BARAKAH 29

1. Saya amat gembira kerana dapat meringankan sedikit tekanan sara hidup penduduk Pulau Tuba, Langkawi.

2. Penduduk Pulau berkenaan tahu bahawa lawatan saya akan disusuli dengan lawatan pemimpin-pemimpin UMNO.

3. Bukanlah mereka gembira dengan lawatan orang UMNO ini. Kata mereka “menyampah”.

4. Tetapi orang-orang ini akan bawa kotak plastik besar yang dilabel “Barakah”. Dalam kotak-kotak ini terdapat tepung, gula dan minyak masak dan lain-lain.

5. Ini adalah hadiah dari Dato Sri Najib khusus kepada orang kampung yang dilawati oleh saya dan tokoh-tokoh Parti Pribumi.

6. Selain dari itu, jika terdengar saya akan buat lawatan, Najib akan dahului saya. Pulau Tuba akan dapat stadium mini dan jalan tar dari Najib kerana rancangan saya melawat pulau itu.

7. Banyaklah kampung-kampung yang menjemput saya untuk buat lawatan. Dan saya akan cuba membuat sebanyak lawatan yang mungkin kerana ini adalah satu cara bagi saya menolong rakyat mengatasi beban hidup rakyat kerana dasar Kerajaan Dato Sri Najib.

8. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang sanggup kongsi dengan rakyat Malaysia duit yang diperolehi dari 1MDB, walaupun tidak halal.

29 thoughts on “BARAKAH

  1. Karl Iskandar Apr 12,2017 8:01 AM

    For their own good, people of an emotional caliber the level of the unnamed housewife, need to get their facts right first. Opening her mouth too soon before she opens her mind could get her choked on unhealthy stuff.

    Cruel to be kind, sometimes a loving whack on her back is what she needs in order to vomit that stuff out…

  2. HouseWife Apr 11,2017 9:02 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Ride on Tun! Strive your dreams and fulfill our dreams for a better Malaysia to leave to our children, our future generation. You have everything to gain and nothing to lose.

    That is very cunning strategy, Tun so they thought and they got caught with it. Wherever you go they want to go too. Whatever you do they want to do too. So these places that you put foot on, that they have neglected and forgotten, will get all the durian runtuh and when will that be – before, after or during PRU? Are they scared of losing out to you or feeling uncertain of themselves? I can’t help guessing why they want to do that, follow you around like a stalker outside or in your alam maya – either they’re missing you or that they’re losing the human moment that cannot be ignored. Human beings need human contact for their mental sharpness as well as their emotional well-being which means they need you for their own survival – to be known, to be seen, to be acknowledged and to be accepted. Where is your next destination, Tun – that’s where they’ll be.

    Tun, our physical problems stemmed from our deeper issues in our lives – like “My heart is aching because my child is ill. I lost my job and I’m scared I can’t pay the bills. I’m depressed because he abused me.” How do we cope with these facts – facts that we feel? Will we be destroyed by feeling it?

    The purpose of feeling your feelings is not to get rid of them but to fulfill their purpose which is to bring out your awareness to the things in your lives that need your attention. When we feel our feelings, they complete this mission.

    So Tun, now you are on the greatest mission of your life and you feel that it needs your attention and you feel the responsibility to expose the facts and the truth. Facts care only for those who feel them – they who feel the pain of injustice, inequality, oppression, abusive of power, leadership with iron fist, government of corruption.

    What more to say. Tun, you know why you do what you have to do, all in the name of this beloved country, the people and religion. May Allah forever bless and protect you. Thank you Tun.

  3. The Hidden Secret Apr 11,2017 12:46 AM

    Jib… Tak de plan nak hantar barakah ke Pulau Ketam? Jib hantar barakah ke Pulau Tuba je? Istimewa sangat Pulau Tuba tu ye Jib?

  4. paan Apr 10,2017 9:01 AM

    Salam tun,

    Kpd penyokong2 najib..jgn diikut prangai tuan kamu tu..kerana takut kedudukan terancam sgala jasa2 Tun slama jd PM ditolak ketepi..jgn dilupa sgala pngorbanan, prjuangan, usaha, buah fikiran Tun memajukn Malaysia slama ni..jgn rasa bongkak sgt sbb kesenangan yg kita ada skarang ni sikit sbyk pn hasil dr pimpinan Tun sikit masa dulu..

    Kalau pn perjuangan kamu semua skarang x selari dgn perjuangan Tun skarang..jgn jadi mcm kacang lupakn kulit..jgn jd BIADAP semata2 nk menangkn pemimpin idola kamu sekarang..pencapaian Najib skarang masih jauh klu nk dibandingkn dgn Tun dulu..baik hal dalaman negara mahupun hubungan luar negara..

    Kena ingt juga baik buruk satu2 pimpinan kerajaan tu bkn diukur pd analisis luar negara atau majalah2 luar tp pada rasa n kata2 RAKYAT negara tu sndri..

  5. Karl Iskandar Apr 10,2017 8:40 AM

    The fact that DrM neglected the people of Pulau Tuba throughout his entire tenure as PM and ex-PM, but only now making a cameo appearance for the sake of vote count speaks volumes of ayaq lioq honesty ala-DrM political manipulation.

    An unnamed housewife or people of her emotional calibre can go on and on pouring their convoluted and missorted feelings to hoodwink uninformed readers into making the wrong conclusion.

    For these people, I’ll say it point blank, Facts Don’t Care About Your Feelings. Meroyan will not see you thru the hard realities of life, so you will dream on and sleepwalk and again go back to whacking yourself to sleep like a rock, like a batu.

    If we’re gonna build this country on feelings and emotional rants like how DrM is doing now on his childish senile adventures, spinning lies, suspicions and hatred to satisfy his agenda, then we Malaysians are all gonna be falling into a deep deep sleep…

    DrM has a dream. So do his cronies who follow that same dream. Do you?

  6. anti rasuah Apr 10,2017 7:21 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Karl, sebenarnya Tun tidak risau tetapi sedih dengan mentaliti segelintir orang kampung dan orang seperti kamu yang tidak tahu membezakan yang mana “intan” dan yang mana “kaca”. Bagi orang seperti kamu semua duit rakyat yang ditaburkan oleh Najis kepada rakyat adalah betul dan baik.

    Umpama cerita 3 abdul, anak yang enjoy dan joli sakan akhirnya papa kerana menggunakan hasil kekayaan bapaknya dengan cara bodoh. Akhirnya ianya akan menyusahkan orang lain.

    Begitu juga halnya dengan wang kerajaan (milik semua rakyat BUKAN NAJIS) yang selalu digunakan untuk ditabur kepada golongan tertentu sahaja tanpa diguna untuk pendekatan yang lain jauh berfaedah untuk rakyat dalam jangka masa panjang. Adakah kaedah Najis menabur duit BR1M itu mampu mengubah ekonomi kumpulan yang dikatakan susah????

    Sebenarnya rakyat yang dikatakan susah sekarang ini kesilapan kerajaan Najis yang berbelanja melebihi pendapatan negara, mengakibatkan hutang negara semakin hari semakin bertambah. Sepatutnya diwaktu dikatakan krisis ekonomi dunia ini kerajaan lebih berkhemah berbelanja. Malangnya kerajaan Najis berbelanja seperti Rosmah berbelanja. Duit rakyat ditadbir oleh pemimpin yang boros seolah-olah duit rakyat macam bapak dia yang punya. Dia semakin kaya, keseluruhan rakyat semakin tenat dengan terpaksa memikul segala KEBODOHAN Najis seperti tol yang tinggi, minyak tanpa subsidi, GST, kos hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang semakin tinggi dan tidak mampu dimiliki kebanyakan rakyat berpendapatan sederhana dan ke bawah, dan banyak lagi.

    Kami bersependapat dengan Tun, cara Najis menguruskan negara tidak wajar dan jika ianya berterusan keadaan ekonomi negara semakin parah. Oleh itu kami bersependapat Najis wajar disingkirkan.

    Untuk PRU14 Tun, kelihatan PAS mahu bertanding disemua kerusi parlimen??? Jika pembangkang tidak bersatu satu lawan satu, hasrat menjatuhkan Najis tinggallah angan-angan mat jenin saja Tun. Fikirkanlah jalan terbaik.

    Wassalam.

  7. HouseWife Apr 10,2017 1:35 AM

    Assalamualaikum Tun,

    Inilah hasilnya daripada didikan Umno…seperti orang Melayu yang terterjun ke chedet, dua species sejenis sejoli sejati yang kurang diajar tata susila dan sopan santun dalam penyampaian penulisan buah fikiran dan pendapat yang tidak mencapai kpi untuk dibawa ketengah dibincang secara ilmiah sebab intipati penuh kebencian dan hasad dengki.

    Tapi ni bukan pasai depa dua ni bukan juga pasai Tun, ni pasai kita, kami, kamu, awak, kau, dia yang bernama MALAYSIA! Malaysia yang perlu diselamatkan.

    Tun, tidak mengapa…capailah kami ni dengan air liur Tun, dengan peluh penat lelah Tun, dengan ketajaman mata pena Tun, dengan ketukan jejari di keyboard Tun tanpa memberi habuan berupa wang ringgit dan benda2 duniawi. Ia lebih mulia dan insyaAllah mendapat barakah dari cara mereka memesong hati Malaysia dengan habuan2 duniawi. Ia lebih melapangkan dada dan menyenangkan hati Malaysia, tidak rasa disempitkan, tidak rasa dicengkam, tidak rasa sesak dan seksa…rasa free, bebas dan aman!

    Depa ni hanya nak nama, kedudukan dan kemasyhuran sebab itu depa jadi mudah lupa…kaum MelayuUmno menindas kaum mereka sendiri. Mereka inilah yang menekan, memesong dan mecengkam pemikiran orang2 kampong dengan segala habuan wang ringgit dan janji2 manis supaya orang2 kampong ini tetap memilih untuk bersama mereka yang memberi.

    Tun, terlintas dihati terfikir adalah mudah mengubah hati musuh daripada orang2 sendiri…kerana apa ya, Tun? Kerana hati mereka ini dah jadi semakin keras dan biadap dek termakan terlampau banyak dedak. Mereka inilah yang menjadi pemimpin2, ketua2, penghulu2, pengiring2, pengikut2 di bahagian2, cawangan2, kampong2, kelab2, institusi2, ajensi2 kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka ini dah lama membiak2 dan berpinak2 sehingga menjadi satu kaum yang maha kuasa, maha sombong dan maha degil. Apakah mereka ini boleh diselamatkan, lebih menarik persoalannya adakah mereka mahu diselamatkan? Tepuk dada tanya selera. Tun dah ajar didik mereka dan memberi amaran jangan langgar prinsip penubuhan Umno tetapi mereka anggap diri sudah gah dan melawan Tun, mereka inilah Melayu mudah lupa.

    Tun, kenapa orang2 kampong yang menjadi nelayan, pesawah, petani, penoreh, tukang kayu masih dilabel miskin? Setiap tahun mereka ini dibelai dengan pelbagai projek pembangunan dan diberi berpuluh2 ratus ringgit. Tak tahulah dah berapa banyak kali dihulur ini dan itu, dijanji langit dan bumi tapi dok miskin juga (sebagaimana dilabel oleh si nak habaq mai tu). Kenapa tak berubah2, kenapa dok miskin lagi? Adakah sebab dok suap dan suap tiap2 bulan, tiap2 tahun sehingga berat nak angkat tulang empat kerat? Adakah kejam kalau katakan mereka ini dididik menjadi malas dan ambil mudah dan senang?

    Patutlah perjalanan hidup orang2 kampong masih ditakuk lama. Mereka yang berkuasa dan berkedudukan tak mahu orang2 kampong hidup terlampau berkembang kehadapan, terlamapu educated, terlamapu kaya dan terlampau senang kerana supaya mereka sentiasa dapat cengkam orang2 kampong seolah2 mereka bergantung hidup dengan suapan2 dan pemberian2 daripada yang berkuasa dan berkedudukan.

    Sampai bila orang2 kampomg ni nak dibela dan dibelai dengan “duit sharing gst”? Duit gst ni hasil daripada mencekik darah rakyat jelata, termasuk orang2 kampong sendiri. Maka maknanya “duit sharing gst” ni berupa wang datang daripada airmata darah rakyat, kan begitu…bukan daripada hasil untung pembangunan bisnis 1MDB kerajaanMO1 (selak balik tujuan asal (konon) kewujudan 1MDB). Merompak daripada rakyat, hasil rompakan dipulang kepada rakyat, itu gst. Bagai yang tak kena.

    Mohon Allah lindungi Malaysia daripada terpedaya dan tertipu. Mohon Allah jauhi barakah yang songsang. Semoga Allah permudahkan jalan dan makbulkan segala urusan ikhlas Tun demi negara, bangsa dan agama. Semoga Allah sentiasa lindungi dan berkati usaha2 murni Tun. Jaga kesihatan Tun baik2 dan terima kasih Tun.

  8. sibotak Apr 9,2017 10:22 PM

    I wonder if Najib have enough Dedak for the whole Malaysia
    Instead of just Pulau Tuba

    Lets the Fight begin
    Dedak vs The Truth & Genuine
    Kaca & Permata

  9. tagosan4 Apr 9,2017 10:09 PM

    When you were Prime minister , Did you do what Pm Najib do to Pulau Tuba ? Never !!! you let them languish in poverty .Suddenly , you mention them in your blog .It is nothing more than publicity stunt . As wise man , I am advising you that you are fighting a battle that you already lost . Why waste your energy , saliva and resources !

  10. Fariq Islam Apr 9,2017 10:44 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Penghuni-penghuni Pulau Tuba sememangnya berbesar hati menerima sumbangan duit daripada kerajaan. Namun, ini bukannya jalan penyelesaian dalam jangka panjang.

    Kenalah kerajaan membuat peruntukan untuk menaiktaraf pelabuhan nelayan dan kelengkapan-kelengkapan untuk menyediakan nelayan-nelayan cari hidup dengan lebih produktif dan berhasil. Haruslah kerajaan memperbaiki pentadbiran, memastikan apa yang dirancang akhirnya direalisasikan. Jangan sekadar memberi projek-projek kepada kroni-kroni yang tidak berupaya menanggung kerja.

    Kerajaan Negeri Kedah diminta menyemak prestasi JKR Kedah.

  11. Fariq Islam Apr 9,2017 10:35 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Orang ramai, pegawai-pegawai kerajaan, terutamanya juruaudit, dipelawa mengunjungi Pantai Cenang dan Pantai Tengah, Langkawi untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang berlaku ke atas kemudahan-kemudahan infrastruktur sana.

    Turapan jalan kaki berlubang. Projek penaiktarafan akhirnya dibiar. Pengusaha-pengusaha gerai sepanjang Pantai Cenang, yang semuanya Melayu, mengadu bertubi-tubi, tetapi kerajaan negeri tidak mengambil tindakan memperbetulkan keadaan. Macam mana pula Langkawi dapat bersaing dengan Bali, Phuket dan sebagainya?

    Ke mana perginya peruntukan kewangan untuk meningkatkan taraf Langkawi? Janganlah biar pembangunan setakat kata-kata janji pada bibir sahaja!

  12. Karl Iskandar Apr 9,2017 7:06 AM

    DrM risau. Kerana kempen politik air liur beliau dibalas oleh Najib dgn makanan keperluan Barakah kpd penduduk Pulau Tuba.

    Penduduk yg kebanyakannya nelayan miskin telah dapat bantuan tunai dari kerajaan UMNO-BN secara bulanan RM400 hingga RM800, hasil dari kutipan GST.

    Sharing is Caring. Nampak tak?

    Selama 22 tahun jadi PM, ada DrM share atau care kpd penduduk di sana? La ni baghu hang nak tunjuk muka. Ceroi.

  13. joetachi Apr 9,2017 12:37 AM

    MO one v formulaOne

  14. WandyCaswady Apr 8,2017 3:11 PM

    Surah ke-87 al-Quran, Surah Al-A’la, merumuskan bahawa perkara yang disentuh dalam surah tersebut turut terkandung dalam Suhuf Ibraham dan Musa:

    (9) Oleh itu berilah peringatan, kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
    (10) Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
    (11) Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
    (12) Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
    (13) Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
    (14) Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya,
    (15) Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang.
    (16) Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
    (17) Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
    (18) Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, –
    (19) Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa

    – Al-Quran surah Al-A’la, ayat 9-19

  15. Feezajazz Apr 8,2017 2:10 PM

    Dearest Tun,

    My prayer and respect are always for you and I would like dedicate this specific artwork and poem to the people of Malaysia and the entire world. Go to https://feezajazz.wordpress.com/2017/04/08/my-prayers-for-all/

  16. Fariq Islam Apr 8,2017 8:04 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Baik BERSATU mahupun UMNO, penghuni-penghuni Pulau Tuba bersyukur atas peruntukan yang diberi. Haruslah pemimpin kita ingat, yang kepentingan Rakyat patut diutamakan.

    Dalam soal meluluskan projek pembangunan, PM boleh memakai duit Negara secara terang, tak usahlah duit 1MDB diguna sepertimana yang dikutuk.

    Namun, ingin saya luahkan juga isu ketidaksempurnaan infrastruktur di Pantai Cenang, di mana turapan jalan kaki tidak diurusbaik. Macam mana pula Pulau Langkawi dapat bersaing dengan Bali, Phuket dan sebagainya? Ketara sekali, duit yang diperuntuk untuk pembangunan mungkin disapu oleh orang-orang tertentu!

  17. sibotak Apr 8,2017 7:28 AM

    Karl , Tun Mahathir hand over Paklah
    In Good Economic Stands
    Tun Mahathir laid a very sound economic infrastructure
    Internally & Intentionally
    Which today We most Malaysians have benefits
    Which till today
    Oopps ! You have manage to spoon feeds yr family
    If its not for Mahathir

    But when the baton is handover from Pak Lah to Najib
    Najib creates a Clown himself
    Even Najib Ali, the Joker expresses Najib Razak such
    Is he wrong when the whole Malaysia also criticize Najib Razak ?
    Malaysian Ringgit falls to the to the Poorest bottom
    When Neighbors are not
    When We are not at War nor any much of Natural Disaster
    Even Japan & Indonesia had several more disaster than Malaysia their currencies maintain & quite higher.Even Thia Bhat improves

    That metered up something very Wrong with the Management
    That is Najib Govt . Why ?

  18. Ariflee Apr 8,2017 12:55 AM

    Buat saudara kaldai iskandar.komen saudara sesuai utk pemakan dedak seperti saudara.

    Salam tun.

  19. Karl Iskandar Apr 7,2017 5:16 PM

    DrM dan Politik Air Liur

    Jasa DrM kepada penduduk Pulau Tuba ketika jadi Perdana Menteri selama 22 tahun adalah seperti berikut:

    LANGKAWI: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today announced more than RM1.5 million worth of projects for the development of Pulau Tuba here.

    This is on top of the RM46 million submarine electric cable project, which he officially launched today for the only other populated island in the Langkawi chain.

    Najib said he had approved a special RM800,000 allocation to repair the 800 or so houses on the island, which has a population of 5,000, comprised mostly of fishermen and their families.

    In addition to the government allocation, he also announced that Tenaga Nasional Bhd will be taking on several projects – the construction of a RM690,000 jetty in Tanjung Pandan on the island, the rewiring of 30 houses which are currently in bad shape (RM60,000) and the construction of 38 lampposts for the island.

    Najib, however, did not provide the cost of the construction of the lampposts, though he did say they would be utilising LED lights.

    But the prime minister did not stop there.

    If at the announcement of each project, residents and guests gathered for the official launch on Pulau Tuba had cheered loudly, the biggest cheer was saved for last.

    “Next year, we will build you a mini-stadium. I will include this in the 2018 Budget,” he said to the loudest applause of the day.

    Earlier, Najib said that when he heard of the plight of the fishing community in Pulau Tuba in Oct 2012, he had immediately approved a special allocation for the submarine cable project.

    Residents of Pulau Tuba were initially supplied electricity by three generator sets, and frequently experienced blackouts because of the unreliability of electricity supply via such sets.

    “This is indeed a special allocation, as the government does not have an allocation for submarine cables. But we had to do something,” said Najib.

    The prime minister said the government needs to ensure that its policies are fair and inclusive.

    “Development should not be just for the cities and urban areas… it should include all. When we develop, we must ensure that every level of society gets to enjoy it.

    “That is why the decision (for the submarine cable allocation) had to be made. If the people of Pulau Tuba should be left behind, then I would feel responsible,” he said.

    Najib promised that the people of Pulau Tuba will continue to enjoy development, as would those of Langkawi and Kedah in general.

    He then took a swipe at his detractors, in particular, those who criticised government handouts to the people.

    “What is wrong with giving RM300 a month to fishermen? Is the life of a fisherman easy? They are battered by waves in rough seas, drenched by rain, and at times, unable to even go out to sea.

    “So when we collect GST, a little of that we give to the fishermen, small farm owners and others like them. This is only fair. This is not dedak… this is not bribery.

    “This is a government that knows how to take care of its people. If you don’t want to help the people, don’t say it is dedak (when we do). If you don’t want to help fishermen, don’t say it is bribery (when we do).”

    In Nov 2012, Najib had announced the submarine cable project in Pulau Tuba when he visited the island.

    The project, which is connected to the national grid, was completed in 2015.

    Ooops sorry, did I say “jasa DrM”?

  20. Hajar Apr 7,2017 4:35 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Saya baca komen balas Ketua Pemuda UMNO Kedah di akhbar yang kononnya ‘Tun M keliru peranan Barakah untuk rakyat Kedah’.

    2. Alahai…Yang menjawab (siap lagi dia mencela Tun dan DS Mukhriz) ini pun sama spesis dengan ‘Mak Cik mulut celupar’ yang galak mencela, menghina dan memfitnah Tun di blog ini. ‘Mak Cik mulut celupar’ ini selalu buat kenyataan / penulisan yang umpama ‘meludah ke langit’ seolah-olah minda separa / di bawah sedar beliau tahu (‘aware’) yang beliau buat kerja haram. Tiada ‘barakah’ nya wang hasil dari kerja haram.

    3. Mereka (rejim Najib) pantau pergerakan Tun, dan mereka tahu yang Tun memang disayangi oleh rakyat Kedah. Jadi tidak hairan mereka akan cuba ‘sogok’ rakyat Kedah sebanyak mungkin untuk ‘membeli’ undi rakyat Kedah yang sokong Tun.

    4. Saya yakin rakyat Kedah tahu membezakan antara ‘permata’ (Tun) dan ‘kaca’ (PM Najib @ Ah Jib Gor).

    5. Konco2 rejim Najib lebih fokus kepada tempat2 / kampong2 yang Tun kunjungi, dan memang nampak jelas yang mereka menggunakan ‘cash’ untuk meraih undi. Anehnya, kelemahan dan kekorupan mereka yang menyebabkan kos sara hidup mencanak naik. Setelah menyusahkan rakyat, mereka pula ‘terhegeh-hegeh’ kononnya mahu ‘meringankan beban rakyat’. Memang hampeh mereka ini!

    6. Persoalannya, adakah tempat2 atau negeri2 lain mendapat perhatian yang sama?

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  21. anti rasuah Apr 7,2017 4:20 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Betul kata En kuihketayap kepada En farock. Tun suka menulis bicara sindiran, kita kena faham.

    Wassalasm.

  22. farock Apr 7,2017 3:59 PM

    Nama tempat Sri Sentosa
    Dalam negara aman sentosa
    Tapi disebabkan gila kuasa
    PM tak henti buat dosa.

    Entah mati esok lusa
    Cuma hanya menuggu masa
    Mati Najib tanpa jasa
    Dalam kubur panaslah rasa.

    Bohong menipu memang selalu
    Banyak juga dia punya ulatbulu
    Bayar hutang dia rakyat yg dulu
    Zalimnya kalah raja Zulu.

    Dia kata panglima Bugis
    Hukum org tunjuk bengis
    Tengok laki bini mesti trajis
    Bau busuk mcm najis.

    Tak tahu hormat org tua
    Bini tak resmi lebih dua
    Kalau blh jgn bersua
    Wahai najis burung kakaktua.

    Wassalam.

  23. farock Apr 7,2017 3:16 PM

    Salam..Terimakasih “en.ketayap atas nasihat dan doa anda.Semoga Allah merahmati kamu juga.Saya bersetuju dgn en. Botak cuma tak perlulah suruh Tun lawan Najib.Banyak lagi yg ada.Anak bongsu saya yg 8 tahunpun senang2 blh menang dgn Najib.Saudara Botakpun blh menang.Bg Tun rehat je.
    Siapapun lagi baik dr Najib.
    Wassalam.

  24. musato Apr 7,2017 12:26 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Orang dah panggil kamu pencuri pun masih tak sedar sedar. Mungkin dah biasa makan besar masa jadi Menteri Besar.

    Bila kita datang InsyaAllah ada kebahagiaan ikut.

    Cuma bila kita dah pergi risaukan tempat yang ditinggalkan itu merudum.

    Alhamdulillah.

    Terima kasih Tun.

  25. kuihketayap Apr 7,2017 10:36 AM

    Encik farock, maafkan saya untuk mencelah. Untuk pengetahuan en farock, Tun sering menggunakan ayat yang mempunyai maksud tersirat. atau lebih mudah ayat perli. secara tak langsung mengajak kita berfikir. bukannya tun bermaksud merelakan pemberian duit dari sumber 1MDB kepada rakyat. Semoga en farock dalam rahmat Allah. Wassalam.

  26. sibotak Apr 7,2017 5:24 AM

    UntuK Malaysia Negaraku yg Tercinta

    Ini ajaran dari seorang ahli Kitab yg terkemuka di Dunia sekarang
    DR.Naik Zakir yg merantau Dunia menyebarkan , memperjuangankan , memegang teguh Bendera Islam di zaman Islam sekarang di gugat dengan Fitnah & Kezaliman

    Antara Hijrah beliau di Indonesia
    Beliau dipersoalkan
    Bagaimana pendirian orang Islam jika Pemimpinnya seorang Kafir ?
    Bagaimana memilih Pemimpin diantara sesama Islam ?
    Beliau menasihati jika Pemimpinnya sesama Islam
    Maka pilihlah Pemimpin yg BerakhlaK Mulia dan Berilmu
    Bukan Pemimpin yg bermain dengan wang ringgit dengan Kebendaan
    Ini Hujah beliau

    Maka dari ini
    Saya berkeyakinan diantara Najib & Tun Mahathir
    Sya memilih Tun Mahathir walau beliau Miskin Papa mana pun
    Tun Mahathir Berakhlak Mulia tidak Perfect ,BerIlmu Tinggi tidaklah sampai mencakar Langgit
    Najib ? Anda fikir sendirilah ?
    Mungkin Karlos Kapacino adik kepada Teh Tarik bolih menghuraikan……

    Dipersilan Che Tuan Karlos

  27. rimba.emas Apr 6,2017 11:10 PM

    Salam Tun.

    1. Allah s.w.t menurunkan hujan rahmat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk di nikmati secara percuma sehingga manusia dapat mencari rezeki dengan memperdagang atau jual beli antara sesama manusia.

    2. Maknanya kita rakyat di beri nikmat yang bukan sahaja untuk hari ini tetapi berpanjangan untuk kehidupan seterusnya.

    3. Dari intipati ini buah tangan dari PM umpama UNTUK HARI INI sementara pertolongan Tun membasmi GST umpama NIKMAT YANG BERPANJANGAN.

    4. Rakyat lebih memerlukan NIKMAT SEBAGAIMANA YANG DI KURNIAKAN OLEH YANG MAHA BERKUASA TUHAN YANG DISEMBAH.

    5. Sudah di berinya percuma tetapi kepada yang tamak haloba di KUTIP CUKAI ATAS JUAL BELI PIHAK PENGGUNA DAN PENJUAL PULA.

    6. Malah menambah beban rakyat dengan kadar yang tidak sama dengan kadar telah di tetapkan oleh tuhan contohnya dalam agama Islam di kenakan hanya 2.5% genap haul setahun.

    7. Pertolongan yang Tun bawa (penghapusan GST) walau pun bukan berbentuk wang ringgit atau barangan tetapi habuan bak ole-ole itu bersifat sementara sahaja.

    8. Penghapusan GST satu NIKMAT BERPANJANGAN walau pun tidak sebaik apa yang di kurniakan oleh Allah s.w.t secara percuma.

    9. Takkan kita mudah gelap mata tidak dapat berfikir habuan yang diberi bukan untuk hari2 atau mingguan dengan NIKMAT PENGHAPUSAN GST YANG DI KENAKAN SETIAP HARI ITU.

    10. Syukur kita akan nikmat pemberian secara percuma , penghapusan GST , pengurangan harga barang , subsidi yang mana berbeza dengan cukai yang di kenakan dan hadiah bersifat sementara.

    11. Semua nikmat berpanjangan ini kepada rakyat sesuatu yang di perlukan dan hanya dapat di perolehi jika kita memilih PEMERINTAH YANG AKAN MENGHAPUSKAN GST , BANTUAN SUBSIDI , pendek kata nikmat setiap hari yang berpanjangan.

    12. Contohi sifat mulia seorang yang memberi atau menambah nikmat secara halal dan membuangnya kerana haram.

    Wallahua’lam.

  28. milshah Apr 6,2017 6:36 PM

    Assalamualaikum Tun,

    Dari pemerhatian saya, bukan sahaja ke mana sahaja Tun pergi mereka perhati, bahkan apa yang ditulis dalam blog ini juga mereka baca.

    Saya percaya mereka anggap Tun sebagai ancaman utama yang boleh menjatuhkan kerajaan BN.

    Dalam beberapa minggu ini, MO1 telah memulakan langkah strateginya. Wacana Tun dengan Nazri telah dibatalkan. Pada mula bagi, kemudian dibatalkan. Tujuan dibatalkan adalah kerana ‘containment information’. Tetapi kesannya ialah orang ramai akan anggap UMNO sebagai pengecut dan bersalah.

    Dari ini, setiap kali puak UMNO bersuara dan banyak songeh, maka pemimpin pembangkang ajaklah berdebat, saya yakin mereka tidak akan dapat menerima debatan itu.MO1 tak bagi, apa boleh buat.

    Containment information in return of being branded cowards and guilty. Fair trade.

    Langkah kedua adalah UMNO tidak jadi membawa usul RUU355. Tujuan tindakan ini pula adalah supaya parti BN lain kekal dalam BN terutama dari Sabah dan Sarawak. Sebelum itu, dipastikan PAS tidak dapat bersatu semula dengan pakatan pembangkang. 2 in 1. Mereka masih dapat kekal BN disamping berjaya pecahkan pakatan pembangkang.

    Dan tindakan terbaru adalah hari ini, di mana Presiden PAS dibenarkan pula untuk bentangkan RUU355.

    Semua orang tahu tidak mungkin RUU355 dapat dibentangkan tanpa campurtangan kerajaan. Mengapa kerajaan benarkan walhal baru sahaja umum ikut BN tidak bawa usul RUU355?

    Jelas MO1 tengah main tarik tali dengan PAS dan komponen-komponen BN.

    Yang sedihnya, PAS termakan umpan UMNO. Begitu seronok dan teruja dapat bentangkan RUU355. Baru bentangkan bro, dah tiga kali bentangkan, bukan luluskan.

    Jelas, tujuan dibenarkan bentang RUU355 adalah supaya PAS kekal berpisah dari pakatan pembangkang.

    Ketahuilah PAS, anda sedang dipermainkan. UMNO tidak mungkin berpisah dengan komponen-komponen parti BN yang ibarat isteri pertama.

    Tujuannya semata-mata supaya PAS tidak bergabung dengan pakatan pembangkang. Lepas PRU nanti, saya dapat rasakan UMNO akan betul-betul tinggalkan PAS.

    Kalau sayalah Hadi, pada hari ini juga saya akan minta supaya dibawa ke undi RUU355. Pilih antara PAS atau komponen BN.

    Ni tidak, masih berangan UMNO di pihaknya sebab bagi bentangkan RUU 355.

    Tuan Guru Nik Aziz dah beri amaran, jangan percaya UMNO, tapi tulah, dapat bentang RUU 355, sangat teruja. Lupa amaran Tuan Guru.

    Sedarlah PAS, jangan dipermainkan MO1, jangan jadi bahan catur MO1.

  29. farock Apr 6,2017 6:08 PM

    Salam Tun.
    Saya sedih dgn tindakkan Tun.Baru baru ni Tun menyumpah rakyat susah yg mengambil duit haji dan Brim.Tun kata haji tak sah dan makan duit 1MDB ibarat makan bangkai haiwan.Sekarang Tun nak suruh si Najib bagi duit haram kat rakyat?Apa pendirian Tun sebenarnya?
    Orang UMNO sampai bila2 perangai sama..cakap tak serupa bikin!!
    Wassalam

Leave a Reply