RASUAH DAN IBADAT HAJI 43

1. Saya telah soal samada menunaikan rukun Islam yang kelima dengan duit yang dicuri sah atau tidak. Pada pendapat saya ia tidak sah.

2. Beberapa mufti mendakwa bahawa saya cuba jadi Tuhan kerana cuba mengharamkan ibadat haji yang dilakukan dengan duit 1MDB.

3. Saya berpendapat dakwaan ini keterlaluan. Sementara mufti mungkin arif dalam bidang agama tetap jelas mereka tidak tahu dengan mendalam berkenaan 1MDB dan bagaimana Najib telah melakukan berbagai jenayah, termasuk mencuri duit 1MDB.

4. Islam amat menekan keadilan apabila menghukum. Daripada apa yang diketahui berkenaan 1MDB melalui kenyataan dan perbincangan oleh Mufti, adalah jelas mereka tidak memiliki pengetahuan yang cukup untuk memutus bahawa duit 1MDB boleh diguna untuk ibadat haji.

5. Tanpa ditanya atau dikaji, jauh sekali dibicara dengan tertib berkenaan jenayah yang dilakukan oleh Najib dengan wang 1MDB, mereka menjatuh hukum bahawa wang 1MDB halal diguna untuk ibadah haji.

6. Ramai rakyat Malaysia tahu dan seluruh dunia tahu bahawa wang sebanyak 42 billion Ringgit dipinjam oleh 1MDB dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen 10% kepada Goldman Sachs tanpa mengikuti cara-cara pinjaman Kerajaan.

7. Wang ini dilabur dalam syarikat yang menimbul tanda tanya akan asset dan perniagaanya, dikeluar modal yang dilabur dari syarikat ini, dijadikan pinjaman kepada syarikat ini, dipindah ke beberapa pulau Caribbean, dimasuk dalam bank di Singapura dan sekarang ini diketahui dapat ke tangan Jho Low. Kemudian wang ini didakwa oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah masuk dalam akaun peribadi Najib.

8. Demikianlah pengurusan wang ini sehingga ia dibekukan oleh Singapura, Switzerland dan bank-bank berkenaan ditutup oleh Kerajaan Singapura, kerana terlibat dengan jenayah money laundering iaitu pembersihan duit haram.

9. Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah dakwa lebih US 3 billion wang 1MDB telah dicuri dan percubaan dibuat untuk membersihkan wang ini dengan membeli rumah mewah di Amerika dan di U.K. serta dibeli gambar lukisan dan dilabur dalam pengeluaran filem lucah “Wolf of Wall Street”.

10. Bagi hakim yang berhajat menjatuh hukuman, semua ini perlu diselidiki dan diambil kira sebelum dihukum. Tetapi amatlah jelas kewangan 1MDB tidak dikaji oleh mufti kerana ingin menghalalkannya untuk buat ibadah haji.

11. Mungkin orang Islam seperti saya tidak tahu secara mendalam dengan hukum hakam Islam, tetapi semua tahu bahawa wang yang dicuri tidak halal. Mengguna wang yang dicuri untuk ibadat amat bercanggah dengan ajaran Islam. Ia ditegah.

12. Oleh kerana mufti-mufti tidak tahu dan tidak mengadakan kajian dan perbicaraan dengan tertib sebelum mereka membuat kenyataan bahawa saya cuba menjadi Tuhan kerana menyoal samada sah atau tidak mengguna duit 1MDB, maka saya berhak mempertikaikan dakwaan mereka.

13. Lebih-lebih lagi mereka adalah pegawai upahan Kerajaan dan terdedah kepada tindakan jika mereka, dengan mendakwa ibadat haji dengan duit 1MDB tidak sah, sekaligus mengaku Najib telah mencuri duit 1MDB.

14. Lagipun mereka tentu tahu bahawa tujuan Najib membiayai beribu orang untuk tunaikan Ibadat haji bukan kerana mencari pahala tetapi kerana bertujuan mendapat sokongan politik dari penerima-penerima ini. Ini adalah satu jenis rasuah dan ini juga haram disisi agama Islam.

15. Apakah pendapat mufti berkenaan dengan ibadat haji dengan duit dua kali haram – sekali duit curi, kemudian duit sogok.

16. Kalau masih anggap halal, terimalah dan lakulah ibadat haji dengan duit 1MDB.

43 thoughts on “RASUAH DAN IBADAT HAJI

  1. neezam72 Mar 21,2017 6:21 AM

    Penat saya beri nasihat pada Tun. Saya dah beberapa kali tanya Tun ada tak bukti sahih tentang isu 1MDB yang Tun katakan hasil dari pencurian ini. Kenapa Tun tak mahu berubah ni?

    Saya juga kerap kali kata jika nak membuat sebarang tuduhan perlulah ada bukti yang sahih. Isu 1MDB ni kononnya datang dari hasil curi mana dia buktinya Tun?

    Kalau keluarga Tun sendiri kaya raya hasil dari siapa pulak? Kenapa Tun tak berani nak komen tentang pendapatan semua ahli keluarga Tun yang datang dari zaman Tun memerintah dahulu? Semua projek mega siapa yang dapat Tun?

    Tun sendiri pun saya lihat sudah cukup mewah. Siap ada pesawat sendiri lagi. Hasil mana Tun dapat semua ini? Ada pernah rakyat bertanya pula? Kekayaan Tun sampai salah seorang anak Tun dikatakan sebagai salah seorang JUTAWAN dalam majalah FORBES kenapa tak cerita pula?

    YES Cash Is King but for WHO? Siapa hari ini tersenarai dalam salah seorang paling kaya di Malaysia? Kenapa Najib juga Tun sakit hati?

    Jangan lupa nikmat Allah berikan pada semua keluarga Tun. Jangan lupa juga Allah boleh TARIK BALIK semua nikmat yang Tun ada dengan sekelip mata sahaja.

    Jangan pertikaikan hasil 1MDB jika Tun sendiri pada saya sampai ke hari ini masih belum tunjukkan SATU BUKTI YANG SAHIH pun salahguna kuasa oleh Najib. Tapi itu juga Tun canang.

    Macam Muhyiddin menipu rakyat kononnya dia ada jumpa Zeti Aziz dan kononnya juga Zeti Aziz ada tunjukkan dokumen pasal 1MDB. Tetapi apabila ditanya pada Zeti pula, bekas gabenor bank negara kata dia tidak ada langsung tunjukkan apa-apa dokumen tentang 1MDB kepada Muhyiddin.

    Kenapa MENIPU? Malah kata Muhyiddin juga dia ada lihat akaun Najib yang ditunjukkan oleh Ghani Patail. Jika benar MANA DIA? Apakah sekadar cakap sahaja sudah boleh rakyat percaya?

    Ingatlah Tun. Kalau takde bukti sahih itu namanya FITNAH. Tun sendiri pernah mengaku yang Tun TIDAK ADA CUKUP BUKTI pasal 1MDB ni bukan. Jadi kenapa masih lagi bercakap macam Tun ada? Setiap kali ceramah asyik mengata Najib saja dan cerita macam Tun ada bukti tapi setiap kali ceramah yang Tun buat mana dia BUKTINYA yang Tun ada?

    Sudah-sudahlah Tun. Ingat apa yang Rasulullah pesankan kepada kita tentang MENTAATI PEMERINTAH. Jika beginilah sikap Tun, saya khuatir kelak keluarga Tun sendiri akan binasa kerana perbuatan Tun sendiri. Allah tidak suka pada umatnya yang mengikut cara SYAITAN dan FITNAH DAJJAL.

    Minta maaf kerana menegur. Jangan pertikaikan apa yang 1MDB bantu terhadap jemaah Haji. Sepatutnya Tun bersyukur sekurang-kurangnya jemaah haji dapat menunaikan ibadah ini dengan tenang dan semoga haji mereka semua diberkati.

  2. HBT456 Feb 8,2017 7:12 PM

    45. http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/02/08/media-watchdog-chides-kit-siang-over-harassment-of-journalist/

    52. Tak payah geram, readers now can read quality news from all over the world via internet subscription.

    53. We are living in 21st century, the post internet era, you faham ke?

  3. HBT456 Feb 8,2017 7:04 PM

    43. http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/02/08/sabah-boat-mishap-life-jacket-found-off-brunei/

    44. Yes, life jacket found off brunei.

    46. In 10 years later, what will happened when the supreme leaders no longer around?

    47. https://www.theguardian.com/world/2016/jun/22/venezuela-economic-crisis-guardian-briefing

    48. Ada masa, spend time to read foreign news, dont just asyik reading news with you on the front or back pages.

    49. Changing hands at the top echelon is akin to hey, i kickecd out the biological papa mama chickens, and i put my breed of papa and mama chickens to replace them, these are my little chickens, and they are mine.

    50. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Chicken_Little_(2005_film)

    51. Bak kata, if some claimed lantern made off animal skin can produce light, you believe this theory will work?

  4. HBT456 Feb 8,2017 12:56 PM

    54. Hutang tak mahu bayar, dah biasa sangat dengan rhetorik parti2 politik tempatan.

    55. Never count chickens before eggs hatch.

    56. Siapa yang tamak dan todak bertimbang rasa?

  5. HBT456 Feb 8,2017 12:54 PM

    52. http://www.malaysiakini.com/news/371763

    53. Ini kena tanya the ex mb, bukan?

  6. HBT456 Feb 8,2017 12:51 PM

    43. Even yab lim is out as free man, it will be ultra, plitically driven, maksudnya, tidak kukuh jugak.

    44. When you start to curse, you will see only anger, frustration, hatred and misery.

    45. But, if you still think you are holier and more righteous than other races and religions, then, be prepared for plenty of uncertainties a head.

    46. Only you have sasterawan?

    47. Numbers dont cheat.

    48. Peacok tetap merak.

    49. Ayam belanda tetap dijadikan hidangan utama pada hari krismas di usa dan di seluruh dunia.

    50. Rukun prinsip negara is here to stay.

    51. To be or not to be……..

  7. HBT456 Feb 7,2017 10:42 PM

    41. The intelligent ones have too many doubts, the stupid ones have too much confidence assuming the audiences are blind.

    42. Bak kata, when bording time is called, and you masih dillie dellie, mesti lah awak akan ditinggalkan, tak betul?

  8. HBT456 Feb 7,2017 10:36 PM

    35. Now pas is challenging hadi to slap najib kerana dia berani mati?

    36. The late harun idris is orang pas, but umno chosen to bury him in usa, pakai taxpayer monies shared by other political parties.

    37. Chin peng is local, but umno didnt allow him to be buried at his birth state.

    38. And yet yab salleh keruak, sabahan, want to set up royal inquiry to investigate 90s financial crisis?

    39. Who will build the wall for sabah and sarawak if he insist he is go for this rhetoric?

    40. Melayu mudah lupa atau tamak?

  9. HBT456 Feb 7,2017 9:40 PM

    31. http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/02/07/court-sets-march-7-to-decide-on-guan-engs-motion-on-macc-act/

    32. If the judge decided to veto yab lim to be of no wrong, then he can walk out as a free man.

    33. If the judge decided to veto yab lim to be of wrong, then, it is a political trap no matter how we see it, dont you think so?

    34. Jika judge can decide, then, why we need election commission and voting process?

  10. HBT456 Jan 27,2017 10:48 AM

    17. http://www.malaysiakini.com/news/370652

    18. Is he saying that when ngos, especially, umno youth lodged pdrm report, he must act because he is malay and muslim?

    19. Just because he is umno, he can do what he likes?

    20. Nep is the culprit of all chaos.

    21. Bak kata, cikgu kencing berdiri, murid pasti akan berlari.

    22. Jika 1mdb itu haram, then, petronas twin tower that built putrajaya tu haram jugak, tak betul?

    23. Like mr obama, even when he falls, he fall in style by saying it is a great honour to be the president of usa for 2 terms.

    24. Like mr trump, even when he rise, he rises in style by saying it is a great honor to have madam hillary to accept his invitation for his inaguration dinner.

    25. No worries, all these scenes are shared and will be judged by people around the world including politicians and statemen and statewomen.

    26. We will get our turn to vote pm elect when general election is called.

    27. The thing is global industry players do not want to venture in a country that practises protectionism, i mean, monopolistic in nature that could sent the message that they are not willing to share the cost of technology and innovative advances in nature.

    28. Politics and economics cannot be seperated.

    29. Henceforth, all systems could failed if the owner made the wrong decision.

    30. This applies to all leaders in the world.

  11. anti rasuah Jan 22,2017 2:13 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Setuju dengan tulisan nase bahawa mufti kena kaji punca wang dan syarat kita jika mahu mengerjakan haji.

    Saya pun pelik mengapa dua tiga orang mufti yang memberi komen seolah-olah wang yang tidak tahu puncanya dari 1mdb dikatakan halal dan dibenarkan mengerjakan haji?

    Saya rasa dunia sudah hampir ke akhir zaman, Tun.

    Wassalam.

  12. Khalid Al Walid Jan 21,2017 6:21 PM

    Salam…
    Berkaitan Tajuk Rasuah & Ibadat Haji

    -Sebagai peringatan kepada semua termasuk diri aku sendiri..

    JIKA AKU DIPILIH SEBAGAI KETUA:

    1. Aku akan berpegang pada agama..Sistem perundangan Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dipraktikkan dahulu..Itulah yang diajarkan kepada kita..

    2. Akan aku jauhi PEDANG KHALID AL WALID yang dikhuatiri bakal memenggal leher aku diakhirat kelak JIKA aku menyalahgunakan kuasa aku..

    3. Manisfesto aku: Marilah Menuju Kejayaan..

    4. Harapan aku: Lucutkan jawatan aku sebagai ketua jika apa yang aku buat dan perkatakan bertentangan dengan agama.

    5. Selagi mana hati aku berpegang pada matlamat syahadah, selagi itu jugalah usaha kamu sia-sia jika kamu ada usaha untuk menentang matlamat aku..

    P/s: Aku harap jiwa ini juga lahir dalam diri kamu Tun..

    Sejujurnya, disebabkan oleh media,hati ini sampaikan tidak tahu siapa dipihak yang benar..

    Aku anggap..Inilah zaman fitnah..

    Semoga kita dijauhkan dari fitnah Dajjal..Nauzubillah..

    Sama-sama untuk kita renungi..

    Salam..

  13. umranrc Jan 20,2017 10:46 PM

    Salam Tun.

    Again, a very good rebuff from Tun Perak.

    Thanks Tun.

  14. The Hidden Secret Jan 20,2017 6:39 PM

    Salam!

    Satu dunia tau Najib penyamun tarbus. Mufti-mufti kita je yang tak tau atau buat-buat tak tau sebab nak jaga periuk nasi masing-masing.

    Mufti-mufti kita lebih sayang dunia dari sayang akhirat.

  15. Tun Perak Jan 20,2017 5:24 PM

    Assalamualaikum Saudari Huda,

    Terima kasih kerana menulis komentar tersebut. Dari segi penulisan, rasanya saudari berdasarkan pendapat kepada pegangan dan ilmu yang saudari perolehi. Lebih ilmiah, apabila pendapat tersebut disertakan dengan dalil dan merujuk kepada bekas Mufti (Mufti lah juga tu kan) Dr. Maza.

    Jadi di komen saya ini lupakan perkataan seperti “dedak”, “najis”, “pencuri” dan sebagainya yang menghiris hati, kerana ianya akan menjadi perkara yang mengelabui isu pokok.

    Rujukan hanyalah apa Dr. Maza tulis seperti rujukan saudari sendiri.

    Perenggan 9

    “” 9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:

    “Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya. “”

    Kemudian baca pula perenggan 11.

    ” 11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.”

    Jadi, berdasarkan penulisan Dr Maza yang saudari persetujui , dengan mengambil sedekah daripada “Pencuri” adalah haram kerana orang yang dicuri akan teraniaya. Yang dikecualikan daripada ini adalah cuma fakir sahaja.

    Jadi di sini, boleh dikupas, Ibadah Haji yang ditaja oleh 1MDB akan menjadi haram sekiranya ianya dilaksanakan dari wang yang di curi (sekiranya surface justification – sedekah dari Raja Arab adalah penipuan)dan 1MDB terpaksa meminjam atau meminta wang daripada pemiutang lain untuk membayar hutangnya sendiri.

    Apa maksud wang yang di curi.

    Kita ambil contoh….Katakan wang tersebut adalah milik seseorang atau satu organisasi dan untuk digunakan untuk objektif tertentu seperti pelaburan, tetapi di ambil dan diberikan untuk tujuan lain melalui proses-proses yang haram seperti pengubahan wang haram dan sebagainya, dan disebabkan oleh itu, organisasi tersebut terpaksa berhempas pulas mencari kembali wang untuk mengembalikan apa yang telah diambil demi membayar hutang sebanyak RM XXX million. Organisasi tersebut redha , wang tersebut digunakan untuk “investment” , dan sekiranya organisasi tersebut tahu, bahawa derma tersebut adalah sebahagian daripada wang “investment”, tidak semestinya organisasi tersebut redha, dan wang tersebut keseluruhannya perlu dikembalikan.

    Yang menerima bantuan haji ni pun bukan 100% fakir miskin. Ramai daipada mereka manjadi pengerusi JKK, ahli JKK, ketua kampung dan lain-lain. Kalau betul pick and choose fakir miskin yang memang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, is another different matter, ya.

    So, pendapat saya, lihat konteks yang cuba Dr.M sampaikan. Sebenarnya elok juga, agar kelak kita tidak sengaja bersubahat dengan cara bersetuju dan marah pula pada orang yang menegur. The thing is that kalau buat salah kerana tidak tahu, just minta ampun pada Allah sajalah.

    Dan kalau tahu kita terbuat salah sebab orang lain tipu kita, tangkap saja orang yang tipu tu untuk dibicarakan. Dalam hal ni Jho Low patut dibicarakan.

  16. Hajar Jan 20,2017 5:23 PM

    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,

    1. Saya tepuk dahi baca berita mengenai PROGRAM KHAS HAJI PERDANA MENTERI seperti di bawah (5 hari lalu):

    /// Petikan:

    KUALA TERENGGANU 15 Jan. – Program Khas Haji Perdana Menteri akan tetap diteruskan walaupun dijadikan sasaran Tun Dr. Mahathir Mohamad memperlekehkannya termasuk mempersoalkan sama ada mabrur atau tidaknya ibadat ribuan umat Islam yang mendapat manfaat daripada tajaan itu.


    Seramai 110 orang terdiri daripada para imam, pengerusi JKKK seluruh negeri ini akan terpilih menunaikan ibadat haji di bawah program tersebut tahun ini dan jumlah itu adalah antara 1,100 orang dari seluruh negara yang terpilih.-UTUSAN ONLINE

    http://www.utusan.com.my/berita/terkini/program-khas-haji-tetap-diteruskan-1.431855

    ///

    2. Nampaknya nama 1MDB (yang sudah terlampau BUSUK) tidak disebut dalam artikel di atas. Wah! ‘Program Khas Haji Perdana Menteri’ nama diberi! Duit siapa yang digunakan? Duit ‘derma’ dari Perdana Menteri kah? HALAL kah? Kaya bebenorkah PM kita yang satu ini?

    3. PM Najib @ Ah Jib Gor setahu saya bukan ahli perniagaan ‘billionaire’ seperti Mr. Trump yang memang seorang hartawan hartanah ternama (kebetulan saya ada beli buku Mr. Trump- buku motivasi mengenai hartanah). Jika DSN memang ‘billionaire’ sebelum jadi PM, tidak perlulah beliau songlap (RM2,600 JUTA+ RM42 JUTA) duit rakyat.

    4. Dan sekarang sibuk merasuah segolongan rakyat dengan ‘derma pakej Haji’. Mengapa perlu dipolitikkan ibadah Haji yang mulia? Jika PM berhati mulia dan tiada tujuan politik, beri saja tajaan Haji ‘peribadi’ secara senyap-senyap! Ini tidak, siap ada majlis dan pemberita lagi!

    Terima kasih Tun.

    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga ***

  17. Othaman Ahmad Jan 20,2017 4:14 PM

    Mana-mana wadah/parti politik yg mnggunakan Islam untuk meraih kuasa & memerintah dalam sistem demokrasi ciptaan manusia berpaksi perlembagaan sekular dianggap syirik kerana hukum Allah dicampur baur dgn undang2 duniawi. Itu adalah pendapat seorang Ilmuwan tersohor, Sheikh Imran Hussein.

    Undang2 duniawi tidak kekal & sering dipinda mengikut selera penggubal undang2 duniawi itu.

    Saya berkeyakinan hanya Imam Mahadi RA & Nabi Isa AS saja saja yg mampu & diberi kuasa menakluki dunia sejagat (bukan PAS maupun UMNO atau Bersatu & Amanah) dgn membasmi hukum sekular & menggantikannya dgn syariat Islam yg sebenarnya. Bukankah kita kini di ambang zaman kedatangan kiamat…????

    Salam perjuangan.

  18. Karl Iskandar Jan 20,2017 11:48 AM

    Kesimpulannya, para Mufti memberi pandangan dari sudut agama, bukan dari perspektif politik.

    Manakala DrM cuba sabitkan hukum demi kemenangan politik partisan. DrM bukan pakar agama, patut rujuk kpd Mufti dlm soal yg bukan kepakaran beliau.

    Mufti tiada kepentingan politik dan mewakili seluruh ummah secara inklusif tanpa bias maupun prejudis.

  19. huda Jan 20,2017 10:45 AM

    Assalammualaikum

    Tidak cukup entry menghalalkan yang haram, disambung pula dengan rasuah dan ibadat haji. Kemudian disahut dengan beberapa komen.

    Kita terlalu cemas dengan halal haram orang lain, tetapi lupa tentang diri sendiri. Bukankah kita juga akan mati dan setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan.

    Nabi kata hendaklah kita mencegah kemungkaran, selemah-lemah iman dengan mengunakan hati. Kenyataan ini bukan alat untuk kita menghukum dan mengaibkan orang lain.

    Mengelarkan dengan kata-kata yang tidak patut. Dedak, najis, pencuri dan berbagai-bagai lagi kata yang saya kira terlalu kejam. Sikap ini ke yang kita nak anak-anak kita warisi. Bukankah agama mengajar kita untuk mencegah kemungkaran dengan hikmah.

    Dengan firaun pon Allah suruh nabi Musa berlemah lembut.

    Allah berfirman :

    اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (44

    Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, karena dia benar-benar telah melampaui batas. maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sadar atau takut (QS.toha:43-44)

    Kata siapa lagi kita nak ikut …..

    Bab halal Haram guna duit 1MDB sila rujuk http://drmaza.com/home/?p=1238

    Disiarkan pada October 1, 2010.. waktu ni belum lagi mana-mana orang pergi Haji pakai duit derma 1MDB saya rasa.

    Semoga Allah merahmati Tun dan keluarga.

  20. musato Jan 20,2017 6:42 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Dialog Perdana TN50.

    Kita ditanya apa tugas pemimpin? Dia pikir punya la pikir, dikatakan tugas utama pemimpin ada dua.

    Kita juga ditanya, apa beza politician dengan statesman? Politician berfikir untuk menang pilihanraya akan datang. Statesman berfikir untuk rakyat merencana masa depan.

    Selain sebagai periuk nasi, apakah tugas pemimpin? Katanyer…

    Soalan saya pada Tun. Benarkah jadi YB jadi PM ni sebagai periuk nasi?

    Pada pendapat saya, seelok eloknya pemimpin perlu punyai kemahiran hidup sendiri sebelum bercita cita menjadi ahli politik.

    Yang punyai sijil peguam boleh jadi PM. Kalau tak jadi PM boleh jadi peguam.

    Yang punyai sijil doktor boleh jadi doktor kalau tak jadi PM.

    Sebab itulah kalau kita punyai sijil ekonomi, kita perlu menjadi peniaga global bagi memacu kehidupan rakyat dan memastikan negara berpendapatan tinggi.

    Maka hiduplah 1MDB, 1MDB yang berjasa besar menaikkan haji rakyat terpilih.

    Benarkah jadi ahli politik dan pemimpin ni sebagai periuk nasi?

    Terimak kasih Tun.

  21. sibotak Jan 20,2017 5:36 AM

    Pada saya isu soal Halal atau Haram ,1MDB ,Rasuah Ibadah Haji
    Itu urusan Najib dengan Allah
    Urusan Makhluk dengan Penciptanya

    Tapi juga urusan wang 1MDB ,Wang Negara Malaysia
    Yg di sumbatkan ke dalam kocet Najib , entah mana Malaun lagi
    Sudah menjadi urusan Manusia sesama Manusia
    Ini Hak kita , Hak 1 Malaysia

    Najib step baik konon untuk tutup pekung beliau
    Baru kini nak salaurkan itu duit pada derma Haji
    Duit yg kemarin kemarin itu semua mana ?
    Duit yg kau kasi Jho Low , Anak Tiri kau , Bini kau yang kesemuanya , Kau kau
    Asik kau aja , lepas kau akaulah…tak adil lah macam gini
    Kita terlingkupkan Malaysia bersama ,apamacam ?

    Kenapa ini duit bolih duduk kat account kau , tidak account aku ?
    Ni kasi derma pergi Haji , Apa ? Step tunjuk Baiklah ?

    Tidak ada alasan sama sekali apabila pegawai kerajaaan bolih masukan duit yg ramai mahupun tidak ramai dari sumber yg tidak jelas ke account masing masing
    Duit dari Arab konon…..cakap Duit dari Datuk dia dari Hong Kong kan Bagus
    Ikut dialog P.Ramlee

    Image Najib sudah Hancurrr…Nasi dah jadi Bubur
    Apa jua beliau buat akan dipandang hina , salah dan bodoh
    Di mata Malaysia juga di mata Dunia

    Tidak Siapa Berhak untuk mengatakan isu 1MDB perlu dilupakan begitu saja
    Apa ? Ini duit Bapak mereka yg punya yg mereka rasa berhak berkata demikian ?
    Ini duit Amanah , Ini duit 1 Malaysia
    Malaysia sedang banyak hutang yg perlu di tebus
    Apa mereka bolih Gadai harta mereka atau harta Mak Bapak mereka
    untuk tebus hutang piutang Malaysia ?
    Kalau bolih & setuju , kita bolih cerita

    Besok besok , lagi 100 billion hilang , lupakan lagi lah ?
    Cakap ni duit dari Bapakdia dari Hong Kong
    Eh….mana punya Ajaran sesat dah !

  22. rimba.emas Jan 20,2017 12:24 AM

    Salam Tun.

    1. Hari ini ialah hari Rimba Emas semakin tua dan bershukur ke hadrat Allah s.w.t atas kurnian nikmat yang di berinya.

    2. Kata orang sepatutnya semakin tua kita semakin dekat untuk mendekatkan diri kepada yang maha berkuasa.

    3. Salah satu jalan yang ada ialah dengan bertaubat. Sepatutnya taubat adalah keinsafan untuk memohon pengampunan atas kesalahan yang telah kita lakukan.

    4. Di kaitkan dengan alam pekerjaan semakin tua bermakna dekat dengan pencen. Baru-baru ini seorang bekas pekerja SPRM baru mengaku atau membuat pengakuan akan perbuatan salah yang diuruskan bila dah pencen.

    5. Bermakna semasa alam pekerjaan sesuatu yang boleh memudaratkan dirinya seperti kehilangan jawatan, nafkah hidup sesuatu yang lebih wajib dari menegakkan kebenaran yang di kehendaki oleh Allah s.w.t .

    6. Justeru apa yang Tun cakapkan tentang seorang ketua kerajaan tidak mungkin di akui oleh orang bawahannya secara terang terangan kerana takut kehilangan oleh kuasa yang ada pada seorang ketua.

    7. Tun banyak yang perlu di buang atau di asingkan jika Parti pimpinan Tun PPBM dan Pakatan Harapan mentadbir negara.

    8. Umpamanya seorang Mufti tidak boleh bertuankan seorang PM. Mufti sepatutnya berasingan dari pentadbiran kerajaan. Jadikan Jabatan Mufti di selia oleh badan bebas dengan undang2 syariah dan mengadili umat beragama Islam dan orang bukan Islam yang terlibat dlm perkara2 tentang Islam.

    9. Semua wajib mematuhi perkara2 yang di larang oleh tuhan umat Islam iaitu Allah s.w.t. Hendaknya semata-mata kerana Allah s.w.t.

    10. Umat Islam terpaksalah di asingkan dengan orang bukan Islam jika perkara2 Islam tidak mahu di terima oleh bukan Islam. Ketegasan terpaksalah di lakukan UNTUK KEBAIKAN UMAT ISLAM.

    11. Seperti mana boleh di lakukan hospital cara Islam begitu juga dalam PENTADBIRAN KERAJAAN, MAHKAMAH , SISTEM PENGHAKIMAN, SYARIAH UNTUK UMAT ISLAM KUASANYA ALLAH S.W.T.

    12. TUN ITULAH YANG TERBAIK, TUN SENDIRI NAMPAK BETAPA SUSAHNYA BILA SEORANG PM DI BERI KUASA MUTLAK.

    13. KEMBALIKAN KUASA KEPADA YANG BERHAK IAITU TUHAN YANG MENJADIKAN KITA, KITA HANYA HAMBANYA DAN PERLU PATUH SEGALA ARAHANNYA.

    WALLAHUA’LAM.

    9.

  23. HouseWife Jan 20,2017 12:14 AM

    Assalamualaikum Tun,

    It’s like cooking. Some people say when you put alcohol in your cooking, when you heat it the alcohol will evaporates and what is left behind is just the taste…what taste?…the food becomes halal? The question here is what is the source.

    In the case of 1MDB, what is the source of the money. The money was cultivated by secretly stealing through dubious ways and means from the country’s coffers, the people’s funds. We saw the warning signals when the abundance of the people’s funds were spent like their own family businesses but the exposure came too late, the people became the victims of ignorance. And the people have begun to pay the price for it – cost of living shoots up, higher prices of essential goods and utilities, the cut-throat gst and what-not taxes, soaring prices of housing, transportation, tolls etc etc etc…

    This is just the beginning of the story of our lives – what lies ahead, may Allah help us. For every kind of sin, there is every kind of retribution. Wallahu’alam.

    May Allah Bless and Protect Tun and family Always. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Take extra care in your safety and Thank you Tun.
    May Allah Bless BERSATU. Never give up and don’t ever lose your fighting spirits.

  24. The Hidden Secret Jan 20,2017 12:13 AM

    Salam!

    Mufti-mufti mencari makan dengan menjual agama. Agama merupakan produk yang dijual oleh mufti-mufti untuk mereka cari makan dan hidup senang.

    Para nabi dan rasul Tuhan menggunakan dunia untuk agama. Para mufti-mufti pula menggunakan agama untuk mendapatkan dunia.

    Professional religionists!

  25. LeoSabri @ leosabri.com Jan 19,2017 9:28 PM

    HALAL HARAM AGAMA

    Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera.

    Mukadimah agama pembuka kata. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka bukan mereka yang dimurkai dan bukan mereka yang sesat.

    Percaya kamu di atas perkara-perkara atas kepercayaan kamu.

    Jika percaya kamu kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, itu kepercayaan kamu.

    Jika percaya kamu kepada Mufti, itu juga atas kepercayaan kamu.

    Jika percaya kamu kepada Ayah Ibu dan Guru, itu atas kepercayaan kamu juga.

    Jika percaya kamu kepada Ahli Kitab, di atas diri kamu juga atas kepercayaan kamu itu.

    Jika kepercayaan kamu pada Islam, kamu percaya akan umat dari kaum Nabi golongan kamu.

    Jika kepercayaan kamu pada Nabi Muhammad SAW, kamu percaya juga akan Kitab yang diutus kepadanya.

    Jika kepercayaan kamu pada Al-Quran, kamu juga percaya segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

    Jika kepercayaan kamu pada Allah SWT, nescaya kamu tahu dan percaya Firman-Nya seraya tunduk sujud takut kepada-Nya.

    Kepercayaan kamu atas agama yang kamu percaya di atas nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Mukadimah 1MDB kesimpulan kata-kata. NajibRazak dikata pencuri sudah terkenal seantero dunia, mana perginya 2.6 Billion yang menjadi bual bicara. Rosmah dikata bermewah dalam hidupnya, cincin permata tidak tahu ada dimana. Pasangan sensasi Rezza Jho Low hidup bebas melata, masih adakah harta bersama mereka. DOJ disandarkan pada kata-kata, AG dikata menurut kata. Rahsia dipatri jadi punca utama, tidak didedah tidaklah boleh digunakannya. Rasuah disebut bermacam cara, Ibadat Haji yang mulia ada halal haramnya. Entah dosa entahkan pahala tiada yang mengetahuinya, pada Tuhan wajib diserah segala. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad diserang atas pendapatnya, golongan Mufti dihentam di atas jawatannya. Segalanya politik, berpolitik dan, mempolitikkan menjadi bukti kerosakan 1DUNIA menjadikan rakyat mangsa hidup sengsara.

    Sekian, Shalallahu’Alaihi Wassalam. Allahu’Akbar!

  26. Karl Iskandar Jan 19,2017 6:39 PM

    Saya sama juga seperti DrM bukanlah pakar agama Islam, oleh itu lebih afdal jika mengambil kupasan dari beberapa mufti – Kelantan, Perak, Pahang – sebagai panduan hukum dlm soal haji tajaan sesebuah syarikat.

    Para mufti tersebut sudah pastinya bukan jahil sehingga tak kenal wang haram/halal.

    Janganlah ada org Islam yg sengaja melekehkan para mufti dan ilmuwan ini hanya utk kemenangan politik dan agenda peribadi.

    Mereka adalah penasihat hal ehwal agama kpd baginda DYMM Sultan Perak, Kelantan dan Pahang.

    Adakah DYMM Sultan Perak yg juga seorang sarjana undang2 menolak atau mempertikai pandangan mufti negeri tersebut?

  27. zulu Jan 19,2017 6:25 PM

    “Najib: Malaysia to contribute RM10mil towards humanitarian aid for Rohingya”

    While USD $1 = RM 4.45…

    but people knew 90% of RM10 million will be pocketed by thief and his family… 🙂

  28. nase Jan 19,2017 3:28 PM

    Salam buat Tun..

    Saya dah lama tak menyampuk, izinkan saya mencelah sikit. Saya bukanlah orang pengajian pondok tetapi saya rapat dengan golongan yang lazimnya digelar golongan kasyaf. Bab haji yang ditaja, saya diberitahu mereka bahawa salah satu syarat wajibnya adalah apabila cukup biaya yakni duit sendiri atau seumpamanya. Kalau duit anak sekali pun walhal anaknya belum haji, patutnya si anak dulu yang pergi barulah kewajipan anak pulak bantu ibubapanya naik haji atau buat badal hajinya.

    Dalam hal ditaja 1mdb, saya diberitau kalaulah duit tajaan itu asalnya duit pinjam (kerana 1mdb hanya bermodalkan satu juta ringgit sahaja) dan dikenakan bunga serta dibiayai dan diuruskan oleh bank bukan Islam, duit tajaan haji tu sebenarnya lebih wajar digunakan untuk membayar hutang dan kenaan riba terlebih dulu. Matlamat tidak menghalalkan cara.

    Keduanya, apakah dengan tajaan ini golongan yang terpilih telah potong ‘Q’ orang lain kerana had kuota yang ada. Seingat saya, nak gi haji ni berbelas tahun tunggu giliran dan dengan dipintas oleh segolongan ini, ada sebahagian yang hak kuotanya telah sampai tetapi secara senyap dinafikan. Kalau ya pun mungkin kuota tambahan atau istimewa diberi pihak berkuasa haji, mengapa yang duk tunggu bertahun-tahun diabaikan..? Apakah tiada lagi keadilan dalam Islam..?

    Ketiga, bab mengerjakan haji, mungkin yang terpilih tu tak tahu apa-apa tentang 1mdb. Kita mungkin boleh maafkan tapi kita kena ingat, 1mdb tu milik negara, ertinya bukan milik 100% umat Islam di negara ini. Kita kena ingat, umat Islam hanya sekitar 60% sahaja dari keseluruhan penduduk Malaysia. Bila 1mdb meminjam dari pasaran modal, yang tanggung bayar adalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Jadi, apakah sahabat-sahabat bukan Muslim kita yang juga terpaksa membayar hutang 1mdb redha akan sebahagian duit tanggungan dibelanjakan kepada tajaan haji. Cuba tok mupti kita perjelaskan sikit..

    Kita tak nak trend bila terlibat rasuah dan salah-guna kuasa, cepat-cepat pergi cuci dosa dengan umrah dan haji yang sekarang ni nampaknya makin ketara. Ini memberikan imej buruk kepada agama kita – Islam.

    Sekian..

  29. umranrc Jan 19,2017 1:35 PM

    Salam Tun,
    Tumpang sikit je…

    “Peliharalah siratulrahim sesama insan. Tak usah lagi kusutkan isu politik dgn ibadat haji. Berilah ketenangan hati kpd mereka yg telah mengerjakan haji dgn apa sumber sekalipun.

    Allah will only hold you responsible by what you can do. If you’ve done your best, leave the result to Allah. No use being a control freak at your advanced age.”

    This is nonsense writings.

    Selemah-lemah iman is tegur menggunakan hati… What is RIGHT is RIGHT, what is WRONG is WRONG. Get it straight, then only you’ll have a peaceful mind and life. Unless deep down the person writing the above ‘makan cili’ la…

    With regards to ‘control freak’, no one is trying to control anyone here. Unless one is too stupid to understand the whole scenario here, Tun can only say things in his mind and can’t dictate anything to anyone….

    Thanks Tun.

  30. Karl Iskandar Jan 19,2017 11:48 AM

    DrM Pukul Anak Sindir Menantu

    Kita khuatir jika anak itu dipukul terlalu kuat dan lama, akan memudaratkan jiwa dan tubuhnya. Sementelah itu, si menantu tak rasa apa-apa pun.

    Daripada hormat dan sayang, timbul pula benci dan meradang. Contohnya, bila orang miskin dituduh makan dedak, dah lah mereka miskin jadi bahan lawak pula.

    Tidak salah bagi DrM menegur, tapi janganlah over.

    Peliharalah siratulrahim sesama insan. Tak usah lagi kusutkan isu politik dgn ibadat haji. Berilah ketenangan hati kpd mereka yg telah mengerjakan haji dgn apa sumber sekalipun.

    Allah will only hold you responsible by what you can do. If you’ve done your best, leave the result to Allah. No use being a control freak at your advanced age.

    Insyaallah

  31. milshah Jan 19,2017 10:41 AM

    Assalamualaikum Tun,

    I think the Mufti should be fair when giving fatwa. They should not give fatwa which looks good to the government but keep quite if the fatwa looks bad to the goverment. There is no such thing as pick and choose.

    For example, the 1MDB scandal. This is the biggest corruption case not only for Malaysia but the whole wide world. The AG US, a government investigation body, found that money from 1MDB has been stolen and used to finance a porn movie, settled gambling debts and purchase million dollars properties and paintings in the US. People involved in the scandal are being arrested outside the country. Investigation is still on going from 6 countries.

    However, in Malaysia, all is quite and happy.

    Is this correct?

    Where is the amar makruf nahi mungkar? Di manakah ajaran Islam yang menyeru umatnya supaya menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

    Di manakah pendirian mufti dalam hal ini?

  32. Aktivis Islam Jan 19,2017 9:16 AM

    Assalamualaikum,

    Maaf terlebih dahulu andai terasa. Sy bersyukur berada dlm kelompok yg lebih rasional dilaman chedet ini berbanding FB dan blog lain2. Cuma ada kalanya kita perlu lebih tegas. Ada yg suruh Tun cooldown, chill, berhemah dan tegur cara lembut.

    Tuan2 puan2, adakah kita sedar salahlaku 1MDB dan byk lg? Tun ambil masa agak lama utk menegur dan membetulkan salahlaku ini secara baik semasa masih dlm UMNO. Hingga akhirnya Tun ambil keputusan menentang ketidakadilan yg semakin terang dan angkuh. Brp jumlah semuanya? 2.6b? 140b? 440b? brp pon jumlahnya, kita sependapat 50thn pon generasi akan dtg tak mampu langsaikan. Harini kita tegur, dia ambil duit rakyat, esok kita tegur dia jual aset rakyat, lusa kita tegur kuncu2 dia jual tanah rakyat.

    Ambillah masa sebanyak mungkin, kita bersikap rasional dan lemah lembut. Biarlah makan masa 20-30thn asal kita dpt lembutkan hati PM agar dia kembali kepangkal jalan dan kembali sedar. Mungkin 30thn, mungkin sampai ajalnya menjemput. Kemudian berdoalah agar anak cucu kita mampu selesaikan hutang2 negara dan tebus kembali aset2/tanah2 yg tergadai. Kita yakin mereka mampu, kita yakin kita dah buat yg terbaik.

    Bila kita rasa hebat dgn hujah patriotik, rasional tapi dlm masa sama mengeluh dan menangis dlm kalbu mengenang nasib negara dan kelemahan kita. Generasi akan dtg akan bertanya, akan persoal… apa yg ibubapa kita buat? berdiam diri? berpeluk tubuh? berdoa dan bertawakkal sepenuhnya tanpa berjuang?

    Rasulullah saw org yg paling rasional dan sabar, tp kenapa byk tercatat peperangan didlm sejarahnya berbanding Rasul2 yg lain? Kerana pertahankan umat dan agama. Wajarkah kita berperang, pada pendapat sy jauh sekali. Kita tidak bermusuh sesama kita. Kita cuma hendak jauhkan beberapa individu yg tamak dan membawa kehancuran pada negara.

    Akhir sekali, pada yg menyokong perjuangan Tun membela rakyat. Jangan asyik bertelagah, kita tahu knp kita dipihak beliau. Bukan taksub, bukan mengampu, gila kuasa/kekayaan jauh sekali. Tapi utk diri kita, saudara2, sahabat2, kenalan2 dan anak cucu kita. Maaf komen2 sy tidak byk fakta menarik utk tatapan, tp sekadar luahan kpd Tun dan rakan2 yg sudi membaca. Jazakumullahu khaira.

  33. Kamarulaznan Jan 19,2017 7:56 AM

    Assalamualaikum,

    Ada sejenis kopi di Indonesia yang dihasilkan daripada najis seekor binatang (sejenis musang).

    Menurut maklumat yang diperolehi, perkara ini masih dibahaskan tentang status halal/haramnya oleh para ulamak di Indonesia.

    Siapa yang nak minum, minumlah.

    Semoga kita diberi petunjuk dan menjadi orang yang bertaqwa.

  34. joetachi Jan 19,2017 6:05 AM

    hari ni khamis, esok Jumaat..!
    Pegi haji mngemis, nak tunai ibadat..!?
    🛫
    *
    Mana datangnya.? ibadat ditaja..!
    Halal & Haram? sumber & punca?

    Ibadat nak berkat, mana nak cari.?
    Siapa yg dapat..? 1mDB bagi…????
    🕋
    Hebat 1MDB taja umat pegi haji..!
    Taja pergi haji pakai duit duit curi..!
    Seluruh dunia semua kaji & prhati.!
    islam kleptokrasi..??
    islam haha hihi….???

    *
    #khalifah
    🕌
    Negara HuhuhHahah
    Negeri kemuhKemah

    Mop Ti Mop Ti
    Cuci sana Cuci sini
    Cukup bulan amek gaji…!
    💰
    hahaha hihihi

    https://youtu.be/_Wnpdi4zQO4

    Kalian…! Kalian..!!
    lakukanlah.???

    #khalifah #pencuri

    Asalamualaikum, tun…..
    Salam Subuh kalau Dah Bangun.!

  35. Anti-Liar Jan 19,2017 3:30 AM

    Salam,

    Isu:

    Adakah ibadah Haji yg ditaja oleh syarikat 1MDB itu sah?

    Sebab-sebab yg diberikan oleh Tun;

    1) Najib curi duit 1MDB dgn dipindah tangan hingga sampai ke tangan Jho Low.

    2) Jabatan Keadilan Amerika mendakwa bhw USD3 bilion wang 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

    3) Najib terlibat dgn jenayah pembersihan duit haram daripada 1MDB (money laundering) di US & UK.

    Kesimpulan oleh Tun;

    Haji tersebut adalah tidak sah / haram.

    —–

    Apa yg saya nampak, Tun seolah-olah keliru dgn alasan dan kesimpulan yg dibuat olehnya sendiri.

    Ibadah haji itu ditaja oleh 1MDB melalui aktiviti CSR syarikat tersebut, dan bukannya dari duit poket Najib.

    Manakala tuduhan Najib mencuri duit 1MDB itu pula perkara yg lain.

    Ini adalah dua perkara yg berbeza yg sepatutnya dapat diasingkan dgn mudah.

  36. youngmaya Jan 19,2017 3:00 AM

    sejak manusia wujud, ahli kitab (mereka yang ahli tentang kitab) yang menyembunyikan kebenaran memang banyak disebut dalam surat2 yang di bawa oleh pembawa2 kalam berita besar(an-naba)…

    kebenaran itu disembunyikan atas pelbagai sebab, alasan dan kepentingan manusia…

    kalau ini tidak berlaku, pasti yang dibawa oleh pembawa kalam itu tidak benar…

    ambil secara positif…

    keldai juga disebut secara jelas hitam putihnya dari golongan ahli kitab…

    kebenaran atau menghampiri kebenaran itu kuat dan kekal sepanjang zaman dan tiada kuasa atau pangkat yang mampu tutup kebenaran…

    nak paham 1mdb payah sikit kalau takde knowledge atau pengalaman tentang banking, company, contract, politic, law, act, Government Orders, OSA, money laundering, urusan negara, finance, audit, rasuah, account, penguatkuasaan, court, pembahagian kuasa, sejarah, fraud, forex, diplomatik, management, federal, state, hutang (sukuk/bond) dan byk lagi kalau nak senarai kefahaman yang takde dalam kitab2 kuning yang perlu untuk hadam dan khatam masaalah yang dah makan banyak tahun untuk disiasat ini…

    tak ramai yang boleh paham urusan yang kompleks skandal 1MDB melainkan negarawan2 negara…kalau ada kefahaman pun belum tentu ada pengalaman sendiri dalam sepak terajang mengurus negara…

    jadi sewajarnya pengalaman atau nasihat orang yang ahli dalam bidang nya wajar diambil perhatian serius dan bukan diperlekehkan…

    masaalah sebenar 1MDB akan ditanggung 20 ke 30 tahun akan datang…semua orang tahu tentang ini…

    mana mungkin anak cucu cicit akan lupakan skandal kewangan terbesar di dunia ini seperti permintaan seorang bapak menteri walau apa juga yang cuba dilakukan hari ini…

    masaalah hutang 1MDB yang ada hari ini hanya baru di peringkat ‘bunga’…pokok nya belum lagi pun kita dah start ‘firesale’…

    1MDB adalah katalis kejatuhan kapitalis dunia andai tidak ditelanjangkan secara tuntas masaalah yang ada kerana ianya melibatkan banyak sistem kewangan, sistem imigresen dan lain2 utama dunia di saat kebangkitan blok kuasa ekonomi baru dunia seperti china dan beberapa lagi negara…

    berpijak di bumi bukan tergantung di langit…

    cadangan Pengerusi CIMB nazir razak tentang Majlis Perundingan Negara (NCC) atau NCC2 wajar digerakkan dahulu di kalangan parti pribumi bersatu atau yang terbaik oleh pakatan pembangkang dalam memberi tumpuan untuk membangkitkan perkara-perkara berkaitan negara dan masaalah rakyat yang perlu diperhalusi kerana rakyat dah tak tau nak mengadu di mana saat ini…

    tiada apa yang boleh diharap pada kerajaan dan jabatan2 nya yang ada andai kerajaan menjadi korup, tidak kompeten dan penuh dengan bond/sukuk (hutang) keliling pinggang…

    jemputan keanggotaan NCC yang dianjurkan oleh pihak pembangkang wajar dibuka secara meluas seperti yang dicadangkan dan bukan hanya dari kalangan ahli politik sahaja…

  37. Lanun Johor Jan 19,2017 12:55 AM

    Kalau A-G pun pernah cakap pada media – “Saya cari makan” , apa lagi nak dikata.

    Semuga ALLAH swt mengembalikan hak memerintah Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak, yang pernah kita lalui sebelum ini. Ameen

    Teruskan perjuangan Tun ! All the best to you !

  38. WandyCaswady Jan 18,2017 11:11 PM

    ﻛَﺬَٰﻟِﻚَ ﺃَﺭْﺳَﻠْﻨَٰﻚَ ﻓِﻰٓ ﺃُﻣَّﺔٍ ﻗَﺪْ ﺧَﻠَﺖْ ﻣِﻦ ﻗَﺒْﻠِﻬَﺎٓ ﺃُﻣَﻢٌ ﻟِّﺘَﺘْﻠُﻮَا۟ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢُ ٱﻟَّﺬِﻯٓ ﺃَﻭْﺣَﻴْﻨَﺎٓ ﺇِﻟَﻴْﻚَ ﻭَﻫُﻢْ ﻳَﻜْﻔُﺮُﻭﻥَ ﺑِﭑﻟﺮَّﺣْﻤَٰﻦِ ۚ ﻗُﻞْ ﻫُﻮَ ﺭَﺑِّﻰ ﻻَٓ ﺇِﻟَٰﻪَ ﺇِﻻَّ ﻫُﻮَ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺗَﻮَﻛَّﻠْﺖُ ﻭَﺇِﻟَﻴْﻪِ ﻣَﺘَﺎﺏِ

    Thus have We sent you to a community before which [other] communities have passed on so you might recite to them that which We revealed to you, while they disbelieve in the Most Merciful. Say, “He is my Lord; there is no deity except Him. Upon Him I rely, and to Him is my return.”

    Quote from the Holy Qur’an: Ar-Ra’d (13:30)

    ﻭَﺃَﻥْ ﺃَﺗْﻠُﻮَا۟ ٱﻟْﻘُﺮْءَاﻥَ ۖ ﻓَﻤَﻦِ ٱﻫْﺘَﺪَﻯٰ ﻓَﺈِﻧَّﻤَﺎ ﻳَﻬْﺘَﺪِﻯ ﻟِﻨَﻔْﺴِﻪِۦ ۖ ﻭَﻣَﻦ ﺿَﻞَّ ﻓَﻘُﻞْ ﺇِﻧَّﻤَﺎٓ ﺃَﻧَﺎ۠ ﻣِﻦَ ٱﻟْﻤُﻨﺬِﺭِﻳﻦَ

    And to recite the Qur’an.” And whoever is guided is only guided for [the benefit of] himself; and whoever strays – say, “I am only [one] of the warners.”

    ﻭَﻗُﻞِ ٱﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺳَﻴُﺮِﻳﻜُﻢْ ءَاﻳَٰﺘِﻪِۦ ﻓَﺘَﻌْﺮِﻓُﻮﻧَﻬَﺎ ۚ ﻭَﻣَﺎ ﺭَﺑُّﻚَ ﺑِﻐَٰﻔِﻞٍ ﻋَﻤَّﺎ ﺗَﻌْﻤَﻠُﻮﻥَ

    And say, “[All] praise is [due] to Allah. He will show you His signs, and you will recognize them. And your Lord is not unaware of what you do.”

    Quote from the Holy Qur’an: An-Naml (27:92-93)

    Jazakumullahu khairan kathiraa…

    Ps…
    Sepasang anak kembar… seiras… Serupa dari segi wajahnya dan perwatakan nya… Kecerdikan yang sama, kekuatan mereka berdua juga sama…

    Namun begitu… Ada terdapat satu berbezaan yang ketara… Iaitu CARA MEMBACA BUKU.”

    Pada suatu hari ibu kembar itu membeli dua buah buku cerita… Tapi ianya bukanlah buku yang berbeza… Tapi ianya ialah buku yang sama.

    Si Abang suka memulakan bacaan buku ceritanya tersebut mengikut kemahuan dirinya sendiri… Kadang2 baca tajuk nombor 7, kadang2 membaca tajuk 13… Lain hari pula membaca tajuk lain…

    Si kembarnya pula juga turut sama… Kadang2 membaca, kadang2 tidak… Akan tetapi… Adiknya walaupun hanya kadang2 cuba membaca… Tapi dia membaca dari tajuk 1,2 dan 3 mengikut turutan…

    Jadi persoalan saya ialah…

    Apakah sama pemahaman mereka berdua walaupun mereka adalah kembar?

    Siapakah yang lebih memahami buku verita tersebut. Si adik atau Si abang?

    Hanya Penulis Buku Itu Sahaja yang lebih memahami isi kandungan buku tersebut…

    #FoodForThoughts

  39. musato Jan 18,2017 10:46 PM

    Assalamualaikum Tun.

    Kiranya muncul para alim yang fasih hukum hakam dan lancarnya dalam beragama ke arah akhirat serta amat mahir dalam mentadbir duniawi, mungkin itulah tandanya dunia sudah hampir ke penghujungnya.

    Maha Suci Allah.

  40. Fariq Islam Jan 18,2017 10:12 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Kita haruslah menghayati ajaran secara betul. Umat bermandi dan memastikan badan bersih sebelum bersembayang. Ajaran kita mahukan kita bersih dari segi rohani, dan bukannya secara fizikal.

    Ibadat Haji tidak akan membersihkan dosa rasuah. Jangan sekalipun berfikir yang ibadat Haji dapat melepaskan “penunai” dari segala dosa salah-laku! Pemikiran ini akan mencemari kesucian agama kita.

  41. Fariq Islam Jan 18,2017 10:06 PM

    Assalamualaikum, Tun.

    Mufti-mufti harus tahu apa peranan sebenar mereka. Gejala mufti kita melibatkan diri mereka dalam urusan politik adalah sesuatu yang kurang betul.

    Apa yang memedihkan ialah kadang-kala kata-kata mereka mengelirukan umat-umat, yang mana satu ajaran Islam dan yang mana satu padangan ilmiah.

    Rakyat tidak dapat menerima fenomena yang mufti meluahkan kata-kata yang menyebelahi sesetengah atas pandangan berbentuk ajaran, yang padahalnya untuk kepentingan peribadi. Institusi keagamaan kita patut distruktur semula.

  42. You Me Jan 18,2017 9:05 PM

    Ulamak Islam tapi sayang bukan pemikir Islam.

  43. RD. Jan 18,2017 8:55 PM

    Saya amat setuju apabila Tun menulis;

    “14. Lagipun mereka tentu tahu bahawa tujuan Najib membiayai beribu orang untuk tunaikan Ibadat haji bukan kerana mencari pahala tetapi kerana bertujuan mendapat sokongan politik dari penerima-penerima ini. Ini adalah satu jenis rasuah dan ini juga haram disisi agama Islam.”

    Saya dah lama agak dah. Tapi… Najib & penyokongnya mempertahankan ‘rasuah Haji’ ini, guna clausa… tanggung-jawab social coparat atau… CSR.

    Namun… sejak dari mula lagi… apabila saya terdengar mengenai skim ‘tajaan Haji oleh 1MDB’… 2 @ 3 tahun lalu… saya sudah terasa ‘tak sedap-hati’ dan… ada yang tak kena.

    Pertamanya… 1MDB adalah milik semua Rakyat 1Malaysia, tanpa mengira Agama, Bangsa & kiblat politik. Jika ditaja Pak-Pak Imam untuk ritual Agama Islam saja, sudah tentu Pak-Pak Sami/Paderi akan terasa-hati ataupun, tidak puas hati. Mereka juga ada hak untuk ditaja… misalnya… ke Vatican, Sungai Ganges, Tibet atau melawat Patong Buddha di Pergunungan Bamiyan.
    Lainlah… kalau Ibadat Haji itu ditaja oleh TH, Lembaga Zakat atau Yapiem.

    Keduanya… 1MDB, selain keuntungan beli tanah Kerajaan dengan harga-sangat murah, kemudian jual dengan harga berlipat-kali mahal… tidak nampak satu sen pun keuntungan lain… malah rugi dalam semua transaksi perniagaan. Kesemua modalnya diperolehi dari pinjaman/hutang dengan mencagar tanah Kerajaan/Rakyat. Bunga atau interest tahunan keatas hutang saja, lebih-kurang, RM2 Billion.
    Yang jelas, 1MDB menggunakan WANG-hutang untuk menaja mereka yang terpilih, pergi Haji.
    Lainlah… kalau WANG yang digunakan, taja Haji itu, keluar dari pocket Najib atau tabung Party UMNO-Najib sendiri.

    Ketiganya… Amalan menaja Haji guna WANG Rakyat 1Malaysia… akan mendedahkan Agama Islam kepada tomahan, cacian dan lekehan dari Rakyat bukan-Islam.

    Ulama-Politik seperti Harussani, mungkin kerana terhutang-budi kepada Kerajaan, tidak nampak ancaman ini, iaitu… Ulul-Amri bertindak secara tidak-adil kepada semua Agama dan mendedahkan Agama Islam kepada bermacam-macam ancaman, termasuk buruk-emej & integrity.

    Dengan segala macam kepincangan, termasuk kehilangan berpuloh Billion… tak tahu dimana dibelanjakan… dan pada masa yang sama, RM2.6 Billion + 42 Juta, didapati masuk account peribadi Najib. RM2 Juta pula, masuk akaun Rosmah.
    Ketika terpalit dengan berbagai tuduhan negatif… DoJ pula mengunakan akta K.A.R.I. (Kleptocracy Asset Recovery Initiative). Kleptocracy bermaksud… Rule by thieves. Dan harta-harta yang mahu disita oleh DoJ Amerika, dimiliki oleh Jho Low & anak-tiri Najib.
    Najib pula… mula ‘mendekatkan-diri’ dengan ‘orang-Agama’, berselawat dalam majlis Perdana Cinta-Rasul, ditayang secara langsung di TV.
    Najib juga mula berbaik-baik dengan Haji Hadi yang satu masa dahulu pernah mengkafir UMNO, termasuk penyokongnya.
    UMNO-Najib juga terang-terangan menyokong RUU355 PAS.

    Semua ini akan menyebabkan Agama Islam dipandang serong dan akhirnya… hilang rasa hormat pada Agama kita. Lepas tu… mahukan Rakyat #Respect Our PM.

    Tak pernah dengar ke kata bidalan Omputih… Respect is earn, not given.

Leave a Reply