KERAKYATAN 17

1. Menteri Besar Johor berkata bahawa tuduhan saya bahawa 700,000 orang asing akan mendapat kerakyatan Malaysia tidak munasabah.

2. Itu MB Johor. Itu bukan Perdana Menteri Najib. Kalau sebelum Najib menjadi PM saya tuduh bahawa ia akan mempunyai 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya di Ambank, siapa yang akan percaya. Orang akan kata saya gila.

3. Tetapi hari ini semua dunia tahu yang Najib telah lesapkan duit itu dari 1MDB yang ditubuh dan dikuasai penuh olehnya. Ya. Memang MB Johor tidak tahu. Memang ahli-ahli UMNO yang hadir dalam mesyuarat agong UMNO tidak tahu kerana telinga dan mata mereka telah disumbat dengan dedak dan mereka hanya boleh dengar cakap-cakap Najib dan konco-konconya schaja.

4. Tetapi dakwaan yang Najib lesapkan duit 1MDB kedalam poketnya memang benar, walaupun jika dakwaan ini dibuat sebelum ia menjadi PM, tidak siapa pun akan percaya.

5. Ya. Memberi kerakyatan kepada 700,000 orang asing memang bunyi tidak masuk akal. Tetapi Najib biasa membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal, yang luar biasa.

6. Dizaman Najib, orang yang membuat laporan polis berkenaan duit yang dilesapkan oleh Najib, disoal oleh polis, dimasuk dalam tahanan, dan dihadap ke mahkamah bersama dengan peguamnya atas tuduhan sabotaj ekonomi.

7. Tak masuk akal. Bercanggah dengan undang-undang. Tetapi ini sudah berlaku.

8. Laporan berkenaan dengan jenayah Najib oleh Bank Negara, MACC, Auditor-General didakwa oleh Pendakwa Raya tidak punyai bukti Najib melakukan apa-apa kesalahan, tidak dibenar mahkamah membicara kes, didakwa bahawa laporan ini rahsia Kerajaan, dan Pendakwa Raya menghalang sebarang penyelidikan dibuat berkenaan salahguna wang 1MDB.

9. Semua ini, perkara-perkara ganjil, luar biasa, bertentangan dengan undang-undang, tidak pernah berlaku tetapi sudah berlaku dibawah pemerintahan Najib.

10. Dan berpuluh lagi perkara yang tidak masuk akal sudah pun berlaku, dibawah pemerintahan Najib.

11. Sebab itu dakwaan bahawa 700,000 orang asing ini akan diberi kad pengenalan, di daftar dan mengundi dalam PRU 14 tidak begitu ganjil atau “rubbish”. Najib boleh melakukannya.

12. Hari ini pun sudah ada kes pelawat asing memiliki passport negara lain tetapi I.C Malaysia. Dalam negara Cash is King Najib, pegawai boleh disogok atau cara-cara lain dibuat untuk memberi IC Malaysia kepada 700,000 orang asing yang akan bermastautin di Johor.

13. Bloomberg melapor bahawa di sekeliling JB terdapat 60 project yang boleh diduduki oleh 1½ juta orang. Siapakah yang akan mengisi bangunan pencakar langit di kawasan Iskandar ini.

14. Masuk akalkah jika orang Johor, Melayu, Cina dan India seramai 1½ juta berpindah untuk tinggal dalam projek-projek mewah ini. Tak masuk akal.

15. Untuk 1½ juta orang asing tinggal di sekeliling JB masuk akal. Kononnya nak tinggal hanya 3 bulan musim sejuk sahaja. Sudah ada syarat dan perjanjiankah? Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal 3 bulan dan lepas itu 700,000 orang ini terbang balik dan tinggal bandaraya Iskandar JB kosong selama 9 bulan. Fikirkan 1½ juta manusia mengosongkan bandar, pangsapuri, kedai, kilang selama 9 bulan. Sunyi senyap Johor Bharu. Masuk akal?

16. Jika 1½ juta orang asing ini pilih untuk tinggal, untuk bekerja untuk berniaga, untuk melahirkan anak sepanjang tahun dapatkah Mohamad Khalid MB halau mereka keluar.

17. Kalau tidak dapat halau keluar mereka, apakah status mereka. Apakata kalau mereka tuntut untuk jadi pemastautin tetap. Apakata kalau mereka tuntut kerakyatan Malaysia.

18. Apakata kalau senyap-senyap mereka diberi IC Malaysia sebelum PRU 14.

19. Mustahil! Tidak. Najib terdesak. Baginya membuat undang-undang untuk memiliki kuasa penuh, tangkap dan kurung orang, menamat jawatan, menyogok wang, mengguna Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menekan orang, bahkan Badan Pencegah Rasuah untuk menakut rakyat sudah diamal olehnya. Setakat memberi IC, mendaftar sebagai pengundi 700,000 orang asing adalah perkara biasa baginya. Mungkin tak sampai 700,000, mungkin lebih bukan masalah bagi Najib.

20. Melesapkan duit Kerajaan (duit rakyat) berbillion Ringgit baginya tiada masalah. Apabila Presiden Amerika, dihadapan Najib, menyindir tentang penipuan yang dilakukan olehnya, senyumannya kekal dibibir. Tak ada berasa malu sedikit pun.

21. Kes membasuh bersih duit yang dicuri dari 1MDB sehingga Malaysia dikenali sebagai di antara 10 negara rasuah terbesar didunia, kes anak tiri dituduh mencuri ratusan million dollar Amerika untuk membuat filem lucah, tidak sedikit pun menimbul rasa malu oleh Najib.

22. Mat Salleh kata orang ini “has thick skin” mempunyai kulit tebal. Tak tahu malu langsung. Memalu negara dan rakyatnya okay. Asalkan boleh jadi PM.

23. Jika sogokan dan penipuan dilakukan dalam pilihan raya, itu pun okay.

24. Sebab itu bukanlah mustahil jika 700,000 orang asing mengundi dalam PRU 14.

25. Kepada Mohamad Khalid, Menteri Besar Johor, saya ucap tahniah. Awak akan dapat 1 ½ juta orang asing di sekeliling awak. Mereka kononnya tidak akan menjadi rakyat. Tetapi mereka akan berada di sekeliling kamu.

26. Hanya dengan adanya 1 ½ juta orang asing di Johor, akan menjadi masalah kepada kamu. Lihat apa jadi kepada Singapura. Hanya kerana komposisi penduduknya tidak seperti di Malaysia, kita terpaksa keluarkan Singapura dari Malaysia. Apabila JB dikelilingi oleh 1 ½ juta orang asing apakah kita akan merdekakan wilayah Iskandar. Na’uzubillah.

17 thoughts on “KERAKYATAN

  1. Rakyat 1 Malaysia Dec 27,2016 8:55 PM

    Salam rakyat 1 Malaysia, Ada beberapa perkara yang perlu diteliti dan perlu berfikir tentang apa yang berlaku di negeri JOHOR.

    1. Pembangunan di negeri johor untuk Siapa.? Adakah untuk dinikmati oleh warga johor atau rakyat Malaysia .

    2. Adakah peniaga atau kontraktor tempat an mendapat faedah Dari kemajuan ini.?

    3. Kalau kontraktor Dari luar negara maka pengaliran mata wang ke luar negara Akan berlaku . Keadaan ini memburukkan lagi kadar pertukaran asing.

    Pembaca Lain boleh sambung point masing masing
    4.

    5.

    6.

  2. anti rasuah Dec 11,2016 7:33 AM

    Assalamualaikum Tun.

    Setuju sangat Tun hal Najis terkenal dengan rancangan bebalnya melaksanakan perkara-perkara pelik tetapi gagal meletakkan Malaysia dalam suasana yang semakin makmur. Betapa bodohnya Najis mughallazah ini.

    Setuju dengan kenyataan Tun tentang seekor lagi MB Johor ini. Bagi saya kita jangan terlalu mengejar kemajuan, pelabur hartanah dari luar negara kerana akibatnya tanah Melayu dan pemilikan Melayu tergadai. Sebenarnya siapakah yang peroleh keuntungan jangka pendek khususnya wilayah Iskandar di Johor? Adakah rakyat? Adakah orang Melayu? Jawapannya hanya segelintir rakyat berbangsa Melayu saja yang mendapat menafaatnya tetapi untuk tempoh lebih 5 hingga 10 tahun hingga ke kiamat, saya jamin lebih 90% keuntungan akan diperolehi oleh mereka yang bukan Melayu atau “bangsa Johor”.

    Melayu atau “bangsa Johor” jadilah rakyat umpama pepatah melukut di tepi gantang atau menang sorak kampung tergadai.

    Wassalam Tun.

  3. asahamat Dec 8,2016 2:26 PM

    Assalamualaikum wbt Tun.

    Tun terus mengalami pelbagai penghinaan. Itulah hakikat sebuah perjuangan besar. Terus cekal dan berhemahlah Tun. Allah pasti bersama kebenaran dan kesungguhan. Biarlah Tun teranyiaya namun tetaplah Tun pd kebenaran dan keikhlasan. In Shaa Allah ganjarannya akan datang juga akhirnya.

    (2) Sementara Tun terus memainkan peranan Tun utk memercik api membakar Najib MO1, dan mereka seperti Mahfuz, Khalid Samad, Rafizi dan Mohamad Sabu dll menyemarakan api kebakaran itu, saya ingin melihat Muhyiddin Yasin, Mukriz dll tokoh penting Bersatu untuk menyuluh harapan kepada Melayu. Melayu sudah tidak sukakan UMNO bersebabkan Najib MO1 dan mereka tersangatlah dahagakan sebuah harapan baru. Jika dan hanya jika, iff Bersatu boleh memberikan harapan, savior, messiah kpd Melayu, suatu exodus akan berlaku dalam
    masyarakat Melayu. Saya rasa saya belum nampak harapan Melayu pd Bersatu!

    (3) Pendeknya, wujudkan segera kumpulan yg boleh
    mendekati rakyat Kampung dan bersahabatlah segera dengan mereka. Cari dan gunakanlah jln persahabatan yg sangat menyentuh nurani rakyat, In Shaa Allah mereka akan tahu jantan betina ikan di air dari kilasnya. Muhyiddin, Mukriz dan semua kelompok penting Bersatu harus menumpu utk mendekati rakyat sekarang ini.

    (4) Tun, keep to your inspiring role. To me you are a fire starter, and let the rest spread the fire. Bbrp orang dlm PKR, Amanah dan DAP sangat hebat dlm prihal ini. Namun jgn lupa, bantulah Warisan dgn hebat. Shafie can’t b left alone. He needs all the backup and Sabah In Shaa Allah will change to take UMNO down.

  4. faridina Dec 8,2016 3:12 AM

    Assalamualaikum Ayahanda Tun,

    Terlebih dahulu janganlah Tun ambil kisah sangat perihal si Khaled Nordin (KN) ni sebab dia ni jadi MB Johor pun bukan kerana hebat sangat politik dia atau sememangnya dilihat mempunyai karisma serta ikhlas berjuang demi rakyat Johor.

    Kami sebenarnya cukup kenal KN ini sejak lewat 80an lagi dan bagaimana dan siapa yang menaikkan dia.

    Cikgu politik dia tidak lain tidak bukan Mr 1 million ringgit man ehmm.. siapa lagi kalau bukan si Shahrir Samad tu.

    KN ini hanya boneka Shahrir, jadi senang cakap Shahrir yang memerintah maka kalau dia cakap sebegitu faham2lah siapa yang cubit punggong dia suruh dia mencarut ala sang burung kakatua Shahrir.

    KN ini memang jenis blur sotong sebab asyik kena remote kalau tak masakan anak lelaki Tunggalnya sendiri tidak berpuashati dengan kemelut 1MDB yang tiada ketirisan hingga mengajukan berbelas2 soalan dalam FBnya walhal bapa dia MB.

    Anak dia seorang itu sahaja buah hati dia pun tak puashati dengan sang Pee M namun dia KN tak boleh buat apa2 maklumlah yang menurut perintah.

    Akhirnya Uncle Shahrir dia pulak yang pandai2 beri jawapan bagi pihak Pee M kepada anak Khaled huhuhu..

    Berbalik kepada ramalan Tun terhadap siapsaga Pee M Najib di selatan tanahair sudah boleh diterima akal yang waras pada hari ini hingga perkara yang dibangkitkan pada ceramah di Krubung Melaka itu membayangkan bagaimana Melaka Getaway dirancangkan adalah kelangsungan projek Iskandar dan the Forest City maknanya Melaka adalah back up untuk pasca PRU 14 pula.

    Pee M Najib memang licik dan Shahrir barangkali sudah ambil maklum cuma budak suruhannya ini lembab sikit namun KN dah menampakkan perut jalan ke depannya.

    Nasib badanlah wahai bangsa Johorku..

    Tangisan buat Great Johore huhuhu..

    Wasalam Tun.

    p/s~ Shahrir Samad bukan sayang sangat kat Pee M Najib tapi benci kat ayahanda Tun. Apa dia ingat kita tidak benci dia berbillion kali?

  5. adelheid Dec 7,2016 8:43 PM

    Dear Tun,

    Now is the time you together with the Pakatan Harapan and all the thinking people of Malaysia to really thrash this Najib UMNO BN corrupt kleptocratic regime. The final blow would be the GE14 but looking at this regime’s insidious nature that is truly harmful to the country I think it is really time we strip them one by one till there is nothing they can manipulate and hide anymore.

    If 700,000 foreigners are going to be used to vote in the GE14 given the IC citizenship Najib UMNO BN will forever rape the people the country. Enough with the foreigners in Sabah – the ‘pilak’ filipinas, indonesians of various tribes bugis pendatang, tator, toraja, timor, you name them – now we have the banglas, myanmars (they own budget hotels around masjid jamek KL), vietnamese, nepalese, indonesians, and hell whatever tribal names or countries they come from. I wouldn’t be surprised if one day under the UMNO regime Rohingyas would hold special positions in the cabinet and God help us a Rohingyan as our future PM!

    Dear Tun, you and the Pakatan Harapan have the responsibility to protect us rakyat from this Najib UMNO BN regime. With Hj. Hadi as Najib’s accomplice now I just cannot imagine the fate of our country. It’s already bad as it is shameful the only way is to flush them out the toilet bowl.

    God help us Tun.

  6. keknic Dec 7,2016 3:48 PM

    Assalamualaikum,

    In respond to Karl Iskandar,

    1. Hak istimewa Melayu langsung tidak tercabar, malah bertambah kuat tahun demi tahun. Populasi Melayu kian bertambah peratusannya setiap tahun.

    2. PM sekarang Melayu. Ketua polis Melayu. Ketua Hakim Melayu. Peguam negara melayu. Ketua Bank Negara Melayu. Ketua angkatan tentera, yang dipertuan agong Malaysia.

    3. Sekiranya semua jawatan penting yang disebutkan tadi dipegang oleh hanya cina atau India, barulah kamu boleh tuduh Bangsa melayu tercabar.

    4. Rest assured, I believe the fight that Tun and gang is bringing has nothing to do with any race. Are you out of your mind that Tun wants to watch his own race suffer? That is absurd.

    5. The problem is only with one person. This person is so morally corrupt that he will do anything just to secure his wealth and position. If he can turn this into a racial issue, he would gladly do it.

    6. Don’t get me wrong, but the only person that will allow May 1969 to repeat itself would be the PM himself. If he can kick his own deputy out which is also Malay, just for asking where the funds came from, do not be mistaken for once that he can start a riot and has already done so by stirring racial sentiments with the red armies.

    7. Finally let me ask you this one final question Karl. Why are the Malays in Singapore which has a Chinese for a PM is doing very much better than the Malays in malaysia? This alone speaks for itself.

    8. As Tun has always mentioned, Melayu memang mudah lupa. Once melayu sudah berkuasa, dia akan terus lupa asal usul nya yang juga berasal Dari perkampungan melayu. Malah bila sudah berkuasa, mereka akan mengambil kesempatan lagi terhadap kamu melayu sendiri dgn memporbodohkan melayu di Kampung lagi.
    Itu sepatutnya tidak berlaku. Yes, the PM thinks there is no cause and effect in stealing the rakyat’s money, but trust me, one day things will come in full circle.

    If there is only one person that can destroy the Malays is our PM himself

  7. Average Joe Dec 7,2016 12:42 PM

    Salam Tun,

    In reply to Fariq Islam, it is very short sighted and ignorant of you to ask why there are a lot of Sulu(k) in Sabah and to only limit your research to history books in the 70’s? Do not forget Sabah was once part of the Sulu Sultanate would it not be obvious then that there are Sulu(k) living in Sabah?

    Inferring from you talking about the ‘sudden’ increase in Sulu(k) people in Sabah and TUN’s writing about ‘kerakyatan’ then I can only deduce you are trying to imply about ‘Project IC’ and TUN’s alleged involvement in that.

    In any case, as a Sabahan of Sulu(k) descent, I would be quite insulted if you were to ask this question to me based on these ‘history books’ in the 70’s.

    In any case if it were true ‘Project IC’ was done before then shouldn’t we be more wary it might happen again? In this case perhaps in Johor? Wallahualam.

    Thank you Tun, May Allah Bless you and your Family, and the People of Malaya, Sabah and Sarawak.

  8. HouseWife Dec 7,2016 10:50 AM

    Assalamualaikum Tun,
    Wow, Malaysia has a multi-talented prime minister. Don’t you think he’s clever (minus the wisdom)? Why do you think he’s not scared of the world? Why do you think he can do anything and get away with it? Why do you think he can be so thick-skinned? Why oh why??

    Whatever he has done, Tun it takes years and years of the great grand plan. It doesn’t happen just like that – like at the snap of a finger. Before he became pm who were the people behind and surrounding him? And after he became pm, are these same people with him now? These people behind him are not only as advisers but as his “agents” too, Tun. Every ambitious politicians have agents who do anything for their masters. Tun, they have been groomed to obey and be loyal. He has exploited their trust and loyalty and made them his robots, his establishment.

    All these agents have infiltrated into the blood and veins in all government institutions, in the many mushrooming of GLCs and NGOs which have become DSN-friendly. They have a knack to fool the people. That’s their mission. That’s why you find it hard to break him, Tun. I think you knew about this all along and saw it is bad for the country. That’s why you never stop slamming and banging our hearts and heads to see their real twisted plannings in-store for this beloved country. SAVE MALAYSIA that is Tun’s mission.

    When the heart has become darkened and the mind sees only the ringgit sign, then all systems in the body fail to see the light. But Alhamdulillah, some have quickly awaken after just a slight ‘slap’ by Tun but to the stubborn-s only Allah can help them. Wallahu’alam.

    Tun, at the recent concluded PAU they have endorsed their party president’s thievery, making Malaysia awarded the best kleptomaniac of the world! Oo..you can see them swagging joyfully, bercomolot!

    Mereka yang ada kedudukan, ada kemewahan, ada kuasa dalam tangan dengan senang-senang “berperang” dengan Tun seolah2 Tun tak pernah berjasa kepada mereka. Mereka jadi pelupa bahawa sarang-sarang yang mereka duduki sekarang adalah atas kerja keras siapa lagi kalau bukan Tun, atas dasar2 dan polisi2 yang memberi manfaat dan kesenangan kepada mereka tahun demi tahun, daripada makpak kepada anak2 kepada cucu-cicit. Suka tak suka that is a fact, and MelayuUmno sudah lupa.

    Saya tersangat sedih mereka mengeluar kata2 kesat dan biadap terhadap Tun di pau, kebanyakkan adalah golongan muda daripada Tun. Lihatlah kesannya – mereka mengajar anak2 dan cucu2 jadi biadap dan bongkak dan sombong and eksen tak bertempat. Siapa menggugat siapa? Siapa mendengki siapa? Siapa memperlekeh siapa? Siapa mencemburui siapa? Siapa mengancam siapa? Siapa lagi, pandanglah kiri kanan atas bawah nampak apa – sahabat kamu keris!

    Adakah Tun menggugat kedudukan mereka? Adakah Tun serang mereka dengan mengorek cerita2 rahsia2 lama? TIDAK! Walaupun Tun dah keluar tapi Tun masih sayang – tahu tak kamu semua! Sebab tu Tun dok rayu rayu rayu tak habeh2 kat hangpa. Tun dengan rendah diri sanggup dicemuh asal niat baik Tun untuk bawa Melayu jauh dari sifat2 korupsi dan merompak dan menipu rakyat dan menyeleweng kuasa.

    Tun only gave a slight whack at the bottom, a light punch on the head and they go like absolutely rage with madness, it’s like Tun has made their lives so miserable. It’s they who set the booby-traps themselves. They took the bad bait. And they’re blaming Tun for the downs they’re experiencing now?! All Tun asked is to be heard but you MelayuUmno chose to ignore. Ignore Tun’s warnings at your perils. All insults and hideous remarks thrown at Tun boomerang them.

    By Allah’s will, Tun has been given the extended life-years to set things straight, to open the people’s eyes and hearts to see and feel what it’s like to feel free and unafraid once again, to be thankful for the abundance resources that’s given naturally and freely to this country by the Creator to share equally among us all, and all includes the Orang Asli as they too are Malaysians, and not to be exploited and misused by the few robots and greedy business-minded vultures.

    May Allah Bless and Protect Tun and family Always. May Allah grant you great wealth in health, happiness and knowledge. Take extra care in your safety and Thank you Tun.

  9. amd trmz Dec 7,2016 10:34 AM

    DALIL PPBM KALAH PILIHANRAYA

    1.KEMELAYUAN

    PPBM yang dibentuk adalah bersandarkan bumiputera, malangnya PPBM tidak bermediumkan perjuangan orang melayu. AMNO sekarang secara AGRESIF membentuk sentimen perkauman.. kononnya……!!!

    AMNO sahaja pembela orang melayu,Melayu terbangsat (kata pm nejib rojak)kalau AMNO kecundang, DAP ANTI MELAYU, Melayu bukan lagi pemerintah, Bukan melayu nak ambil kuasa dan banyak lagi termasuk BAJU MERAH. SUSAHNYA NAK DAPAT SOKONGAN MELAYU PENDALAMAN YANG SENANG DIBELI DAN MUDAH DIPERKOTAK-KATIKKAN. BERI BRIM TERUS SOKONG NEJIB, LUPA SEMUANYA.

    2.APA ADA PADA NAMA???

    PPBM ..susah nak sebut, diingat, susah berbanding PAS,AMNO,DAP, orang kampung tergeliat lidah nak sebut.
    Siapa kenal antara nama SALMAH ISMAIL ATAU SALOMA,TEUKU ZAKARIA ATAU P.RAMLEE

    3.BERSATULAH PARTI RAKYAT!!

    AKHBAR ATASAN MALAYSIA SECARA AGRESIF menyerang TUN DR M pasal berkerjasama dengan DAP, sedangkan matlamat penyatuan semua pakatan pembangkang belum berhasil tun lakukan. PAS dengan main tarik talinya, PKR nak Anwar PM.KITA JATUHKAN NEJIB ROJAK, KEMUDIAN BARULAH FIKIR APA NAK BUAT LEPAS TU.

    TUN YANG SAYA KASIHI, KITA KALAH TUN KALAU KELEMAHAN INI TIDAK DIPERBAIKI, JAGA KESIHATAN TUN

  10. Karl Iskandar Dec 7,2016 9:58 AM

    Membuat tuduhan liar tidak memerlukan intelek yg tinggi. Selalunya orang yg berdelusi akan guna kaedah ini utk aibkan saingan mereka. Pendek cerita, bila emosi sudah mendahului aqal, khayalan jadi kenyataan.

    Delusional Malaysian Chinese now being led by an equally delusional DrM. Two “wongs” will not make one right.

    Kita tak boleh paksa, tapi boleh minta agar masyarakat Cina fikirkan masa depan mereka. Kekayaan yg mereka nikmati di bumi Malaysia tidak pernah dirampas oleh UMNO, malahan pemimpin Melayu sanggup berkongsi demi kemakmuran bersama. Apa lagi Cina mahu.

    Kerana jika diamati konsep Cash is King, tidakkah sepatutnya Robert Kuok yg diangkat menjadi Agong?

  11. sibotak Dec 7,2016 9:26 AM

    Burma Govt disallow Press to understand the situations in Mynamar
    Indicates the Mynamar Govt under British Aung San
    Is abetting to the Genocides happenings towards the Rohingya people

    They stands Rohingya does not exists in Myanmar
    Can Indonesia , Malaysia , Brunei also stands Buddist must not exists
    in Muslim Nations ?

    Myanmar intentionally fooling the Muslim World

  12. keknic Dec 7,2016 9:19 AM

    Assalamualaikum Tun,

    As a fellow physician like yourself, I would further add on.

    Soon, the Rohingya people will have IC too.

    Dear Tun, I’m just curious with one thing.

    Why didn’t you plot to bring “him” down from within the ranks of UMNO? Wouldn’t it be more plausible?

    Tun have been a member of UMNO for decades, surely you would know the ins-and-outs of the party and the people there.

    Yes, no doubt 90% of the party members have been “fed” to blindly support, but I believe from within the ranks more than half of this 90% silently protest as well.

    Fighting UMNO from the outside not only is a Herculean task, but also lop-sided as UMNO is the game master of the election. They manipulate it in their favour.

    Cash is indeed king. With the cash ‘he’ have in hand, toppling him would be quite impossible.

    Tun have shown that Tun is willing to go the distance by collaborating with former foes and friends alike in this conquest.

    Just a food for thought. Perhaps Tun have already acted on it, but would it be possible to ‘buy’ this UMNO silent mercenaries at double or triple their price just to make a sudden jump?

    Let’s not focus on principles. Because principles alone cannot topple a corrupted government. For once, do whatever it takes, by hook or by crook, topple ‘him’ down and jail him for good.

  13. sibotak Dec 7,2016 8:04 AM

    Di Korea Salatan President mereka kini
    Hanya menolong sahabat karibnya
    Rakyat Korea sudah berhimpun beramai ramai bagi
    Memastikan President mereka Letak Jawatan

    Najib bukan sahaja tolong Anak Tiri ,Keluarga dan sahabat anak tiri beliau , Jojo Joget , malah menelan wang Negara , tambahan Gagal dalam banyak rundingan ,urusan
    yg beliau di pertanggung jawabkan .
    Kegagalan PM amat Critical and it is of No Excuse

    Najib memang Tidak Layak malah Membahayakan Malaysia

  14. sibotak Dec 7,2016 6:50 AM

    Tun whatever mistakes you did in the past
    Again & again You are the Chosen one
    You have the answer to much of our problem
    Najib is simply A Clown . The most horrible Prime Minister on Earth

    Tak perlu ke Mahkamah
    Dengan Najib memasukan duit ke dalam account peribadi
    duit tidak tahu akan asal usul nya
    Sudah terbukti Najib memang Pencuri ,Penjahanam Malaysia
    Budak Higusan pun akan berkesimpulan sama

    Nampak sangat Najib bukan sahaja seorang PM Haprak
    Malah manusia & pegawai Bodoh dalam kerajaan
    Kalau ya pun nak selak duit , masukanlah ke account Rosmah ke , account saya ke ?
    Jadi tidaklah Ketara sangat .Dan Najib bolih menafikan segala tuduhan keatas beliau kelak
    Nak mencuri carilah guru mencuri
    Nak merompak carilah guru perompak

    Ialah mungkin juga jika Najib masukkan account Rosmah…..hmmmmmmm
    Alamat duit berbillion jadi Kelabu asap

    Amat Malaysia membenci Najib & sekeluarga
    Bukan dari saya , malah kebanyakan kenalan ,juga cakapan kedai kopi
    Najib perlu buat survey akan kebencian rakyat terhadap beliau sekeluarga

    Ini kenyataan bukan Andaian
    Jika UMNO menang bukanlah untuk Najib

    Cuba kita tandingkan Najib dengan Muhideen
    Atau Budak Hingusan Mukhliz atau si lembut PKR Rafizi
    Belum lagi Harimau Veteran kita Tun Mahathir

    Jika sesama Ahmad Zahid Hamidi ,Najib akan Kecundang

  15. Fariq Islam Dec 7,2016 6:10 AM

    Assalamualaikum, Tun.

    Jika kita mengimbas kembali buku sejarah pada 70-an, tiadanya sebarang termaktub yang Sulu salah satu kaum di Sabah. Kini, berapa jumlahnya? Bagaimana ini boleh terjadi?

    Memberi kewarganegaraan kepada orang asing, demi undi sokongan diri, adalah satu dosa dan pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

  16. Ali Akbar Hashim Dec 7,2016 2:24 AM

    Dear Sir,

    It is worrisome to see millions of illegal foreigners in this country

    They are free roaming and contributing lots of social problem but yet ours are too lenient to them , too symphatic

    It is worrisome under Najib the country economy are on the free falls

    And yet the peoples and the Rulers still defending Najib till their last breath

    Unthinkable!

    It is worrisome under Najib regime , in the next 5 years , Malaysia will be exporting maids to Indonesia, The Philippines and The Middle East

    Please wake up Malaysian!

  17. rimba.emas Dec 7,2016 12:17 AM

    Salam Tun.

    1. Adakah kita tidak mahu berfikir kenapa pada mula kejadian manusia Allah s.w.t memerintah para malaikat termasuk iblis sujut kepada kita.

    2. Wal hal pada malaikat pernah persoal manusia kita mempunyai nafsu perosak tidak seperti dirinya sentiasa patuh kepada perintah Allah s.w.t.

    3. Begitu juga pada iblis yang menganggap kejadian dirinya lebih baik atau kuat dari jasad manusia sehingga engkar perintah untuk sujut pada manusia.

    4. Adakah kerana akal di beri kepada kita yang mana jika hilang pedoman terhadap keimanan maka perbuatan buruk akan dilakukan pada sesama makhluk di dunia ini.

    5. Manusia yang di pengaruhi sifat jahat kerana pengaruh syaitan atau iblis mampu melakukan perbuatan yang tidak MASUK AKAL.

    6. Malah di dunia ini akan penuh kejadian yang kadang-kadang tidak masuk akal pada pandangan mata kerana kelemahan ketajaman daya fikir yang tewas kepada nafsu.

    7. Kejadian seperti kelahiran Dajjal salah satu contoh akan berlaku pada akhir zaman yang pada sesetengah manusia lemah iman akan menjadi pengikutnya seperti di ceritakan dalam hadis sahih.

    8. Menganggap perkara itu tidak masuk akal menyebabkan alpa dan akhirnya ramai yang menggikut atau menyokong perbuatan buruk itu.

    9. Ambil iktibar dari kejadian api sedikit mudah di kawal jika sudah merebak susah mengawal dan memadamnya.

    10. Adakah pendapat begini iaitu PM Najib tidak mahu turun dari jawatan PM kerana takut di bicarakan kerana hutang 1MDB dan akan melakukan berbagai cara agar dapat kekal menjadi PM juga satu yang tidak MASUK AKAL ?

    11. Allah s.w.t maha mengetahui.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply