disumbat dedak dalam mata dan telinga sahaja yang buta dan pekak yang tidak tahu.

10. Perbuatan ini sudah merosakkan negara yang dahulu dihormati dunia. Malaysia sudah disenarai dalam senarai 10 buah negara dengan tahap rasuah yang tertinggi di dunia.

11. Sokongan kepada Najib oleh ahli Umno bermakna mereka sokong jenayahnya dan sudah tidak lagi setia dan sayang kepada bangsa Melayu mereka, kepada ajaran Islam dan kepada negara mereka.

12. Seperti Najib mereka sudah jadikan wang tunai sebagai raja yang disembah. Secara langsung mereka mengkhianati bangsa, agama dan negara. Sudah tentu, bersama Najib, mereka mengkhianati parti UMNO yang asal. Malapetaka akan menimpa negara Malaysia ini kerana mereka sokong Najib.

13. Berhentilah dari mengkhianati UMNO yang sebenar. Tolaklah Najib dan keluarlah dari UMNO Najib untuk menyertai gerakan menjatuhnya dalam pilihanraya. Hentikan dari melindung makhluk perosak ini.

14. Tebuslah balik maruah Melayu, agama Islam. Janganlah begitu taksub kepada parti sehingga penyelewengan oleh parti pun tidak dipedulikan. Kembalilah kepada prinsip dan matlamat UMNO yang sebenar yang hari ini cuma berada dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

25 thoughts on “MARUAH MELAYU

  1. tamchi Jul 22,2017 6:41 PM

    Asalamualaikum, salam bertandang
    TerimaKasih sudi mengundang
    Di Kg. Baru, di sebelahnya padang
    InshaAllah esok kami datang…..

    #KamiTakRamai

    *
    tuaipadiantaramasak

  2. anti rasuah Jun 29,2017 3:12 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Puan Hajar,

    3. Tun, pada PRU-14, saya cuma akan undi PPBM jika PPBM bertanding sendirian (solo – bukan dalam PH).

    PPBM belum diuji lagi. Jika ada PRU kecil boleh diuji satu lawan satu antara PBBM dan UMNO, baru kita boleh nampak trend pengundi Melayu dan bukan Melayu.

    Pada saya PPBM wajar bersatu dengan PH untuk membuang Najis berat ini. Kita tidak perlu terlalu ego, akibatnya kita rakyat yang rugi kerana masa tidak pernah bergerak ke arah menyongsang.

    Sikap toleransi itu penting dan kena bijak mencatur pergerakan untuk kejayaan masa depan.

    Ini pandangan peribadi saya.

    Maaf, Selamat Hari Raya pada semua.

    Wassalam.

  3. Hajar Jun 27,2017 11:21 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. UMNO (asal) bernasib malang kerana ber-Presidenkan seorang yang liberal dan memiliki jati diri Melayu Islam yang lemah (sudah hilang jati diri bangsa), dan boleh dengan mudah diperkotak-katik dan diperguna oleh bangsa asing.

    2. Sepatutnya PM Najib @ Ah Jib Gor bukan Presiden bagi sebuah parti Melayu. Beliau pengkhianat parti UMNO (asal) dan kekorupan dan kelemahan beliau sebagai pemimpin (Presiden dan PM) amat memalukan bangsa Melayu (kerana beliau Presiden Parti berteraskan Melayu).

    3. Tun, pada PRU-14, saya cuma akan undi PPBM jika PPBM bertanding sendirian (solo – bukan dalam PH).

    4. Saya cadangkan PPBM bertanding di kesemua kerusi-kerusi yang UMNO tandingi. Saya yakin undi dari ahli-ahli UMNO (yang sudah hilang kepercayaan terhadap parti UMNO Najib) akan pergi kepada PPBM jika PPBM bertanding secara solo (cadangan ini dari saya sebagai rakyat biasa dan bukan berbentuk nasihat).

    5. Saya tahu amat sukar bagi PPBM secara sendirian untuk menang banyak kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, namun saya amat yakin PPBM akan menang beberapa buah kerusi Parlimen (jumlahnya cukup untuk menggugat UMNO Najib), dan ini akan menjadi kuasa penentu siapa (BN atau Pembangkang) boleh membentuk Kerajaan Persekutuan. Jika BN menang tipis (saya fikir BN akan menang tetapi dengan majoriti kerusi yang lebih kecil), PPBM pasti amat berguna kepada kedua-dua pihak (Barisan & Pakatan).

    6. Pada pandangan saya, lebih baik kalah secara berMARUAH dari menang ‘sorak tapi kampong mungkin habis tergadai…’ (dan mungkin tidak dapat ditebus kembali). Saya tidak nampak apa-apa kelebihan Pakatan Harapan berbanding BN. Saya tidak hadap subsidi air yang seciput, dan saya juga bukan penerima BR1M. Saya juga tidak ‘pandang’ pelbagai bentuk elaun (‘cash’) yang dijanjikan Pembangkang pada PRU-PRU yang lepas (sebenarnya Najib meniru ide-ide Pembangkang dalam hal pemberian elaun2, BR1M, etc.; Najib ‘belajar’ dari Pembangkang, bukan dari Tun M bila guna ‘cash – Cash is King’ untuk pikat pengundi).

    7. Kalah atau menang semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Jika PPBM ikhlas dalam perjuangan untuk menegak ‘Agama, Bangsa, dan Negara’, Insya Allah perjuangan ini akan mendapat rahmat (dipermudahkan) dari Allah SWT, dan kebenaran akan mengatasi kebatilan.

    “Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Tun sekeluarga dan semua umat Islam.”

    Terima kasih Tun.

    ** Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati Tun sekeluarga **

  4. Tanggang Jun 27,2017 3:34 PM

    Assalam Yg Bhg Tun,

    Peradaban Islam Melayu Melaka dahulu adalah sangat tinggi. Mereka membina satu kubu yang kuat yang dipanggil Kota Melaka. Kota ini jatuh ke tangan Portugis kerana disebabkan unsur2 khianat oleh orang dalaman. Cerita kepahlawanan dan pelayaran Laksamana Hang Tuah jauh sehingga ke Pulau Okinawa, Jepun.

    Dengan jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis maka berakhirlah kegemilangan peradaban Melayu Islam diTanah Melayu. Pembesar2 Sultan ketika itu berpecah ke Kota Tinggi, Johor dan juga ke Kuala Kangsar, Perak. Sultan itu juga cuba mendirikan semula Kerajan Melayu dengan mendirikan kota di Kota Tinggi tetapi telah diranapkan semula oleh Portugis sehancurnya bagi mempastikan peradaban Islam Melayu ini kekal menjadi abu di wilayah Nusantara ini. Semenjak dari itu tiada lagi Kerajaan bangsa Melayu. Mungkin ketika itu masyarakat Melayu cuma hidup untuk beribadat dan bekerja untuk terus hidup. Masyarakat Melayu ketika itu mungkin tiada lagi semangat untuk membina semula negara bangsa. Lebih2 lagi disebabkan ujudnya krisis dalaman didalam pentadbiran disebabkan oleh hanya seulas nangka. Mungkin semenjak daripada itu semangat untuk memperjuang dan mempertegakan maruah bangsa Melayu lenyap dari masa kesemasa. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tiada Akta Kerajaan Tempatan, tiada building by-laws, tiada Kanun Tanah Negara, tiada kerajaan untuk mengutip cukai GST.

    Selama 500 tahun masyarakat Melayu dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris. Tidak tahu bagaimana masyarakat Melayu dilayan oleh penjajah ketika itu. Mungkin tiada hak untuk bersuara, mungkin tiada hak untuk mengkritik, tiada hak untuk membina peradaban tamaddun sendiri dan sebagainya. Mungkin hidup masyarakat Melayu boleh dikatakan umpaya monyet2 yang dikurung didalam kurungan. Sekiranya monyet2 itu melompat2 untuk berusaha melepaskan diri mereka akan disimbah dengan air dan mengakibatkan kesejukan. Itulah yang dilakukan setiap kali sekiranya mereka ingin melepaskan diri. Akhirnya monyet2 ini akan diam mondok kerana takut disimbah air dan kesejukan. Sekiranya ada monyet baru masuk yang energetic untuk berusaha melepaskan diri, maka dia pun akan menghadapi nasib yang sama sehingga dia pun menjadi mondok juga. Mana monyet yang degil maka dia di gelar recalcitrant.

    Pada masa yang sama penjajah membuka ladang2 mereka, membuka lombong2 mereka dan membawa masuk beribu2 pendatang2 sehingga jumlah mereka sama dengan jumlah penduduk asal Melayu. Tiada isu mengenai maruah Melayu. Jika ada monyet yang memberontak maka dia akan ditangkap dan mayatnya digantung dengan kaki diatas selama satu minggu di dataran Kota Bharu. Monyet2 disimbah lagi dan terus mondok.

    500 tahun dibawah penjajahan adalah satu jangkamasa yang lama. Pemikiran masyarakat Melayu terus menjadi jumud dan kaku. Masyarakat Melayu tidak kisah lagi. Asalkan dapat beribadah dan asalkan ada kais pagi dan petang sudah mencukupi. Sekolah Melayu hanyalah untuk pandai membaca sahaja. Sekiranya untuk menjadi pegawai kerajaan maka pergi ke sekolah Inggeris. Tetapi sekiranya berjaya menjadi kerani pos adalah satu pangkat yang besar dikampung itu ketika itu.

    Kini negara sudah merdeka. Adakah isu maruah bangsa Melayu menjadi satu tekad dan azam semula didalam pentadbiran Melayu. Pada keamatan saya hanyalah dibawah pentadbiran Tun sahaja maruah bangsa Melayu diletakan ditempat tertinggi sekali. Usaha untuk mengembalikan semula maruah Melayu itu sentiasa diambil. Misal pengambilan alih beribu2 ekar ladang2 getah dan sawit kepunyaan inggeris, membina pelabuhan2 supaya negara tidak bergantung kepada negara luar Singapura, mengindahkan negara dan bandar2 dan maruah keberanian Tun menghadapi cabaran bangsa penjajah yang sentiasa berusaha untuk menjadikan negara kekal sebagai negara Islam yang mundur.

    Kini soal maruah bangsa tiada lagi mendapat tempat teratas. Walaupun Jambatan Bengkok itu sedang didalam pembinaan tetapi disebabkan terlalu takut untuk melawan pemimpin negara sanggup mengenepikan maruah negara dan membatalkan projek tersebut. Kini negara di selubungi oleh skandal 1MDB dicerca oleh masyarakat dunia. Akibatnya maruah negara dicerca lagi. Matawang ringgit jatuh merudum kerana tiada keyakinan pelabur terhadap negara. Tumpuan pelncong2 lebih banyak kenegara2 jiran ASEAN yang lain kerana negara Malaysia sudah boleh dianggap sebagai negara yang tiada maruah. Rakyat negara malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia ketika berada diluar negara. Bagi menutup salahlaku ini membayar kehilangan wang ini, bangsa Melayu dikurung semula didalam kurungan. Monyet disimbah semula.

    Wassallam Yg Bhg Tun.
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

  5. Fariq Islam Jun 27,2017 12:46 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Terbaca berita mengenai model Australia Miranda Kerr menyerah barangan kemas bernilai USD8 juta, yang dihadiahkan Jho Low kepadanya, kepada DoJ.

    Rasa sangat menggeramkan. Penyeleweng duit Negara sanggup hidup mewah-mewah belaka, sampai tahap menghadiahkan berlian berjuta-juta untuk memikat hati perempuan, sedangkan betapa ramai Rakyat yang hidup menderita kerana kos hidup yang melambung tinggi.

    Kalau berbanding dengan tauke-tauke skim permainan duit/ cepat kaya, si celaka ini lebih teruk lagi. Bagi skim-skim permainan duit, pelabur-pelabur rela mengambil risiko dan tidak menyentuh duit Negara. Namun, si celaka ini memboroskan duit Negara demi keseronokan diri.

    Kalau hari ini, kerajaan sanggup membeku duit pengusaha skim permainan duit, maka kerajaan lebih patut membeku, menyita dan merampas hartanah dan duit yang dimiliki si celaka dan keluarganya di Malaysia!

  6. wajaperak Jun 27,2017 8:11 AM

    Assallammualaikum Tun.
    Mohon ruangan.

    tagosan4

    [Pusing kanan , Pusing kiri . Rci forex sama cerita 1MDB]

    And when the Word is fulfilled against them (the unjust), we shall produce from the earth a beast to (face) them: He will speak to them, for that mankind did not believe with assurance in Our Signs.

    — Qur’an, sura 27 (An-Naml), ayat 82[1]

    Tun pada pendapat saya atau lebih tepat lagi mengikut kepala otak saya,binatang yang dimaksudkan binatang yang benar boleh berkata-kata.Tetapi kalau mengikut ayat al quran yang lain..

    Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” ~ Al-A’raaf : 179.

    Saya rasa itulah sebabnya Allah terus menerus menyuruh kita menegakkan keadilan..

    Teruskan perjuangan Tun.Di akhirat semua orang akan menyesal..

    YANG PALING BANYAK MENYESAL…???

    Terima kasih Tun.

  7. Ingat Akhirat Jun 26,2017 9:06 AM

    Salamalikom Tun Dr. Mahathir.
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri Tun dan Toh Puan.
    Teruskan perjuangan Tun.
    Sesungguhnya ayat2 Tun akan kekal menjadi pendorong dan ilham melawan yang mungkar dan bathil.
    Bagi saya, selagi sesiapa yang memerintah Malaysia menyanjung Najib dan/atau berprinsipkan amalan2 bathil, selagi itu ayat2 Tun akan menjadi “ilmu yang dimanfaatkan” walaupun Tun telah tiada. Ameen.
    Dan barang siapa yang tidak memperbetulkan perbuatan2 yang salah, selagi itu dosa akan berpanjangan.
    Najib,
    Cara taubat yang betul adalah mengakui dosa2 yang dilakukan dan balik kepangkal jalan, iaitu, balik menjadi ahli biasa UMNO dan bukan kekal sebagai Presiden yg masih bertangan kotor….
    Allah Maha Menerima taubat.

    Ingat Akhirat.

  8. Mat.Tandang Jun 26,2017 12:02 AM

    Selamat tinggal umno, rest in peace.

  9. Mat.Tandang Jun 25,2017 11:30 PM

    Tun,
    Warga emas kebanyakan nya tidak terima maklumat,
    Sesuai dgn kata kata, maklumat di hujung jari,
    Sy tidak pandai untuk memberi penulisan yg bagus, tetapi sy mengambil hati pengundi pengundi warga emas ini yg tidak pernah mereka gagal mengundi setiap PRU,
    Sy berjanji setiap undi bukan untuk umno tapi untuk BERSATU

  10. Mat.Tandang Jun 25,2017 10:56 PM

    Tun,
    Apa yg boleh sy bantu ialah ketika raya ini berjumpa dgn peneroka kawasan Bera dan mengajar cara menggunakan telefon pintar ini,
    Sy cadangkan mereka membeli tak dpt yg mahal yg ekonomi pun sy bantu ajar,
    1.Sy ajar mereka guna YouTube, untuk mendengar ceramah Tun, ceramah YB Rafizi, parlimen Malaysia dan chedet blog.
    2.Kebanyakan peneroka susah untuk kita terangkan keadaan sebenar, krn sy bukan pakar, tetapi melalui YouTube semua pakar ada dalam tu.
    3.Sebagai hiburan sy ajarkan tentang Wasap,
    4.Nampaknya hari ini ada seorang pak cik yg boleh terima dan bakal meninggalkan umno.

  11. sharklasers Jun 25,2017 2:56 PM

    Tun,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

    Mungkin benar manusia memang tidak berkuasa menentukan nasib kita sendiri – undi demokrasi pun belum tentu dapat memilih kerajaan yang akan berjasa kepada rakyat dan negara.

    Mungkin alam semesta ada mekanismanya yang tersendiri untuk menentukan nasib individu bahkan negara.

    Buddha pernah bercakap “Nothing lasts forever – not even the universe”. Apabila kuasa sudah kekal lama dalam tangan seseorang individu atau organisasi, perubahan bakal berlaku.

  12. Fariq Islam Jun 25,2017 1:48 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Ahli-ahli politik tanahair kita kenalah berpolitik secara beretika. Tindakan segelintir pemuda PPBM membuat laporan polis untuk menyiasat anak-anak Tun sangat memalukan, disindiri dan diketawakan! Sekiranya tak percaya akan pemimpin parti, baik menyertai yang lain.

    Nyata sekali, golongan ini “dibeli”. Untuk Negara kita tampil selangkah ke hadapan, patut juga arena politik menjadi lebih matang. Haruslah ahli-ahli politik berfokus ke atas dasar-dasar, polisi-polisi dan prinsip-prinsip yang memberi kesan ke atas kepentingan Negara. Janganlah berfokus ke atas kerja-kerja untuk menganiayai pihak lawan sahaja.

    Maaf, Zahir dan Batin.

  13. SSLEE Jun 25,2017 11:39 AM

    Dear Tun Dr. Mahathir,
    Allow me to wish all our Muslim Brothers and Sisters Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohan Maaf Zahir dan Batin.
    Semoga Tun dan isteri sekeluarga Sihat Sejahtera Selalu.

    Dear Tun,
    Our learned AG said it again: “Bar’s call on Doj action makes no sense”
    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/06/24/apandi-bars-call-on-doj-action-makes-no-sense/
    Why an elephant in a room can be invisible to our learned AG?
    Malay of today is in contradiction. We have well educated, intelligent, knowing their job well, hardworking, sincere, trustworthy with worldwide view and had served Malaysia with honour and distinction. (I take my hat off to ex-Bank Negara Governor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz and honourable G40) We also have well educated but not knowing their job well, yet promoted to position of power/important because of their political string and thus beholder to MO1. (They are prepared to be misused and abused by MO1). We have religious types with their overzealous to be seeing as revered and true Muslim readily abandon their Malay Culture and Adat Istiadat with Arabisation. We have elite types thinking they have special right over other and demand special treatments even when they are in foreign country. We have those felt oppressed or restricted when in Malaysia thus celebrating Merdeka over-zealously when they are over-sea. We have government servant and politicians who have no guilt or shame-feeling in taking bribe as if taking bribe is part of their jobs. We have working class, working overtime or needed to hold two or three jobs (as suggested by a Minister) in order to provide life necessities for their family. (Malaysians need skill upgrading and higher pay. Unfortunately the Malaysian industry model is still stagnant at this low-cost based industry as not enough effort is made to upgrade our industry to higher value and higher income industry.) We have traditional types wanting to continue with their traditional way of life. Lastly we have opportunist politicians and religion extremists indoctrinating and imprisoned the Malay mind in the name of protecting their special right and religion. What types of Malay emerge from these contradictions will determine whether Malaysia will be a progressive or regressive, liberal or repressive country or worst of all a kleptocracy fail state.
    My hope is that the Malay must realize that this country future falls heavily on their shoulders.
    Thank you.

  14. whacko Jun 25,2017 11:31 AM

    Salam Tun,
    Selamat Hari Raya Adil Fitri dan Salam Sejahtera.
    Sepanjangan hidup saya melebihi 60 tahun, memang saya penyokong tegar UMNO walaupun saya bukan ahli. TV3,Utusan Malaysia ialah surat khabar saya langani. Walaupun UMNO tidak sempurna, tetapi saya boleh memaafkan nya kerana bukan mudah bagi sesaorang Presiden hendak membetulkan kesalahan semua ahlinya. Di hari mengundi, kita memangkah lambang Barisan bukan siapa calunnya. Saya sayang UMNO kerana itu sahaja lah sabuah pertubuhan Melayu yang telah terbukti dapat menjaga kepentingan orang Melayu. Parti politik Melayu yang lain itu hanya sehebat penjual ubat di tepi jalan sahaja.

    Tetapi sekarang, kepercayaan saya kepada UMNO, TV3,dan saluran media kerajaan telah hilang kerana percubaan angkuh mereka bagi menutup kesalahan pemimpin2 dengan cara memperbodohi dan merendahi daya pemikiran rakyat. Apa salahnya memberi kenyataan tentang salah laku pemimpin2 dengan sabenar-benar nya. Rakyat bukan lah sebodoh itu hingga tak dapat menimbang mana yang betul dan yang mana yang tidak. Malah ada kalanya, rakyat dapat memaafkan sakiranya Pemimpin sedemikian mengakui dan memohon maaf dengan ikhlas.

    Sekarang, selagi UMNO dipimpin oleh mereka yang rasuah dan menyalahi kuasa, tidak mustahil orang saperti Jamal Yunos boleh jadi Perdana Menteri kemudian hari. Saya dan ramai lagi dengan sedihnya ingin menyatakan selamat tinggal kepada UMNO dan Barisan. Ia akan menjadi sejarah – terkuburnya UMNO kerana PEMIMPIN nya!

  15. Mat.Tandang Jun 25,2017 1:13 AM

    Mula mula untuk keluar dari umno ni mmg susah, liat mcm taik kera, kerana kepala asik baca blog umno utk cari modal hentam pembangkang,
    Cuba sekali hangpa baca blog yg lain untuk check and balance, sedikit demi sedikit candu candu yg dok ada dlm kepala anda akan terhakis,
    Bila dah kurang candu ketika itu kesedaran akan menjelma, hangpa semua akan rasa macam baru terjaga dari tidoq yg mimpi mimpi indah itu cuma mainan atau umpan supaya hampa buta,
    Bila buta itu sudah celik semula, hangpa akan mendapat fikiran baru yg lebih peka dan bijak menilai,

  16. Mat.Tandang Jun 25,2017 12:58 AM

    PRU13,
    Setelah selesai org rumah pangkah undi di kg
    Dari Bera ke Puchong sy bekejar balik utk giliran sy pangkah undi utk BN,
    Lihat dulu betapa tegar dan setia pada umno,
    Tidak kah terbuka akal fikiran hangpa semua setelah Tun bercakap panjang lebar dgn bukti semua,
    Inilah yg dinamakan berhijrah dengan membawa maruah,
    Sudah tahu makna maruah akan tahu untuk berhijrah,
    Yang tidak berhijrah ini masih fikir umno pembela Melayu akan menjadi bangsa yg bangsat dan dungu,
    Sudah terang lagi bersuluh, apa yg nak ditunggu lagi,
    Tak reti reti bahasa ke,

  17. Mat.Tandang Jun 25,2017 12:41 AM

    Tun yang dikasihi,
    Ada diantara yg hantar komen adalah pengkhianat bangsa,
    Tak habis habis back up najib yg bakal hilang jawatan tak lama lama,
    Ini pesanan saya pd mrk yg tegar pd najib,
    Hangpa dah terlambat utk pujuk rakyat Malaysia,
    Kami tak sabar sabar nak tunggu PRU tahun ini,
    Semua ahli kabinet dgn ketua hangpa kena siap sedia cari kedutan mana mana negara utk suaka politik,
    Krn kamu bakal menjadi puaka politik,
    Dan utk pengetahuan hangpa,semua pintu sudah tertutup,
    Cuma ada satu pintu sentiasa mengalu alukan kedatangan hampa, itu ada di Sg Buloh, bilik First Class siap toilet,
    Ada lagi sambungan ni, tapi aku htr yg ini dulu,

  18. adelheid Jun 24,2017 11:34 PM

    Dear Tun,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri Tun Dr. Mahathir and Tun Dr. Siti Hasmah.
    Semoga Tun dan isteri sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
    Semoga Tun diberi kekuatan serta usia yang lanjut kesihatan untuk dapat melihat negara tercinta terselamat daripada pemangsa pemerintah yang mencuri duit rakyat ini.

    Tun, just want you to know that my family and I are with you. We are ready anytime when election is called, we will vote Pakatan Harapan. Though it may not be easy to defeat the one with power and money since Najib thinks that cash is king, but soon they will know that the will of the people, people power, will move even mountains, and push Najib off the cliff.

    Take good care dearest Tun Mahathir. Stay strong and be safe always okay. Love you Tun and Tun Siti Hasmah. May God bless you two always.

  19. Fariq Islam Jun 24,2017 9:17 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Selamat Hari Raya.

    Alangkah pilunya maruah bangsa kita tergugat dan terjejas, kerana budaya kerja yang kurang beretika di kalangan golongan-golongan yang tertentu, di mana sumber-sumber telah disalahguna dan diseleweng, demi poket maksiat-maksiat ini!

    Namun, janganlah pula kaitkan skandal politik dengan maruah bangsa, kerana kebanyakan generasi muda kita mahukan kerajaan yang bertanggungjawab, pemimpin yang bersih, semangat muhibbah dan perpaduan antara kaum dan keadaaan hidup aman damai.

    Apa yang kita lihat hari-
    – Sumber kerajaan tidak diurus-baik
    – Pemimpin dihantui skandal
    – Kepincangan masyarakat majmuk berlaku, disebabkan soal keagamaan dan warna kulit
    – Kos hidup melambung tinggi sehingga ramai yang sengsara

    Kita berdoa agar keadaan pulih. Maaf Zahir Batin.

  20. rimba.emas Jun 24,2017 2:05 PM

    Salam Tun.

    1. Setelah sebulan berpuasa tanda mematuhi perintah Allah s. w. t akhirnya kita di beri nikmat untuk Berhari Raya.

    2. Pastinya yang patuh mengerjakan rukun ini sebagaimana yang di kehendaki Allah s. w. t umpama menjaga MARUAH diri juga.

    3. Sebab kalau MARUAH TERCEMAR ia akan meninggalkan kesan yang berpanjangan dalam kehidupan.

    4. Kita wajib menjaga maruah diri dan maruah orang lain.

    5. Menjaga maruah satu sifat yang dikehendaki semua agama .

    6. Maknanya tidak tepat kalau kita kata tuduhan ini fitnah kepada rakyat sebangsa dan seagama.

    7. Sedangkan pada rakyat bangsa dan agama lain bukan satu fitnah kepada mereka.

    8. Kita juga lupa maruah yang di sembunyikan tidak pada tuhan. Lebih-lebih lagi ia sifat yang di kehendaki pada tuhan agama lain.

    9. Maruah diri kita termasuk maruah bangsa.

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada Tun berdua serta rakan-rakan ‘Chedet’.

    Wallahua’lam.

  21. musato Jun 24,2017 7:51 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Sebenarnya saya tidak merasa gentaran walau sedikit pun bila Tun beritahu yang Najib boleh buat macam macam untuk menang pilihanraya. Tak goyang pun.

    Setakat isu dari mana datang harta kekayaan anak anak Tun, memang Tun dan keluarga dah kaya raya dan jutawan tulen pun. Apa nak kisah sangat setakat main usik usik oleh budak budak hingusan. Lagipun dengan kekayaan itu akan membantu negara satu masa nanti. InsyaAllah.

    Yang bising bising tu kita buang sajalah. Tak guna simpan lama lama. Pakai baju merah PPBM siap masuk tv3 bawa isu remeh temeh perlekeh Tun Mahathir.

    Pada pandangan saya terdapat satu perkara yang tidak begitu jitu dalam perjuangan yang dibawa oleh Tun kali ini.

    Seperti saya katakan, perjuangan ini bukan seperti perjuangan jihad pada zaman sebelum merdeka. Di mana rakyat ditindas disepak terajang oleh tentera Jepun.

    Sekarang adalah proses di mana Tun melihat negara kita semakin menuju ke arah belakang dan rakyat masih tidak menunjukkan tanda tanda bantahan secara besar besaran.

    Terdapat tanda tanda positif dalam pengamatan saya dalam keadaan sekarang yang bukan berkenaan politik. Saya tidak mahu meruntuhkan apa yang bagus dan telah ditanam sekian lama oleh guru guru dan alim ulama terdahulu.

    Saya fikir tugas Tun sekarang adalah cuma perlu menyediakan sebuah parti dan pakatan yang utuh untuk bertanding dalam pillhanraya.

    Yang lain lain InsyaAllah, akan menyusul kemudian hari.

    Saya tidaklah alim dan warak. Bukan pelajar aliran agama sekalipun. Tetapi apabila Allah kata jadi, maka jadilah ia.

    Tun jangan risau sangat. Ambil masa untuk berehat dan tenangkan fikiran.

    Apabila kita telah berusaha bersungguh sungguh, maka tawakal adalah selepasnya. “Aku bertawakal kepada Mu Ya Allah”

    Terima kasih Tun.

  22. tagosan4 Jun 23,2017 10:19 PM

    Pusing kanan , Pusing kiri . Rci forex sama cerita 1MDB

  23. anti rasuah Jun 23,2017 8:46 PM

    Asalamualaikum Tun.

    Maaf Tun berhubung dengan politik, ahli parti politik sekarang, sejak 20-30 tahun yang lalu saya amati di peringkat cawangan dan bahagian sememang kotor dan menjijikkan. Khususnya UMNO di tempat kelahiran saya. Sebab itulah saya tidak berminat dengan politik walaupun ada “permintaan” dari sahabat-sahabat saya yang aktif berpoliik agar saya masuk dalam sesebuah parti politik dan bertanding untuk jawatan penting. Saya rasa diri saya terlalu jujur dan tidak sesuai menjadi orang gulungan pertengahan dan hanya sesuai menjadi orang no 1 dalam sesebuah parti kerana hanya orang no 1 saja yang boleh mencorakkan sesebuah parti dengan sokongan ahli-ahli. Saya cukup yakin jika saya PM, rasuah dalam Malaysia mampu mennghampiri ke angka sifar. Masa saya diperingkat persekolahan dahulu, ibu saya inginkan saya menjadi seorang peguam. Saya tidak membantah dan ibu tidak memaksa tetapi dalam hati saya pada belasan tahun menganggap kerjaya peguam amat berlawanan dengan prinsip saya. Ini kerana saya tidak mampu membela orang bersalah untuk meyakinkan orang lain agar menjadi orang yang tidak bersalah. Saya juga tidak mahu senang atas kesusahan orang lain.

    Dalam perkara yang sama Tun, MARUAH MELAYU. Sebenarnya saya kini sejak Najis dan Dollah menjadi PM, saya semakin segan mengaku saya seorang Melayu. Di luar negara jika ditanya saya berasal dari mana? Saya menjawab saya orang Indonesia. Bila saya ke Indonesia, saya mengaku saya orang Singapore.

    Bagi saya Tun, Melayu sekarang ini sebahagian besar dalam UMNO juga parti lain adalah terkandung dalam fasa (3) di atas:

    UMNO sekarang telah dihijack oleh Najib untuk menjadi alat pelindung jenayah yang telah dan sedang dilakukan olehnya. Ia menggunakan duit Kerajaan dan duit 1MDB yang diselewengkan, untuk sogok ahli-ahli UMNO supaya terus menyokong dirinya. Sogokan ini dibuat melalui pelbagai cara.

    Setuju juga dengan fasa (11):

    Sokongan kepada Najib oleh ahli Umno bermakna mereka sokong jenayahnya dan sudah tidak lagi setia dan sayang kepada bangsa Melayu mereka, kepada ajaran Islam dan kepada negara mereka.

    Ini bukan sahaja dari ahli-ahli UMNO malah dari parti lain seperti PAS juga jika bersetuju dengan Hadi Awang untuk berbaik dengan Najib bererti menghalalkan perbuatan KOTOR Najis.

    SEBENARNYA TUN, MAJORITI YANG BERPARTI UMNO, MEREKA MAHU HIDUP UNTUK MENDAPATKAN GANJARAN. BEGITU JUGA SAYA DENGAR ADA PENAJA PBBM YANG “KONONNYA” MEMBUBARKAN PBBM. UNTUK APA MEREKA INI LAKUKAN INI SEMUA TUN MELAINKAN ADA KEPENTINGAN PERIBADI.

    SEBAB ITULAH SAYA BERANGGAPAN PARTI POLITIK YANG BERADA DALAM MALAYSIA INI TIDAK MENCERMINKAN JATI DIRI DAN MARUAH YANG SEBENAR. KHUSUSNYA SEKARANG, KEBANYAKANNYA MEREKA HIPOKRIT. LIHATLAH NAJIS DAN MEREKA YANG DISEKELILINGNYA, SEMUANYA MENGUTAMAKAN PANGKAT, KUASA DAN WANG.

    Tetapi Tun, saya tetap menyokong perjuangan Tun untuk menjatuhkan Najis Razak.

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA, MAAF, ZAHIR DAN BATHIN.

    Wassalam.

  24. musato Jun 23,2017 5:09 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Buat apa nak sedih Tun.

    Kita ni pemimpin Tun. Mereka adalah rakyat. Mereka mampu setakat tu je Tun. Mereka pun nak hidup. Selagi tidak makan duit dan makanan haram, biarlah mereka dengan keahlian UMNO tu.

    Mungkin mereka tidak faham akan perasaan kita ni Tun. Sakit mata dan hati memandang. Biarlah, asalkan nanti mereka di Kubang Pasu akan memangkah PPBM PRU 14 nanti. PPBM kena bertanding di sana.

    Tugas memimpin bukan tugas sebarangan. Bukan sebarangan orang boleh menjadi pemimpin. Rasulullah saw melarang kita meminta minta jawatan. Bahkan jawatan tidak akan diberikan kepada yang tidak berkeupayaan memikul beban memimpin.

    Bila menceritakan beban memimpin, berat bahu memikul, berat lagi mata memandang.

    Usahlah kita berkeluh resah beratnya menjadi memikul beban memimpin. Kerana hanya Allah swt yang mengurniakan jawatan pemimpin kepada manusia yang dikehendakiNya.

    Bagi yang tidak layak, terimalah sumpah dari Allah swt. Segala keaiban akan terbongkar, manakala yang diperkenankan olehNya, keaiban ditutup rapi selama lamanya. Maha Suci Allah.

    Redha. Syukur dan terima kasih Ya Allah. Semoga Engkau memimpin kami ke arah jalan yang benar, dan jauhilah kami dari jalan orang yang sesat dan masukkanlaj kami dalam syurgaMu Ya Allah.

    Perkenankanlah.

    Terima kasih Tun.

Leave a Reply